Saturday, October 12, 2013

Zarin's potty training. 1st day.

Alhamdulillah. . Harini dlm sejarah.  Zarin dh berjaya di pt kan.
So proud of her. Berjaya mengharungi hari pertama dgn 4 kali bocoran. 3 kali tukar baju. Yg penting kena sabar, tabah dan disiplin. Ok nt kita share tips pt

Sunday, October 6, 2013

Normal

What is normal to you?
Normal for sportsman is to sweats. A lot.

For housewife,  normal is to do chores,  cooking and all domestic.

For org beranak,  normal is to deliver naturally. 

For org jahat, normal is to ambil peluang bila dapat chances.

For students,  normal is going to class,  eat, sleep, exam, friends,  library.

For government servants,  normal is saya yg menurut perintah,

For parents,  normal is loving and protecting ur child.

For grandparents,  normal is to spoil ur grandchild

For 1st timer, normal is least chance of success. 

For old timer(otai), normal is action based on experience.

Are we normal? 

Yes.  We are normal in our own way. 
If everyday its been like that than it is normal for that person.

So. Stop trying to say why cant I get a normal life? Why cant I be normal? Why wont u be normal? Coz it is not normal. Changing from  an old routines and make new routine is normal when the new routine is going to going to be ur normally things.

So what is normal? 

Normal for me?
Normal for you?
Normal for him, her, and her?

Normal is like now ni lah.
Going to work. Send kids to taska, whenever off day, stay at home or go to kedai. Jaga the baby, jaga the kids, hoping encek darling will take us to somewhere but its not going to happen cos its not normal. Huhu.. tapi Alhamdulillah normal lah hari2 gitu.

Wednesday, July 3, 2013

Worried:risau

Saya selalu berasa risau. About:
Kids. Apa yg drg buat harini yg boleh meruntun jiwa. Haritu princess menjerut dirinya dgn gitar. Humakaiii... hero plak perlakuan yg over aktif, yg asiik melompat, berlari, dan buat bising,
Dan risau perlakuan2 mereka ini akan menyebabkan opah berleter dan marah dan berleter dan marah dan marah dan berleter. Huuu...
Saya juga risau apabila opahnya tade. sebab mereka ini akan menjadi lebih agresif kerana opah tade. Yay opah tade... tade sapa nak marah. Mama marah pun x jln. Sebab tak sehebat opah marah. Huuuuuu
Risau kerana susu arfa najihah tak cukup byk waktu pam. Risau dia x tdo sebab x kenyang ke?
Risau pada waktu mkn. Ketika handle budak2 tanpa opahnya risau sekiranya x smpt mkn dan masuk angin? Risau budak2 x cukup mkn?
Risau. Risau. Risau.
Sebenarnya kita x perlu risau. Risau adalah fitrah manusia tapi x perlu melebih2 risaunya. Insya allah kita ditakdirkan berada dlm situation sedemikian kerana kita telah ditentukan olehNya utk menghadapinya. Kerana kita layak, sesuai dgn keadaan tersebut. Tak perlu risau. Allah dah tetapkan kita boleh mengharungnya dlm situasi berjaya atau gagal. Kdg2 berjaya x bermaksud menang dan gagal x bermaksud kalah.
Opah ada/opah tade kita tetap mengharungnya hari2 tersebut. Biarpun hari itu dipenuhi dgn bebelan opah atau tidak, kita tetap melalui hari tersebut. Tapi ambil iktibar ke tidak?
Samada najihah cukup susu atau tak? Selagi dia x meragam dan x buat muka risau berkerut didahi dan cukup kencing/berak, x perlu risau sebab pam bukan indikatornya. Dia cukup susu, maka dia akan berak dan kencing byk. Dia meragam mcm x cukup susu tandanya dia nak membesar dan sedang melakukan penambahan susu buat dirinya. Growth spurt ke spurt grow. Ye ntah.
Risau budak2 itu ini dan begitu begini.. lumrahlah budak2..
Risau x sempat mkn waktu mkn takut masuk angin, takut x mkn? Is the most ridiculus thing to risau. X mkn pun risau?? Mknn byk la dlm fridge ada. X perlu risau. Berusaha dan Berserah sahajalah.. Allah ada.

Friday, May 10, 2013

Intoducing baby nur arfa najihah


Weight 3.1kg
Height:51cm
Dob 22 april 2013, 11 jamadilakhir 6.49am

Alhamdulillah baby no 3 dah selamat dilahirkan disubuh senin 22 april 2013. Awal 2 minggu dari tarikh due 2nd may.
Bloody show on sunday morning. A day after besday bapak. Ye. Aku drive lagi tuh ke dpp masa besday bapak. Agaknya drive tu mendribekan mentriggerkan baby utk turun awal. Letih drive ye idak.
Minggu tu supposenya mak dan bapak akan ke pd bg menguruskan hal bil kt rumah pd. Mak punya plan senin ke pd, rabu balik kl. Bila dah nampak darah aku pun segera kabo kt mak. Rasanya mak kena gi pd harini gak sebab td tgk masa kt toilet ada darah. Mak pun tanya sakit ke? Sebenarnya rasa sakit sikit2 mmg dah ada sejak 2-3 menjak. Aku rasa sakit ni dah mcm terbiasa. So aku kabo le kt mak tade la sgt. Pehtu mak pun decide gi pd juga sebab takut aku terberanak awal. Kelam kabut mak menyiapkan brg nak ke pd. Nak bawak budak dua irg tu lagi.. takut apa2 hal kang mana nak letak yg dua org tu? Tapi aku pun lepas tu kelam kabut menyediakan brg nak masuk dlm beg.. beg nk deliver. Saspen juga. Sebelum ni mana pernah turun tanda.. semuanya induce.
Maka hari ahad tu sepanjang hari ada lagi 2-3 kali serangan ala period cramp (contraction le tu) melanda. Buat bodo je. After all.. aku rasa kalau gi menyerah diri awal nt takleh nak buat apa sgt kt sanan nun.

so relek2 le kt rumah..
malam tu..jeng jeng jeng... tade pape jugak. sakit pun ala kadar je. kul 2.30 lebih kurang encik husband pun balik, siap sembang2  ngan dia. ceritahal apa2 ntah. pehtu dia berkeruh.. aku pulak tak dpt tidor. mlm sebelum pun berapa kali terjaga ntah. tapi pagi tu lain macam. rasa sakit makin kuat dan agak kerap. kejutkan en.darling. ra
sanya kena gi klinik le skrg. noneng2 nenong2 siap2 dlm lebih kurang 3.30 am dah ada
 kt klinik.
 kakmisi tu tanya.. sakit ke? dan aku pun jawap haah. dan dia pun check.. dah bukak 3cm. pehtu dia pun suruh rst kejap kt bilik. kt bilik pulak rasa sakit menyerang nyerang. nak baring rasa dah x boleh. so duduk la. duduk pun sakit. menonggeng. bukan tonggeng atas katil. sakit juga. last2 gi mandi. dah mandi tu ajak encek husband turun ke labor room. rasa nak beranak tak tahan dah. check baru bukak 7. masa tulebih kurang kul 5.30. dahle letak ctg. dengan blood pressure naik tinggi 140/96 lebih kurang. mmg dah nak beranak sgt dah. tgh tunggu dr dtg. masa tunggu tu ntah berapa kali ada rasa urge nak teran. misi kata belum lagi.. baru buka 7. ermm yelahh.. tiba2.. terasa something laju je keluar dari dlm perut dan menyembur keluar air ketuban. hahaha.. first time juga rasa air ketuban keluar. sebelum ni manalah pernah rasa, sebab induce. lega sikit rasa. sambil tu en.darling sempat gi solat subuh.. tu pun misi yg suggest. takut lama lagi nak beranak. pehtu tak lama kemudian dgr plak suara dr. ohh dr dah datang. misi2 ni kata biasa bila dr dah dtg biasanya patient jadi lambat plak bersalin. aku pun relek lagi. erm tak berapa lama lepas tu rasa nak teran tu dtg lagi. dr plak kata ok nak teran, teran.. pehtu x jadi plak kuar. aku nak cuba teknik menhebuskan nafas dan releks sampai baby yg kuar sendiri. tapi bila dgr dr ckp. ohh mcm ni tak boleh nni, susah u nanti. aisehhh.. org baru nak praktikkan gentle birth.. geram je rasanya. pehtu boleh plak dr tu membebel cakap i x solat lagi ni. pong pang pong pang nyot nyet nyot nyet  drg kelam kabut call i, nak mandi, rush dtg sini, parkin pun senget, dah pukul 6.30, x sempat solat... bla bla bla.. aku pun ckp xpelah dr.. gi la solat dulu.
habis je dr solat solat, aku pun teran, baby pun kuar. dan rabakk.dgr sore baby nangis terus hormon bertukar! menjadi dari seorang yg pasrah kepada seorang yg sgt gembira! magiknya bersalin. Kuasa Allah.. alhamdulillah. dan intai dah keluar dah baby...

namun episod selepas itu horror!

dr terkial2 nak keluarkan uri. as far as im concern, nak keluarkan uri bukan camtu, bukannya tarik. dan akibatnya putus tgh jalan. maka selepas itu, hati gembura bertukar! menjadi x bes. kena sedut gas mcm nak pitam, mcm nak pengsan, dah pengsan kot pasal rasa mcm x sedarkan diri.. kena rodok sebab nak kuarkan uri. sampai hati...
kena jahit pun sakit. kenapa ku diperlakukan begini? uhuhuhu.. sedih.

dulu pun masa bersalin zarin pun ada episode dr terkial juga. erm. sudahlah.. ni last la bersalin ngan dr ni. rasanya ni pun baby last kot. apapapun, alhamdulillah sakit bersalin x lama. dan dipermudahkan ketika rasa sakit. alhamdulillah baby sihat..

Happy birthday bapak part 2

Uhh punya lama post poned nak tulih. Sekali terberanak plak dua hari selepas besday bapak. Later i wrote about labor okay!
Anyway..
Cerita pasal bapak.
Bapak memang sporting. Masa mula2 bawak balik en. Darling utk memperkenalkan saya punya ehem ehem.. idak le macam kena interview keje. En. Darling punya respek ngan bapak. Dengar cakap bapak bila dah ada ikatan.. jumpa jgn selalu.
Iye pakcik (masa tu lah).
Dan mmg dia turuti nasihat.
Dah kawin plak.. en. Darling memang layan aje bapak. Turut je ckp bapak. Dan selalu dgr nasihat bapak. Kawan2 en. Darling juga.. kuperhatikan sgt memandang tinggi pada bapak sampaikan aku yg naik segan. Ya.. bapak seorang yg berperibadi tinggi, hebat, dan berketrampilan seperti sorang pemimpin waja. Bapak juga seorang yg pemurah...Walaupun sebenarnya bapak bukanlah berpoket tebal, tapi sampai ada org yg nak amik kesempatan diatas kemurahan hatinya yg ini boleh mendatangkan marah. Ntah ye ntah tak org tu punya problem. Daripada tahun lepas masa bapak sakit pun tak segan2 minta bantuan. Baru2 ni pun minta lagi.. alasannya anak nak mula keje. Duhhhhh.. anak org lain pun mula keje juga. Tade duit keje jauh carile keje dekat2. Anak nak konvo.. tade duit. Duhhhh... masa cuti keje le part time.. bukan susah. Aku pun kena keje ni ha.. nak bayo hutang.
Sebut pasal hutang.. Dulu masa kecik mak pernah cerita bapak masa keje hutang berputus hubung. Dah habis ambik pulak hutang baru. Zaman 80-an. Gaji pegawai kerajaan takat mana la nak sara 4 anak dan mak tak bekerja. Aku melalui zaman kepayahan bapak. Dan alhamdulillah melalui juga zaman kegemilangannya masa belum kawin dulu. Alhamdulillah susah senang mak tetap masak sedap.
Bapak dah 71 tahun ni. Pagi tadi aku tgk mak potong kuku kaki bapak. Sayu rasanya. Bapak dah tak berapa nampak. Tapi aku tgk gigih juga drive keta. Hebat tak hebat tuh.. Encek darling pun ada pesan.. skang ni kita ikut je apa mak bapak cakap. Derang dah berumur. Ntah bila2 boleh dijemput kembali kepadaNya. Aduhai.. tak sanggup bila tiba saat itu. Me luv u bapak, mak, very deep deep inside. So apa yg derang wish, try to fulfill it. Spend masa bersama. Tanya khabar. Aku tgk adik beradik aku ni skang sebuk benar dgn urusan masing2.. rumah dekat tapi susah nak nampak. Yg jauh tu pun sebenarnya dekat. Tapi jarang nampak. Kalau panggil dtg makan barulah muncul. Hari ahad lepas dtg pun sebab PRU 13. kalau tak.. see in wasap jelah. Itupun kalau ada. Tapi bapak tade wasap.. takpelah.. kitorg jelah layan. Seb baik ada cucunya afiq dan zarin yg memenuhi masa lapang. Dan terkini si najihah.. layan jelah atok...

happy birthday atok. sambut ngan cucu2 jelah..


Saturday, April 20, 2013

Happy birthday bapak

Dah 71 tahun. Kalau ikut usia nabi wafat.. umur bapak dah kira sebagai bonus dah. Alhamdulillah bapak masih ada sampai sekarang, masih 'menjaga kami'.
Ye.. bapak menjaga kami walauoun dlm sesetengah perkara kami menjaganya. Bapak lebih kepada money provider kepada keluarga kami. As in kami semua termasuklah adik beradik. Tapu lebih byk kami berempat laki bini dan anak2 kerana kami duduk menumpang (atas sebab ketidaklaratan naik tangga tingkat4). Maka banyaklah yg bapak sponsor. Makan minum belanja sampingan.
Sebenarnya kami tidak mahu bergantung sgt. Tau. Kami ni sememangnya x mampu hidup sendiri dengan kemewahan skrg. I.e.. makan nak sedap je. (Bukan la kemewahan melampau seperti beg /baju jenama) mewah dari segi makan jelah.. hmm patutlahh aku makin membesar.. laki aku pun sama.
Dari kecik lagi aku sememangnya anak manja bapak. Aku sorg je dok suka berkepit ngan bapak. Mcm anak2 aku suka buat skrg ni kt atoknya. Kalau bapak tade gi outstation.. habih geledah lemari baju bapak. Jumpa gambo dan cium. Hehehhhh.. ntah pape..
Pernah sekali tu tgk video kt bilik bapak. Aku asyik pegang je jari bapak.. sampai bapak tido pun dia masih menjuntaikan tangannnya utk bagi aku pegang (skrg zarin pun gitu. Ngan aku. Bukan ngan baba dia). Manja sgt.. agaknya mak pun dah tak kuasa dah.
Tapi kemanjaan ngan bapak terhenti sampai sekolah menengah. Dah tau malu. Dan pada masa itu parents bukan lagi sanjungan malah 'enemy'. Mak selalu marah mengenai banyak perkara. Hati keras. X mau dgr. Tapi bila bapak yg tegor. Fuhhh meleleh air mata sedih. Pernah bawak balik kawan lelaki balik rumah dan budak tu terlebih bengong sebab bangang x mau balik rumah. Dan ada bapak pulak. Bapak x marah pun. Tapi bagi warning je jgn bawak balik lagi.
Dulu masa nak amik spm.tetiba terbaik pulak berbaik semula ngan parents. Masa tu x pandang mereka sebagai enemy.. insaf dah. Eh ye ke... ntah.? CAKAP NGAN BAPAK.. bapak doa la yan berjaya spm ni. Sekali bapak cakap.. bapak selalu doakan yan, setiap kali sembahyang. Supaya berjaya spm. Uhhhh berderai air mata sebab rasa terharu. X sangka bapak doakan. tapi aku skrg sebagai mama baru aku ngerti. Mmg tiap hari doakan untuk anak2 supaya sihat, berjaya, kuat iman, dll...
Satu hari masa dah 19thn, masa belajar Bchem, 2nd year kt uniten, rasa x boleh bawak dah subject prinsip akaun, menangis2 ngadu dah xleh bawak akaun di samping x dpt menyesuaikan diri kt tmpt baru tu (UNITEN) Le tu. Ngadu kt bapak. Kebetulan, tempat kolej yg kitrog sewa bilik tu ada plak course diploma upm, degree dll. Aku pun ngada2la nak mintak tukar, belajar je kat kolej tu. Sungguhpun kemudian rasa menyesal sebab ketinggalan berbanding ngan kawan2 yg habih degree awal dan dah dpt keje dan pada masa tu encek jon travolta pun dah habis belajar, bapak tetap bagi sokongan... kewangan dan moral dan fiIkal. Namun alhamdulillah nampaknya serasi sungguh aku ngan subjek it ni. Sampai uum aku rasa bersyukur sebab boleh bawak, dpt jumpa kawan yg sgt bes (chema ayob). Sampai laaa jd gud fren. Kawan masa dekat alevel pun x sesyok mcm dia ni.
Hati kdg2 rasa menyesal sebab x habiskan pengajian tp kena bayar loan, pehtu kat kolej subsidi bapak je plak tu. Sgt rasa x syok sebab byk nyusahkan bapak. Tapi aku dpt pengajaran.. bila pilih hala tuju selepas spm biarlah hala tuju tu dtg dr minat sendiri, bukan kerana resultnya, org, sepupu yg dah amik akaun, bapak yg jadi ptd dlm majornya ekonomi..
Namanya kalau x suka akaun, yg related ngans p.akaun, perdagangan mahupun ekonomi, haruslah dijauhkan walaupun ekonomi dpt bagus.

Sambung 2nd part later...

Friday, April 19, 2013

what???

caner la dari lagu i dont care ttetiba termasuk lagi minah siam ni kat senarai youtube???
layan jelah..
tgh i dont care lagi

i dont care


mode: i dont care.
dont care about work. do this do that. suruh jelah anak buah settle. tak kuasa nak buat. nak cuti panjang dah.
dont care about how many u hutang me. thats your problem. dah redha. next time please manage your money accordingly.
dont care about PRU13. this side $#@(&*(! that side also the same. i dont care!
dont care about my bz husband. as long as waktu nak terberanak u have to be here beside me.
dont care about everything! i just want to beranak.
but on the other hand still care about afiq n zarin.
due in one 12 days approximately.
harap dipermudahkan.

Thursday, March 21, 2013

5 Minggu 4 hari

5 minggu 4 hari?
begitulah yg tertera di tarikh countdown kat bawah nun sana.
encek darling suruh rekodkan kalini pregnancy apa yg baby ni suka buat dan tgk bila dah kuar betulke mmg dia suka gitu. udah nak bersalin lebih kurang sebulan je lagi baru nak rekodkan. yg pregnancy dulu2 tak rekod pung. haha

tapi memang benar. setiap pregnancy adalah berbeza. beza sikap, beza habit, beza cravings.

this pregnancy:
1. masak. dont know because i have to masak ke sebab terlebih rajin masak ke. tapi memang rajin sikit masak compared to sebelum ni. hakikatnya i memang tak suka masak. kalau ada option lain memang cari option lain. rela pergi kedai dari masak but this time.. masak nasi ayam, mee kungfu, megi, spageti (tu biasa sgt), lauk masak kicap (ayam dan ikan) masak kong boh, masak sup, ntah kenapa rasa makan luar tak syok. pehtu kesian kat budak2 kalau makan luar, tu mcm tade selera, tapi bila mama masak derang punya selera 3/4 periuk(1 pot) je buleh habih kat derang. dasat... breakfast pun. rajin goreng kan bebudak ni nugget. dulu asyik suruh encek darling ni beli roti je. tak roti krim, sapu roti ngan peanut butter.

2. kemas. boleh tahan rajin juga le kemas. tapi malas pun sama naik jugak. tapi lebih rajin dari malas.

3. cravings: no kambing please. really not into kambing and not so fond of meat. no fast food. mcd wont makes me kenyang. really rasa tak berbaloi lepas makan mcd sebab kejap je dah lapo balik. kfc, burger king pung sama. subway je masih buleh tahan lagi. but really likes udang, seafood, sotong, ketam.

4. berat badan. amboi mak.... pehal naik banyak sgt. setat pregnancy dengan lemak biskut raya udah 87 kg. sampai sekarang dah mencecah 103kg. dah naik 16 kg. dengan selulit naik kat kaki, peha ke betis. NGERI!!!! berita ngeri sungguh!. ntah sebab makan ke sebab kuat manis ke. tapi rajin juge exercise skang ni. silapnya masa first 3 month.. melantak apa sahaja yg kita suka. sebab fikirkan nanti lepas bersalin buleh turunkan berat semula.

5. nasty habit. watching videos time office. astaghfirullahalazim.. gaji jalan bodoh je sebab rajin nonton yutiub.

6. kpop all the way. asyik cari dan tonton korea punya product je. lagu kpop, tgk running man. movie korea, sampai masa scan pun baby asyik gerak tangan mcm menari lagu dan dan dan dan dan dance fantastic baby. ye. sebab lagu tu asyik terngiang2 di kepala semasa scan awal2 dulu.

7. very active dan friendly baby. baby, masa ultrasound scan tu sgt tidak segan, asyik berinteraksi depan camera aje. dah le masa scan kat perut tu dia buleh tolak tempat dr scan guna tangan (i see it by my self kat monitor tu) amboi dia.. bukan main lagi.

8. berkat ibu mengandung.. dan dengan izin Allah kadang2 bende yg dirasakan payah, susah, jadi mcm senang je. contoh nya drive balik ke rumah, cari parking depan kedai md chan(paling susah nak dpt parking situ.. dpt parking betul2 dekat depan kedai). parking pasar malam betul2 depan pintu masuk.. alhamdulillah... ) tayar pancit akibat kecuaian sendiri termasuk lane tepi yg lebih tepi dari tepi sebab mengelak lori dan moto. hakikatnya patut berile laluan kat moto tu. kesian dia. kena himpit lori/kereta. tapi aku tamak masa tu sebab teringat nak balik rumah ngan cepat sebab nak ke PD lepas tu. menunggu encek darling ditepi jalan tak sampai2 tapi alhamdulillah ada pertolongan dari org DUKE.

9. pregnancy symptom: alhamdulillah tade mabuk tapi... tangan ada sakit dan kebas juge. dr kata carpal tunnel syndrom. perasan sakit masa tgh drive keta bapak kat PD. rasa tak sedap bila genggam stereng. dan sejak dari itu sakit je. alhamdulillah dah masuk minggu 34  ni sakit tade tapi kebas masih ada kadang2.

10. pregnancy symptom 2: perut ni mcm beso beno. sakit bahagian ari2 tu sentiasa ada. especially lepas bangun dari tempat duduk kat opis, bangun dari tido, uhhhh sakit le.

11. garang. garang betul. asyik nak cari gaduh je masa mula2 dulu. pehhtu sarcastic. pehtu lasik. eh laser.. laser dan laju je nak bubuh kat org. sabar2.. jgn ikut perasaan...

lagi? masa pregnan dulu2 ada feveret food, afiq ngan A&W, spageti, pasta, masa zarin suka TVD dan asik gatal je, yg ni? overall sgt rajin jadi pompuan~ maksudnya..  rajin masak, kemas, mekap, berhias,

ni tgh mencari method yg sesuai utk senang beranak, terjumpa natural birthing club/grup kat fb. omaigaddd!!! wat the f am i luking at? video org beranak secara natural. oh maiiii.. i dont want to see. even tho dia promote bersalin secara natural without induce dan ubat-ubatan, mai gadd.. baby come out directly in front of camera. dan ada yg boleh mencapai orgasm masa beranak? how do they do that? depa suruh enjoy dan layan je sakit waktu beranak . ouch. beranak. caranya? hypnosis. relax, stay calm, jgn dengor sorakan dari nurse, jgn push bila org suruh push. listen to your body. ibaratnya gini kita nak berak, tapi tade perasaan tapi org suruh gi berak juga. wajib. maka berak itu menjadi susah dan berbelit2. dah sampai time berak, ia akan kuar sendiri tanpa perlu kita push too hard,  ok so moral of the story. even tho makan julab pun (induce) bila rasa urge nak kuar baru teran. jgn takut. jgn ada perasaan cuak. just go with the flow.
insya allah i can do it!!

mama@34 weeks

Sunday, February 10, 2013

Hobi baru afiq



Description: upin ipin opah dan kak ros. Afiq sekarang dah ada hobi baru. Asyik melukis. Cari kertas dan lukis.
Pandai afiq lukis. Dia ingat details..
Ngan baju satu u, satu i,
Satu botak satu ada rambut.
Cuma opah dan kak ros tak dapat dikenal pasti yg mana satu.
So proud of u sayang mama, afiq.

Wednesday, January 30, 2013

pesan ustaz - soal hati

kalau berniat utk melakukan perkara buruk jangan cakap kuat-kuat, kerana syaitan mendengar dan akan berusaha menggoda melakukan perkara tersebut.

kalau berniat utk melakukan perkara baik pula sebaik-baiknya sebutkan dan beritau kuat-kuat.
semoga niat itu akan menjadi.

soal hati hanya Allah yang mengetahui. syaitan tak tahu apa yg terbenak di hati. setelah disebut baru dia tahu.
jadi kalau terasa nak buat jahat, segeralah betulkan niat.

berfikirlah menggunakan hati. sebab berfikir menggunakan otak sahaja tidak disertakan dengan hati yang bersih tidak membawa maksud apa-apa. cerdik sahaja tapi hati tak baik mendorong kita untuk melakukan perkara yang tidak baik.

afiq dan zarin, mama akan berusaha tidak akan mengotorkan hati korang yang bersih suci ini supaya anak-anak mama bijak dengan hati yang bersih. ya. budak-budak ini semua sama bijak. pembawakan dan didikan kita yang menentukan dia menjadi lebih bijak dan sekadar bijak sahaja.




Wednesday, January 2, 2013

afiq masuk sekolah

harini afiq dah masuk sekolah.
sungguh hensem anak mama ni..
pagi sudah kejutkan dia. dia pun tak sabar2 nak masuk sekolah upin ipin. tak tau pasal apa dia gelarkan sekolah tu sekolah upin ipin. masa register pun dia dah cakap sekolah tu sekolah upin dan ipin. ntah. suasana nya kot. kitorg pun dok galakkan dia pergi sekolah melalui cerita upin ipin la jugak. tu yang terpengaruh tu.

sungguh sibuk jalan pagi ni. masa lalu kat sekolah kebangsaan tu nampak parents hantar anak2 dan tunggu kat belakang. dalam hati berfikir bagaimana agaknya afiq kalau dah darjah 1. hati rasa hiba. cepat betul membesar budak2 nih. sekarang baru nak masuk takis. setahun dua dah darjah 1. huuuuu...

sampai depan nursery afiq tak turun pun. dengan eksyennye dia cakap kat adiknya 'adik kena pergi nursery. abang pergi sekolah'. hahaha.. tidakkah kau tau afiq, sekgi kang dia kena gi nursery jugak. hihi.
dah habih ngantor adek, kitorg pun gerak gi hantar afiq kat sekolah. kelakar. sampai dua pusingan keliling taman padahal takisnya sekangkang kera je ngan taska nursery budak2 ni. skali pusing.. susah sgt nak masuk pagar. kawasan kecik, kereta banyak kuar masuk. sekali lagi pusing.. cakap kat darling, u turunkan i jelah. u gilah cari parking. tak tau lah pulak yang encek darling gi downgradekan keta alza tu (sebab beso kononnya)  ke keta kelisa .

turun keta tak tau nak pergi mana. tapi nampak ada satu bilik utk kelas takis. nampak dua tiga parents tengah beratur. pehtu nampak one lady yg anaknya sama nursery ngan afiq. CONFIRM! betulah ni tempatnya. so i ngan afiq masuk kelas. tempat duduk depan dah full. second row kosong tgh. third row kosong tiga seat. letak afiq tepi sekali. supaya senang dia nak tgk tepi tingkap dan senang kitorang nak tgk dia juga. pehtu join parents lain beratur.. nak bayar yuran. bayar full setahun RM550 je. registration RM 100. idakle mehe benor mcm ada sorang member bayar tadika anaknya.. tadika franchise. lebih tiga riban habis termasuk macam2 kelas yg dia kena attend. plus transport. ok la dia nak anaknya terer macam2. aku pung teringin juga nak anak terer macam2.. maklumla patutnya dari kecik dah kena ajar dia macam2. tapikesian juga kalau budak sendiri yang takmo pergi. kalau kecik2 dah ditekankan dengan macam2 bende takut beso esok memberontak. ni nampak macam afiq is having fun sekolah kat situ bersama ngan adam, ahmad, sara, amani, yang semuannya satu taska. dan nampak macam afiq dan kawan2 taskanya mendominant kelas takis tu. dan macam skolah2 lain, ada budak yg menangis on the first day. afiq tak. dia dah jenuh nangih masa htr gi nursery kecik2 dulu.

peace.. relax je.

1st day afiq dah diberi tugasan mengkaler. sungguh warna warni tapi kurang harmoni ikan yang afiq kalerkan itu. tapi ok lah untuk budak 4 tahun nak masuk 5 ni. dia habis kaler dulu berbanding ngan budak lain dan berjoget tunjuk bintang sebab habis dulu. lawak jelah afiq ni, hahaha..
ni lah ikan warna warni. 

waktu rehat. 8.50 pagi
berlari keluar. tak tau arah mana. selambe je afiq lari.
bawak dia gi kantin. bekal roti krim yg dibawa langsung tak mo makan. yg dia nak mee yg kat kantin tu. beli jelah. esok lusa tade sape nak belikan dia makanan dah. waktu makan pun duduk ngan gang nursery. takpelah camtu. at least ada gak org yang dia familiar. makan sikit dah tak nak. sebab mee pedas.
huuuu.. seringgit tapi macam tak bagi budak makan. buat le tak pedas utk budak2 makan. hapelahh org kantin ni.

habis rehat. 9.30 pagi. lamanya derang rehat....
berlari juga. suka hati dia je nak lari ikut kaki. tapi tau plak nak lari masuk kelas. lepas rehat- main!
main dan main dan main. so kitorg pun cabut lah. gi breakfast kat mamak. habis breakfast pi jengok afiq semula. main lagi. hmmmm. sampai 10.30 habis skolah main jelah.  ok lah utk hari pertama.

waktu balik 10.30pg
habis je kelas ustazah pun suruh la anak muridnya bertatur. lelaki one side perempuan one side. ustazah suruh baca doa. budak2 ni... dia bantainya baca doa 'ALLAH humma barik lana fima rozaktana wakina azabannar' kuat2. serentak plak tu. hahaha.. tu doa makan la. dan ustazah pun ajarlah doa yg sebenar. aku pun tak pasti doa apa. pasal tak berapa dengar bunyinya. dan aku pun tunggu afiq di luar kelas dan pimpin jalan ke arah pintu belakang taska.

selesai sudah cerita hari pertama afiq masuk sekolah - taski di KAFA MUAFAKAH.
seronok tengok budak2 ni seronok.
seronok tengok afiq seronok.
happy and glad sebab masukkan afiq di tempat ni. insya-allah tempat ni lah yang terbaik untuk afiq buat masa ini. diharapkan afiq dengan pelajaran asas ni boleh menjadi org yang berguna, pandai bergaul, bijak membaca, mengira dan membesar menjadi orang yang bijak pandai.