Thursday, March 21, 2013

5 Minggu 4 hari

5 minggu 4 hari?
begitulah yg tertera di tarikh countdown kat bawah nun sana.
encek darling suruh rekodkan kalini pregnancy apa yg baby ni suka buat dan tgk bila dah kuar betulke mmg dia suka gitu. udah nak bersalin lebih kurang sebulan je lagi baru nak rekodkan. yg pregnancy dulu2 tak rekod pung. haha

tapi memang benar. setiap pregnancy adalah berbeza. beza sikap, beza habit, beza cravings.

this pregnancy:
1. masak. dont know because i have to masak ke sebab terlebih rajin masak ke. tapi memang rajin sikit masak compared to sebelum ni. hakikatnya i memang tak suka masak. kalau ada option lain memang cari option lain. rela pergi kedai dari masak but this time.. masak nasi ayam, mee kungfu, megi, spageti (tu biasa sgt), lauk masak kicap (ayam dan ikan) masak kong boh, masak sup, ntah kenapa rasa makan luar tak syok. pehtu kesian kat budak2 kalau makan luar, tu mcm tade selera, tapi bila mama masak derang punya selera 3/4 periuk(1 pot) je buleh habih kat derang. dasat... breakfast pun. rajin goreng kan bebudak ni nugget. dulu asyik suruh encek darling ni beli roti je. tak roti krim, sapu roti ngan peanut butter.

2. kemas. boleh tahan rajin juga le kemas. tapi malas pun sama naik jugak. tapi lebih rajin dari malas.

3. cravings: no kambing please. really not into kambing and not so fond of meat. no fast food. mcd wont makes me kenyang. really rasa tak berbaloi lepas makan mcd sebab kejap je dah lapo balik. kfc, burger king pung sama. subway je masih buleh tahan lagi. but really likes udang, seafood, sotong, ketam.

4. berat badan. amboi mak.... pehal naik banyak sgt. setat pregnancy dengan lemak biskut raya udah 87 kg. sampai sekarang dah mencecah 103kg. dah naik 16 kg. dengan selulit naik kat kaki, peha ke betis. NGERI!!!! berita ngeri sungguh!. ntah sebab makan ke sebab kuat manis ke. tapi rajin juge exercise skang ni. silapnya masa first 3 month.. melantak apa sahaja yg kita suka. sebab fikirkan nanti lepas bersalin buleh turunkan berat semula.

5. nasty habit. watching videos time office. astaghfirullahalazim.. gaji jalan bodoh je sebab rajin nonton yutiub.

6. kpop all the way. asyik cari dan tonton korea punya product je. lagu kpop, tgk running man. movie korea, sampai masa scan pun baby asyik gerak tangan mcm menari lagu dan dan dan dan dan dance fantastic baby. ye. sebab lagu tu asyik terngiang2 di kepala semasa scan awal2 dulu.

7. very active dan friendly baby. baby, masa ultrasound scan tu sgt tidak segan, asyik berinteraksi depan camera aje. dah le masa scan kat perut tu dia buleh tolak tempat dr scan guna tangan (i see it by my self kat monitor tu) amboi dia.. bukan main lagi.

8. berkat ibu mengandung.. dan dengan izin Allah kadang2 bende yg dirasakan payah, susah, jadi mcm senang je. contoh nya drive balik ke rumah, cari parking depan kedai md chan(paling susah nak dpt parking situ.. dpt parking betul2 dekat depan kedai). parking pasar malam betul2 depan pintu masuk.. alhamdulillah... ) tayar pancit akibat kecuaian sendiri termasuk lane tepi yg lebih tepi dari tepi sebab mengelak lori dan moto. hakikatnya patut berile laluan kat moto tu. kesian dia. kena himpit lori/kereta. tapi aku tamak masa tu sebab teringat nak balik rumah ngan cepat sebab nak ke PD lepas tu. menunggu encek darling ditepi jalan tak sampai2 tapi alhamdulillah ada pertolongan dari org DUKE.

9. pregnancy symptom: alhamdulillah tade mabuk tapi... tangan ada sakit dan kebas juge. dr kata carpal tunnel syndrom. perasan sakit masa tgh drive keta bapak kat PD. rasa tak sedap bila genggam stereng. dan sejak dari itu sakit je. alhamdulillah dah masuk minggu 34  ni sakit tade tapi kebas masih ada kadang2.

10. pregnancy symptom 2: perut ni mcm beso beno. sakit bahagian ari2 tu sentiasa ada. especially lepas bangun dari tempat duduk kat opis, bangun dari tido, uhhhh sakit le.

11. garang. garang betul. asyik nak cari gaduh je masa mula2 dulu. pehhtu sarcastic. pehtu lasik. eh laser.. laser dan laju je nak bubuh kat org. sabar2.. jgn ikut perasaan...

lagi? masa pregnan dulu2 ada feveret food, afiq ngan A&W, spageti, pasta, masa zarin suka TVD dan asik gatal je, yg ni? overall sgt rajin jadi pompuan~ maksudnya..  rajin masak, kemas, mekap, berhias,

ni tgh mencari method yg sesuai utk senang beranak, terjumpa natural birthing club/grup kat fb. omaigaddd!!! wat the f am i luking at? video org beranak secara natural. oh maiiii.. i dont want to see. even tho dia promote bersalin secara natural without induce dan ubat-ubatan, mai gadd.. baby come out directly in front of camera. dan ada yg boleh mencapai orgasm masa beranak? how do they do that? depa suruh enjoy dan layan je sakit waktu beranak . ouch. beranak. caranya? hypnosis. relax, stay calm, jgn dengor sorakan dari nurse, jgn push bila org suruh push. listen to your body. ibaratnya gini kita nak berak, tapi tade perasaan tapi org suruh gi berak juga. wajib. maka berak itu menjadi susah dan berbelit2. dah sampai time berak, ia akan kuar sendiri tanpa perlu kita push too hard,  ok so moral of the story. even tho makan julab pun (induce) bila rasa urge nak kuar baru teran. jgn takut. jgn ada perasaan cuak. just go with the flow.
insya allah i can do it!!

mama@34 weeks

No comments: