Friday, December 28, 2012

kecelaruan umur

aku  kah yang confius? berapa kah umur aku?
how time flies so fast.
i still feel young but my look doesn't show that way.
aku pergi kedai.
budak kedai tu panggil makcik (oke lah makcik since my niece pun dah beso 18 thn)
aku gi bank.. budak yang jaga kaunter tu.. belum panggil makcik la tapi dia tanya kenapa akaun tu ada duit pencen ke? uikss setaraf ngan warga emas plak ke?
aku main bola tampar. ada campuran kategori. then for veteren punya category this blind man but celik asked me to masuk jadi veteren. WHAT???? do i look that old?
i dont feel old.
my playlist is dominated by kpop music. especiallly bing bang

big bangggg

my extra time is filled with main games.
raging thunder
when i feel bored, i watch korean movie/ drama on youtube/daily motion
salamander guru and the shadow gang
i like watching cartoon with my kids.
upin dan ipin
kenapakah aku di makcikkan?
mungkinkah kerana kulit mukaku tak tegang?
dressing old fashion kah?
gemuk kah?
tak bermekapkah?
selekehkah?
spek mata makcik kah?
kekaleran bajukah?
makciknye aku ye...



but then.. you know ur getting old when...

  1. u no longer like fast food as ur lunch/dinner. tak mengenyangkan. minum petang saje2 bleh la.. 
  2. ur body aches. at so many places. lutut, tangan, kaki,
  3. u dont like the way kids write these days. iteww, hebad, ak as aku, oh my spelling!
  4. frens are not ur priority anymore. its ur kids, ur family, or ur parents,
  5. u see teenagers bergaduh dengan kawan pasal hal kecek je and said hek elehh.. pasal tu pun nak gaduh. 
  6. u dont like carbonated drink like u did when u were young. 
  7. u appreciate life more than u did before.

Thursday, December 27, 2012

smart phone, rebate, dan mentaliti orang mesia

orang mesia ni ramai yang tak reti nak bersyukur. atau ramai yang bengong.
antara komen2 org mesia berkenaan perkara ni

'SYARAT KELAYAKAN C TAK LEPAS..HEHE '
' Harga Maksimum RM 500 ????? '
'ni la JANJI DILIPATI. '
'clon ko bl ngn pak mat tempe aje wkakaak '
' Gilo ko.mana ade smartphone rm500...yg clone pun 800 lebih kot...bodo najib '
 '  ada ke smartphone harga bawah rm500?? '
 ' Smartphone 2nd hand dpt ler...'
' Ade ke smartphone bwh 500?????'
' Gamba org iban cakap telefon tu funny la...baju pun xpakai sibuk beli iphone harga rm500..beli capati boleh la '
' bwh 500? bangang jgk idea nie..phone aper 500? mmg xbrape nk smart laa. .'
 ' Ai Aoko smart phone rm500 ka??aiya!pining kapala gua loh!mana mau cari hpon smart2 harga rm500 ke bawah ma!kalo ada pon samsung galaxy Y lo..itu standard budak skola punya ma!'
'smartfone rm500 je?? hehe ala buat la fon rege 1000 sekurang2 ny huu '
'Bodo supo korenyo....beli tpon model cino la klu rego mksimum 500'


SEDIH tgk komen orang mesia ni. yang lebih tepat orang melayu. sebab semua macam tak tau nak bersyukur. dah la tak bersyukur. bengong pulak tu. tak tau ke maksud sebenar smart phone?
google aje smart phone.. ni wiki kasi definition :


smartphone is a mobile phone built on a mobile operating system, with more advanced computing capability and connectivity than a feature phone.


jadi apa saja phone yang boleh digunakan lebih dari untuk buat call dan sms adalah smart phone. bangangnya mereka yang menyangkakan smart phone tu adalah keluarga iphone, samsung note dan sebagainya. yang lebih bengong.. sebelum nak komen smartphone ada ke bawah 500 takde ke yang buat survey. dan smart phone punya hanya limit bukan kepada operating system android/IOS je. banyak rege semat phone yang sekitar lingkungan rm400-rm500 dan ok functionnya. nokia, samsung, sony. tak semestinya note, s3, koman-koman pun galaxy y. nokia pun banyak. cuma aku tak berapa berkenan sgt nokia ni .

selingan... iklan dari superbuy. ok wat,, kitty lagi tuh. kalau zarin tu dah perasan dia punya dah.


kalau tengok kepada syarat-syarat kelayakan pulak. untuk berpendapatan kurang dari RM3000. so kena ukur baju di badan sendiri. kerajaan tak suruh org menyusahkan diri sendiri beli yang mahal-mahal. sebab function yang regenya smartphone RM500 sama je ngan smartphone rege seribu. yang membezakan kebesaran memory, touchscreen yang bagaimana, display yang macamana, ram yang macamana. Kelajuan data pula ditetapkan oleh data provider, atau WIFI. sama jelah..

kalau pakai android plak lagila sama. sama je boleh dapat ICS kat mana2. baik tepon murah atau yg mahal. tapi yang membezakan adalah quality. tapi masih lagi sama. tepon murah pun masih boleh terima email, tgk facebook, main angry bird.. kalau ada yg suka main lagi lah.. yg skrg ni hangat,, boleh wassapp.

memang tak dinafikan barang mahal lebih syok qualitynya. retina display, high tech touch screen, samalah ngan fungsi kereta. kita nak yang auto. kancil pun ada auto. bmw pun ada auto. dua-dua sampai je kat destinasi yang hendak ditujui.

kalau beli sofa pun sama juga. ada juga yang mahal, ada yang murah. yg mahal duduk syok. yang murah pun memadai juga untuk melepaskan lelah.

rasa memang sedih tengok org mesia ni. kerajaan dah bagi bantuan, diperlecehkan bantuan. sikit pun rezeki. mana ada org nak bagi senang-senang rebate RM200. dan bila nak bagi haruslah bersyarat supaya org yang yang tak mampu tu boleh miliki sesutu yang tak pernah dia impikan. yg mampu tu boleh beli sendiri. kalau rasa bole beli tepon lebih seribu tu dah termasuk golongan mampu sebab dia tak pikir perbelanjan lain dah. sebab kalu gaji rm3000 dan berkeluarga, dah tentu dia akan pikir perbelanjaan rumah, belanja makan minum, minyak dan lain-lain. tiga ribu tak cukup kalau nak hidup macam org kaya kat bandar ni.


sekian.. bebelan org biasa2 aje.

Badan berat dan Malas

Kata orang, kalau rajin bersukan nanti bila berenti mesti badan cepat naik.
itu semua mitos semata-mata.
yang sebenarnya yang membuatkan berat badan seseorang tu naik bukan sebab berenti sukan. ianya adalah disebabkan lifestyle dan pengeluaran masuk keluar kalori. berenti sukan dan pemakanan masih sama seperti waktu bersukan.. of cos berat badan naik. sebabnya kalori input tidak output-output dengan jayanya. untuk maintain gaya hidup yang sihat, perlu setidak-tidaknya mengamalkan gaya hidup yang sihat. kalau tak bersenam pun takpe tapi kena kurangkan kalori sedikit tapi bukan bermakna skip makan...  dan kena melebihkan pergerakan. berjalan saja sekurang-kurangnya sebanyak seribu langkah sehari pun dah memadai tetapi... jangan pulak pi bantai makan keropok cikedis dan makan bende yang tak berfaedah.
saya berpendapat, menjadi gemuk ini adalah kerana gaya hidup yang tak sihat. lebih kurang ayatnya macam malas dan banyak alasan. tgk ajelah diriku sendiri. akibat daripada penyakit buatan orang ni.. gaya hidup menjadi tidak begitu sehat. berat naik mendadak. first three month, doktor tak menggalakkan buat keje berat, exercise pun takleh. sebab takut kandungan tak kuat. masuk bulan ke-empat dan kelima baru nak setat semula exercise. masa ni badan dah berat. muka, tangan, kaki dah kembang, tak fit. dan malas. tu pun exercise takdenye berbentuk cardio yang peluh memercik ke lantai. semuanya exercise mild, pilates, yoga dan pergerakan yang simple. makan pulak tak hingat! bantai makan macam makan dua orang. hakikatnya aku hanya perlukan extra200 kcal aje for my baby. badan dah berat, perasaan malas mula menguasai. jalan pun slow. malas nak kemas rumah. mallas nak jalan2. malas nak bangun. malas nak bangkit dari krusi.. bila dah malas, kalori intake yang diambik secara over tu BERTUKAR! jadi lemak. aduh... laaagi la malas... sebab bila jalan2 rasa mengah.
akibat dari perbuatan malas itu daku ini sudah menjadi mama gergasi. dengan berat menghampiri 95kg di mesin penimbang mak. kalau kat klinik tu mampu cecah 98 gamaknya.
aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh mampu kah aku menukar lifestyle aku semula? dan akibat daripada kenaikan berat badan secara melampau ini tangan menjadi cepat kebas, kaki cepat lenguh... symptom ini datangnya dari peredaran darah yang tak lancar. tak lancar sebab banyak LEMAK? akibat dari berat badan berlebihan juga aku dapati lebih kuat berdengkur. patutla bila aku bangun pagi budak2 semua dah berada jauh dari aku. Lari dari mama yang bising. huhu.
yang nyata kesakitan kaki dan tangan ni menyebabkan aku insaf. tapi belum cukup mampu untuk menahan diri dari tak memakan coklet, biskut dan cikedis. CIS, burger, piza dan makanan lain yang tidak sihat.
sure lepas ni kalau checkup kena minum ayaq gula. oohhh tak sedap.

masa pre anniversary lunch. ada member yang komen 'semangatnyer ko.. huhu' . takpelah semangat  pembawakan aku terima je lah. 




Tuesday, December 18, 2012

cute

kata orang kalau nak anak comei.. kena tgk bende cute. bende comei, bende yang indah..
apa itu cute?
cer search kat google.
ni hasilnya kat image punya category
cute kah?
kalau cute korean... (dalam google search.. aku tak kata pun derang cute. )

cute kah?

cute kah?

skali...
tae yang pun category cute korean .. gd and top takde????

aduhhh.. kenapa kalau korean je kena buat expressi muka mencebik, mengembongkan pipi, mengenyit mata, mengherotkan mulut, comel kah? 

kalau search 'hot guys' pulak..

penuh ngan aksi lelaki yang tak pakai baju. + satu aksi gay. erk?????
definitely all not my taste. tapi gambar yg first tu.. mark walhberg. hero pujaan zaman remaja. and i also penah ada pin-up poster the exact picture. uuuuuhhhhh... tak sanggup.
kalau search 'bajet cute'... banyak lak kuar muka yg bajet cute...
ye. dan banyak aksi muka bajet cute.. muka tade kerut, hidung kembang sikit, mulut senyum yang paling manis. .ada juga yang perasan ala korean girls. kembung pipi, dsb. aduh................. tak boleh tahan.. tapi. cer tgk gambor bawah yang pakai baju ada pink hijo kuning. TOP? bajet cute?
search 'comel'
penuh ngan gambo baby cute. ada la seketul dua tiga empat gambo org dewasa  yang perasan comel. urggg.. uwekkk dont like. tapi budak2 ni memang comel
tapi yang paling comel aku rasa......
berlumuih hidung ngan taik hidung dan hingus, gigi rongak, rambut serabai, tetap comei.. budak hati mama... 

perut buncit, dah petang bau asap, tangan sunburn sekerat, muka berjambang, tetap comei.. darling mama

kak omei.. 

abam apikk.. omei kata.. 
hmmm tak yah susah-susah nak letak wallpaper gambar cute bagai. balik rumah tgk jelah muka derang ni puas-puas, tak perlu anjing, kucing, baby lain, korean, hot guys la, baik muka baby ni ikut muka abam dan kak omei ni lebih baik. 
yang lebih bagus beristhgfar banyak2, doa kat Allah.. supaya baby sihat, cukup sifat, dan comei.. 
amin...

Pre-6th anniversary lunch


smile!

we all bertiga je yg seronok. berseronok. dan menyoronok

en. darling tak lekang menatap blackberry. ntah. banyak gambarnya suma menatap handphone. 
anniversary... 6th anniversary was celebrated on 16th december at chilli's bangsar.
yup. again.. chillis. tapi makan rasa macam tiada perasaan. suda tak sedap lagi. tak macam masa first try makan sini dulu. our anniversary is actually 22/ 12. tarikh tu nak pergi jenjalan ngan family. so mungkin akan celebrate with them.
menu.. biasalah. chicken chatapole, husband.. burger.
anak2.. pizza, mac and cheese.
chilli's ni kalau bukan smoking area bising yang amat. tak selesa nak makan2. darling tak mo duduk kat open area sebab dia kata dia takmo smoking. but...... smoking area tu lebih bertenang suasananya ditemani dengan pokok2 hijau dan pemandangan yang menarik dengan udara yang nyaman.. (tu kalau tade org yang merokok di kawasan berkaitan la... )

Intoxicated - Kucingku Aki - Dedicated to anjang..



anjang.. dedicated to you. Dulu masa tahun 2000 achu selalu dengar lagu ni. Semoga Chang tenang di sana.

mama masak ke?

AKu seorang yang malas betul nak ke dapor. Rela je gi kedai gi beli dinner kalau dah tinggal bertiga je ngan afiq dan zarin. tapi semalam.. rasa muak sangat nak makan luar. teringat kat peti ais ada ikan goreng yg hari ahad makan tak habis. dan lauk masak merah mak. dan juga baked beans balance makan chicken chop masa hari apa ntah tak ingat. Misi pertama - masak nasi. bagi budak2 ni makan roti yg beli kat breadstory masa lunch semalam kat hartamas. pehtu meneruskan misi masak nasi. 1 pot. periuk kecik. Misi kedua - masak air. dah hampir empty bekas air masak yang mana last sekali masak adalah pagi ahad.. masa mak ada kat rumah. Misi ketiga- ikan goreng masak kicap. potong bawang dan daun celery. kemudian tumis bawang bersama daun celery. kemudian masuk je ikan goreng sejuk yang baru bawak kuar peti ais. Misi ke empat- goreng telur + baked beans. pan yang guna masak ikan goreng kicap tadi tak basuh dan guna balance minyak yang dah tercampur ngan kicap utk goreng telur. tatkala ini afq masuk dapur. dan dia heran apa la mama dia buat kat dapur ni.. 'mama masak ke?..... umm yam yam sedapnya..' sambil tgk kat piring yang menempatkan ikan goreng kicap. kemudian dia panggil adiknya.. 'adik.. adik.. mama masak la...' ohhh terharunya.. budak2 ni appreciate mama masak. mama yang sangat jarang-jarang masak. dan resultnya.. memang habis nasi yang dimasak satu pot. dan habis juga ikan masak kicap yang rupanya2 feberet diorang. rasanya afiq sorang je memang dekat 1/2 pot dia makan. alhamdulillah.. semoga anak mama berisi sikit dengan air tangan mama. jgn berisi ngan fast food je. :)

Wednesday, August 29, 2012

WANTING TO WORKOUT BADLY

Really want to workout badly as my body started to feel lemau dan x bermaya. Dr said not to workout, no stress, no hardwork. Eat properly. Stay healthy.
How not working out can make my body healthy?
I must move! Must move a lot so that the lemak x bleh bermaharajalela didlam badan ini.
Last weighin-85kg. Category:obese. When cukup term my weight will be 95+. Aiya! Dont want that to happen.
So just now i move to the workout that is very mild, low impact , veri2 low that design especially for people wit my case. but i think is enough for my body to sweats. I dont care. I'm happy, no stress at all working out just now. And i intend to work out again next two days.
And hopefully precious one is doing fine thru out this journey.


Adik n baby..dia.

Wednesday, August 8, 2012

senggugut..

credit to Shawls@AYUCINTA for the picture

tapi ada org komen plak (dari segi saintifik..)
Rude Darling 
kalo ikot science Senggugut disebabkan oleh pengecutan rahim yang berlaku sebagai tindak balas kepada prostaglandin dan bahan kimia lain. Sensasi kekejangan dipergiatkan apabila beku atau cebisan tisu berdarah dari lapisan pas rahim melalui
serviks, terutamanya jika terusan serviks wanita sempit.

Perbezaan di antara senggugut yang lebih menyakitkan dan orang-orang yang kurang menyakitkan mungkin berkaitan dengan tahap prostaglandin seorang wanita. Wanita yang mempunyai senggugut mempunyai tahap prostaglandin di dalam endometrium (lapisan rahim) apabila dibandingkan dengan wanita yang tidak mengalami kekejangan. Senggugut yang sangat serupa dengan pengalaman wanita hamil apabila dia diberikan prostaglandin sebagai ubat untuk mencetuskan kelahiran.

(Reviewed by William C. Shiel Jr, MD, FACP, FACR pada 2011/07/26 )




for all i know kalau period normal = ok. kalau period abnormal = something is not right inside rahim. kalau extended period means adala something yg tak betul, pernah terbaca diruangan agama.. kalau period melebihi 14 hari dikira sebagai penyakit. antara penyebab adalah syaitan yang menganggu organ badan tersebut. wallahualam..

Kesamaan kebetulan

Kebetulan sama plak termasa upload gambar yg menunjukkan diri ini tersengih menampakkan lesung pipit dengan 'seseorang'. I wanna like the picture but i couldnt like. Am happy to see the picture and know seseorang itu sedang berbahgia dengan caranya tersendiri.
Tho i miss n sometimes dreams about seseorg itu tapi ia x jd makna. Ianya adalah sesuatu yg sudah lepas. Kenangan bersama mengajar nilai dan hati budi seseorang dan prristiwa bersama seseorang tersebut wajar diambil kira sebagai suatu lesson learn.
Ya. Sepanjang jalan hidup ini jika anda mempunyai akaun jaringan sosial dan x pernah unfren kan 'peristiwa lalu' dan feednya, pastinya peristiwa lalu kadang2 secara random akan menjenguk anda kembali.
Teringat lirik lagu no doubt.. 'i knew we cool...'.
Teringin juga utk jadi cool mcm gwen dan dia punya bass player but i couldn't. Sebelah pihak pasti ada yg x cool. Jadi baik lah kita duduk senggang2, hi-bi aje, and leave the conversation to 'hb and thnks' aje.


Ni la gambar berlesung pipit tu

Tuesday, July 24, 2012

Back to basic

semalam masa main stardom ada crazy offer from the manager (dalam stardom ni) dia challenge $10,000 for turning back my life from A list back to zero. no fans, no nothing, just money and bad name. ok i took the challenge. just in seconds, my fan list drop back to E. my agent fires me, friends (A list friends kononnya) ignores me i could not talk to A listers just like when i was famous, even C list pun tak nak cakap. but i manage to build back my career now.. to B list. maybe by this evening jadi A list balik. agent yg mula2 dulu kutip balik i tepi jalan. heheh.. kutip tu. bunyi harsh, taklah. gi kat ofis dia, dia yg offer.  then club pun wont let me in, dia kata dia tak kenal. secretary agent yg konon A tu pun buat muka jelek. (padahal muka derang sama eksyen.. intonasi ayat je yg berbeza) semua ini adalah game. tapi give me a big lesson. i capture a few things that i could adapt in my life.

  1. Be humble - no matter how big u become don't forget to look back to where u came from
  2. don't forget people around u. people who supports u.
  3. life is about ups and down. one moment your up and could go down tremendously.
  4. never give up if u fall. bangun! dan berusahalah! bila berusaha lebih, lebih banyak yg kita kan dapat.
  5. beware of people around u. not all are true frens.
yg penting adalah bersederhanaan dalam hidup. 
dan daripada game ini juga dapat ku pelajari bahawa bila kita nakkan something insya-Allah pasti boleh dapat punya sekiranya kita sendiri berusaha mendapatkannya. 
jadi untuk turunkan berat badan pasti kita boleh melalukan sekiranya kita bekerja keras untuk turunkan.
back to basic. eat wat u only needs - eat junk, u'll get junk. eat fat, get fat, eat kambing.. oo my sedapnya kalau masak lamb chop kan.. of cos can masak and must make sure dont overeat. dont overdo in eveything you do. biar besederhanaan.  
kembali kepada asal, 
kembali kepada Allah. 





Wednesday, July 11, 2012

Afiq's 1st time movie outing

5th july- the amazing spiderman- tgv wangsa walk.
It was afiq's first movie on cinema. He's been excited when i said jom kita tgk citer spiderman but not really know where, how , what is he really gonna see.
When to wangsa kul 10 lebeh lepas htr adek 'omei' to the nursery.
Setiap kali nmpk advert spidrman kt tepi jln dia ckp mama.. tu!
Dah sampai wangsa walk pun dia nampak poster spiderman.
Dan excited...
Mama pulak dah lama betul x tgk wayang. Last skali tgk masa sebelum kawin ngan encek darling. So sampai depan kaunter... terpelek pelek tgk dah lain banget. Ada screen kat kaunter so bole pilih seat, tgk bill, dan total. We all pilih seat tgh. Kalau ada kaunter kiosk yg beli sendiri pun ok la ithink. Becoz org yg gi tgk wayang pun selalunya adalah youngsters, golongan pertengahan.. dan golongan yg care giler pasal entertainment. Huhu org it pikir pasal system je.. eh.. boleh jimat cost- labor cost. Tapi kesian pulak kt pekerja tu nanti tade kejr.. ehmm buleh jadi penolong kauntet kiosk. Air asia tu selamba je guna kiosk machine. Dan paksa org guna. Kalau taknak guna kena extra charge pelampau...
Ok back to the stori.
Setelah beli tiket wayang, me and afiq pergi beli pop corn and sausage. Dan menunggu masa utk masuk. Ingatkan mcm dulu inform kt screen .. ok skrg citer spiderman.. sila masuk. Rupa2nya buat announcement mcm kt airport la pulak....

BARU nak masuk lorong ke panggung afiq dah saspen.. sebab lorong yg suram. Da nak masuk ke dalam panggung.. 'afiq tak nak!!!!!!' Ah sudah.. takkan nak burn tiket. Maka ku pujuk afiq masuk.. dalam tak gelap pun. Dan afiq pun setuju. Lega.

Dan sepanjang wayang bermula hingga habis afiq x takut gelap pun. Cuma dia boring awal2 cerita agak slow sikit. Dah tgh jalan baru action start. Biasala dia... x boleh duduk diam. Dah habis pop corn tu kejap diri kejap duduk kejap diri atas krusi. Mulut.. pun xleh diam gak.
Antara soklan yg dia tanya..
'Mama ni hong kong ke?' - dia pernah ajak gi hk sebab nak tgk spiderman.
'Ni kat mana?'
'Org tu la spiderman kan mama... '
'Tu jahat...'
'Mama.. afiq nak balik...'-masa dah boring
'Tak boleh keluar kan.. gelap...'
Dan setelah habis cerita spiderman...tepon babanya
'Baba.. ada spiderman kat tv beso... bes.. nanti kita pergi nak?'
And until now he still remember the experience of watching spiderman kat tv beso. Wayang la afiq...
Dan bila main patung spiderman pun he relates it with mcm tv beso.
Huhu afiq afiq.

Huhu


Wednesday, July 4, 2012

Bila dia masuk...

Auranya hebat.
All positive elements comes along with him.
Nice feeling inside.
We are feeling happy.
I smile.
I saw them gazing lovely at each other.
I smile again.
He's old now but he is a gold.
A very precious human being.
Genius.
Wise old man.

Monday, June 25, 2012

Anger management and stress management

anger and stress.
i guess that's the thing that i need to manage.
i guess that's the reason. main reason why i couldnt bear no 3.
and i have to control my anger so i wont stress out
sebab bila stress mesti sakit.

bila stress:

so kena banyak...

segala masalah pasti dapat diselesaikan. Insya Allah..

Friday, June 22, 2012

terbaekkkk!!!

Alhamdulillah..
yg ada skrg ni adalah yang terbaik buat ku.

Semalam bermimpi keluar dating dengan seseorang diluar pengetahuan en darling. dalam mimpi tu en darling tak tau. tapi aku kluar dating tu dapat dihidu oleh mak. dan mak pun marah.
dan orang yang didating tu adalah budak lembah keramat.

Aku tau sapa orang tu tapi tak nak beritau encek darling. bagitau kat darling budak lembah keramat laki orang. dia kata bahaya tu laki orang.

ye. aku tau sapa dia. tadi tengok fb budak tu. alhamdulillah.. aku dapat yang terbaik. mana tak nya. terkini dia telah membeli figurine watak freddy kruger yg pada masa 10 tahun lepas figurine seperti itu bernilai dua-tiga ratus. sekarang? berapa la gamaknya harganya.. yg bukan2. dan telah menulis status kat wifenya. dia tak sabar nak buka kotak figurine itu yang ada sensor pebende ntah. aduhhhh... fail! definitely not my taste.

Alhamdulillah syukur.


kalau fb ZZ - penuh sentimen kenegerian.. i dont like. hidup penuh ngan kritikan.. sindiran.. dan... kenegerian. 
tapi tu fb dia. fb encek darling lagi la tak larat nak tengok. sebab penuh ngan aktiviti kepolitikan.

i guess we cannot judge people by their fb! sebab kalau orang tgk fb aku pun mesti kata hidup aku ni dull sebab takde bende nak update. balik rumah pergi kerja tu jelah. but i have kids to layan. now i have game to layan. big time!!!


Alhamdulillah. SYUKUR sangat2 kerana diketemukan ngan orang yang terbaik stakat ni, yg tak elok pejam sebelah mata jelah. 


Pagi tadi pun ada ceramah kat ikim.fm pasal menghargai pasangan. ustaz tu kata cari kebaikan pasangan. jadi akan sentiasa sayang sehingga ke akhirnya. jika selalu berkasih sayang akan panjang usia. memeluk suami selama lebih kurang 10 saat akan memanjangkan umur selama 5 tahun. isteri yang selalu kena peluk, selalu disayangi akan sentiasa menjadi sihat. ~so isteri badan gemuk tandanya lelaki terlebih sayang?? thats me.. hehehe.. tapi badan gemuk akan menjadi tak sihat. lama2 laki lari sebab terlebih sihat. 

Thursday, June 21, 2012

plateau

The trick is you need to make your body ‘thinks’ that you eat a lot and the body can spend the energy instead of save energy. Did you get my point? We need to foolish our body.”



Untuk membebaskan diri kita dari dibelengu masalah plateau ketika menurunkan berat badan, terdapat berbagai perkara yang boleh dilakukan. Berikut adalah tips yang dicadangkan oleh Susu Sejat:
  1. Kira kembali DCR anda. 
  2. Pertingkatkan kembali kadar metabolisma
  3. Pertingkatkan kembali kadar aktiviti atau intensiti (senaman). Sebagai contoh, sekiranya sebelum ini anda berjogging selama 20 minit setiap sesi, maka apabila mencapai plateau, tingkatkan lagi masa berjogging kepada 30 minit. Tips ini boleh diaplikasikan untuk semua jenis senaman.
  4. Rombak diet anda sekiraya anda fikir pengambilan makanan anda sebelum ini belum cukup seimbang. Kita haruslah mempelbagaikan jenis makanan yang diambil, namun pada nisbah dan kuantiti yang betul. Jika sebelum ini diet anda hanya merangkumi 5 keping biskut Meri, atau minum secawan Milo, maka anda haruslah memperbaiki kembali diet tersebut.
  5. Peranan cheat-day. Cheat day mungkin dianggap sebagai hari melantak atau melepaskan rindu seketika kepada makanan-makanan kegemaran buat mereka yang berdiet, sekali untuk 2 minggu. Namun tahukah anda, peranan cheat day adalah lebih dari itu? Cheat day sebenarnya boleh diklasifikasikan sebagai butang reset ketika berdiet. Kebiasaannya, ‘carbo-loading‘ akan terjadi ketika cheat day (makan 2-3 bungkus nasi lemak ketika cheat day bukanlah suatu masalah sekiranya seseorang itu sememangnya fokus dengan plan diet 13 hari sebelum itu). ‘Carbo-loading‘ seperti ini penting kerana dalam tempoh 13 hari sebelum itu, seseorang itu mungkin menghadkan pengambilan karbohidrat mereka, mungkin di bawah 200g atau 100g sehari. Ini sedikit sebanyak merencatkan penghasilan hormon leptin, yakni hormon yang bertanggungjawab membantu badan membakar lemak. Carbo-loadingketika cheatday sedikit sebanyak membantu tubuh badan menghasilkan hormon leptin yang mencukupi (untuk membakar lemak) untuk minggu-minggu seterusnya.
  6. Ketika bersenam (kardio), pastikan nilai Maximum Heart Rate (MHR) anda adalah sekitar 60-80% untuk pembakaran kalori yang optimum ketika bersenam. Anda boleh kira (anggaran) MHR anda dengan menolak usia anda dari 220, kemudian didarabkan dengan 0.6 dan 0.8 untuk menentukan julat bacaan MHR anda. Boleh beli alat “heart rate monitor” jika anda benar-benar serius dengan hal ini. Alat ini boleh digunakan ketika anda bersenam.
  7. Tambah kembali berat badan (otot) menerusi resistance/weight training. Tempoh menambah kembali berat otot ini boleh berlanjutan selama sebulan, atau berbulan-bulan lamanya jika anda benar-benar inginkan “permanant weight loss” (jangka masa panjang).
  8. Banyakkan bersabar ketika menempuh plateau, mental kena kuat dan jangan sesekali patah semangat. Untuk pengetahuan semua, SS sendiri menempuh plateau kira-kira selama 2 bulan sebelum berat badan mampu turun kembali secara konsisten. Terus mengamalkan tip-tip di atas dan selepas sebulan,insyaAllah badan anda pasti boleh membakar lemak kembali seperti biasa. Tidak dinafikan, sokongan dari keluarga, orang tersayang, atau trainersangat membantu sepanjang tempoh plateau.

info: sususejat

Beli dan belah poket

beli beli dan beli.
tu je kejenye
telah membeli ni

sebabnya beli ini kerana telah terbeli bende ni.

Samsung Galaxy Tab 2 (7.0) - P3100
from this tempat
gara-gara budak ini yang asyik berebut player.

jadi imuz mama tu akan menjadi abang punya...


dan terbeli pulak item-item ni kerana keperluan semasa..


pehtu terbeli pulak kerana keperluan peribadi dan kemalasan peribadi kerana tidak suka iron baju??


Order Summary:

Order #: 197244
Shake N Take Smoothie Blender + Bottle (1)RM63.00
Steam Buddy Portable Steam Iron (1)RM60.00




Thanks again for your purchase!
—The LivingSocial Team


ohhh parah...
terbeli tu dan ini dan inun.
sudahlah baru balik dari sabah bah...
kat sabah pun tershopping barang banyak jugak.
ohhh kaya aku kaya!!!!!!!

Wednesday, June 6, 2012

cant stop playing this..

hantu game ni la ..
takleh buat kerja.asyik nak main game je.
mlm pun berebut ngan afq. sebab tergilakan game ni.
oh tidak!!!!!!!!!!

Wednesday, May 16, 2012

meng'hantu' dengan big bang

niat asal nak cari kpop untuk afiq.. last last sendiri sudaa tersangkut dengan big bang.

hantu betul.. sudaa tersangkut. wow.. fantastic baby..



Wednesday, May 9, 2012

kemaruk huhu



Pregnancy Tickers
due 6 february.
tipu tipu.. baru je habis period. takkan dah pregnant. 
hihi saje gempak 
just like the feeling 'if i'm pregnant i'll due in ... so so so..'

next month preg: due: 9 march
july: april 8
august: may 9.

hmmm august pun ok gak. belum ada lagi baby may in the family... 
rezeki.. Allah tentukan. kita hanya mampu merancang. Rancangan Allah lebih baik lagi. 

anak...


PANDUAN MENDIDIK ANAK (from email Encek darling)
afiq: sekadar hiasan


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi..

Hai anak...


hai afiq,
hari hari mau tanya harini pergi nursery ke. walhal baru balik dari nursery. baru menjejaki kereta, baru masuk rumah, baru lepas makan, tgh nak masuk baju afiq dalam beg. hari cuti, hari sabtu, hari-hari mau tanya. jawapan-jawapan kepada soalan adalah seperti berikut:
jawapan: kan tadi afiq dah pergi nursery.
dia punya reply oooo
jawapan lain: soalan semula: afiq pergi nursery ke?
dia punya reply: kan tadi afiq dah pergi. esok pulak
jawapan lain: malam la. dah tutup.
dia punya reply: dah malam.. tutup?
jawapan lain: harini ni cuti la. afiq nak pergi nursery ke?
dia punya reply: tak nak
jawapan lain: jom la afiq nak pergi nursery kan.
dia punya reply: afiq kan dah balik.
begitulah seadanya...

hai afiq,
bila masa afiq nak duduk diam? terlompat-lompat, terkinja-kinja, baik tgh main, mandi, makan, baring, tido, duduk, tak boleh diam lebih dari 10 saat.
tgk la gambar atas tu. duduk aje pun boleh senget dan terbaring.
naik keta- boleh la dia panjat atas seat, bertenggek kat seat. lompat ke belakang. lompat ke depan.
masa tido. ntah bila ntah tiba2 dah ada kat hujung sana.
masa makan. jgn cakap la. sekejap aje duduk.
bila dia duduk- resah gelisah.
sebab tu berat dia asyik 14-15kg je.

hai afiq
kalau merajuk.. tak comei la.
semalam merajuk sebelum tido. merajuk ntah pape ntah. langsung tak mau salam mama.

hai zarin
kalau dah pandai cakap haru gamaknya.
nen, pen, bon, num, mam, dai, tik, omei,
ntah apa dia cakap main belasah je (ikut baba la ni.. belasah je asal ada bunyi)
pen boleh jadi dukung, upin ipin, angkat dia duduk. depends on situation.
bon/bom/ boi- boboiboi,
omei/tik- cantik/comei bila pegang sikat, bedak, cekak dan seangkatan dengan jewelery termasuk getah ikat rambut.
num/mam- minum dan makan
dai- pandai...
no no no no- aunty nono - merangkap durrah ain, boleh jadi juga dia tengah nyanyi lagu 2NE1 -i'm the best.
baby- sekali tu je dia sebut- nyanyi lagi fantastic baby -- uuuuuu i wan na dan dan dan dan dan dance---
(abgnyer terre nyanyi korea lagu ni. ntah apa dia sebut bergulung -gulung bunyinya tapi endingnya bunyi seakan sama)
muah- salam dan cium
mama/baba/pa/
pa/ba - panggil opah
tuk- panggil atok
paaaa- panggil ayah dan papa- ayah pun dia panggil papa- confuse gamaknya selalu dia panggil tapi tgk dlm gambar. same with others pa/tuk/ma/ba.
bert- angry bird - suka beno ngan angry bird
dan boleh sambung ayat jom kita ti... ga
satu dua ti.. do
penin.. suda terbalik la.

hai zarin
berat tak naik, tapi udah tinggi. tapi banyak makan. afiq pun dah kuat makan.

hai zarin
kalau malam tak ngantuk usaha tak bagi mama tido.
ma.. ngun.  (mama.. bangun)
tapi kita tgh nak tdokan dia sambil tertido.... dan afiq kalau dia tak ngantuk suruhnya kita baca fatihah.kita dah ngantuk ntah berapa kali baca fatihah tak habis.. kui kui kui.

hai afiq dan zarin
dah lama mama tak pergi outstation. kalau pergi gamaknya mesti rindu habis ngan korang berdua.
harap2 takdela outstation sangat tahun ni.

hai afiq dan zarin
semoga menjadi anak yang soleh, yang mendengar kata, yang menghormati org tua, yang sentiasa sihat, ceria, pandai, bijak, yang pandai mengambil hati org tua (dah terbukti pandai ambil hati atok-opah.. alhamdulillah), yang bijak menguruskan wang, rajin, rajin juga kemas rumah, yg boleh menjaga mama dan baba bila tua nanti. tapi harap2 mama dan baba tak menyusahkan korang bila dah tua nanti.

hai afiq dan zarin,
mama dan baba loves both of very much.

kejayaan mendidik anak-anak adalah sebenarnya 
bukti kejayaan atok dan opah mendidik anak-anaknya

Monday, May 7, 2012

7kg yg liat

liatnya nak turun 7 kg lagi.
masalahnya makan tak boleh control. tu pun dah control sehabis control. nafsu tetap juga nak makan. tu pun dah terdetik dihati kalau makan kang terover kalori plak. kalori dah la senang masuk kuar susah.
ni baca kat kevinzahri.com cara2 nak bako kalori yg bukan bersenam..

  1. Naik tangga setiap larian tangga boleh membakar sebanyak 5 kalori. Walaupun hanya 5 kalori, lebih baik daripada tiada langsung.
  2. Letakkan kenderaan anda jauh memaksa anda lebih berjalan. Pada dasarnya, berjalan di mana sahaja dan pada bila masa yang boleh.
  3. Makan dengan lebih kerap. Dengan makan lebih kerap, sememangnya amalan yang patut dilakukan, badan anda akan selalu mencerna makanan dan menjadi lebih aktif.
  4. Makan makanan pedas. Ini memanaskan badan anda, menyebabkan ia membakar kalori lebih banyak lagi.
  5. Hubungan kelamin (seks) adalah senaman yang baik dan dapat membakar banyak kalori.
  6. Sexercise? Tahukah anda bahawa 30min hubungan kelamin (seks) dapat bakar 100 kalori atau lebih?
  7. Ketawa. Boleh mengurangkan stres dan juga membakar kalori.
  8. Kopi dan suplemen metabolisme lain dapat menolong menambahkan pengeluaran kalori.
  9. Bermain dengan anak-anak anda. Bukan sahaja dapat merapatkan hubungan keluarga tetapi senaman yang bagus juga.
  10. Jalan-jalan di pusat membeli belah juga bagus. Lebih anda berjalan, lebih banyak kalori dibakar.
  11. Melakukan kerja rumah. Cuci rumah, basuh baju dan lain-lain kerja rumah adalah salah satu cara bersenam juga.


Tuesday, May 1, 2012

Encek afiq



Penambat hati mama...

Sebak..

Bapak masuk ijn semula. Sebak. Sebak. Sebak.

Paru- paru berayor.
Lama bapak x sihat.
Lama bapak batuk.
Dari sebelum gi mekah sampai balik. Dah dekat 2 bulan.
Kesian mak.
Sejak balik dari mekah berkampung dengan bapak kat spital. Bila balik rumah plak limited nak buat aktiviti harian. Mak kata dia penat dan boring duduk kat rumah. Ye la selalunya aktivitinya keluar rumah. Tak ipoh-kl. Takpun ch. Takpun johor. Takpun gi mana2 la.. Org pencen.. Senang je kemana2 dia suka.
Ya allah. Sihatkanlah bapak. Kurangkanlah kesakitan yg ditanggung bapak. Ya allah berikanlah kesabaran pada mak dalam menjaga bapak. Kurniakanlah kesihatan yg baik terhadap mak dan juga bapak.
Huhu sedih...

Monday, April 30, 2012

Friday, April 27, 2012

senangnya mudahnya bagi sesetengah orang

senangnya bagi sesetengah orang untuk buat anak, mengandung, dan melahirkan baby.
zusss, dass-lekat, wooshhh-keluar. haha.. ade ke cenggitu senang...
myself.. going thru a hard time.
6 pregnancy.
3 dnc.
1 gugur sendiri.
2 je yang baru jadi setakat ini. (alhamdulillah)

afiq: exactly @1 hour 
for me, first 3 month is a very critical moment. sebab first 3 month tu yg penentu baby sihat ke tak. boleh continue ke tak.  first month tade rasa apa2.. except conscious why my period hasn't come yet. sebenarnya 1 hari lewat pun dah mcm huru hara. eh pregnant ke. hati tu sentiasa je tertanya-tanya. perasaan bercampur-campur. nafsu plak-beli je pregnancy test. pehtu berpusing-pusing.. nak beli kat mana. bila nak beli? nak gi amik budak lagi. sebenarnya bila hari menjelang petang ayat nak pergi amik budak tu sentiasa bermain di kepala. terbayang kesukaran lalu depan sekolah kalau time amik tu lambat. all the unnecessary things semua bermain di fikiran.  iklan..  pehtu bila dah beli pregnancy test pikir plak bila nak guna ni? all the small things.. bende tu pun nak pikir lama2 ke? pakai. test . dapat result. 2 line yippppiee!!!! 1 line.. menunggu kot tiba2 line yg satu lagi tu tiba2 muncul. heheh..
penah sekali tu test petang ada tapi mcm tade. pehtu tak sure lagi beli lagi 2-3 hari kemudian.. tgk2 memang tade. tapi masa 2-3 hari sebelum tu feeling nauseous, nak muntah mcm2 feeling org pregnant sume dah ada. tapi bila that month tu dah period perasaan org mengandung tu tiba2 tade.
kan best kalau time tu kita nak mengandung terus je dapat bulan tu juga dan mengharungi hari pregnant-ke-tidak tanpa perasaan tertanya-tanya.
kan bes kalau dapat mengandung tanpa hati rasa gelisah whether the baby is going to survive this two months. (sebab ikutkan lepas bulan ke3 baru rasa lega tempoh penalti dah tamat.. tapi 6 month onwards usually an ok period)
kan bes kalau perasaan trauma terhadap dnc tu tiada lagi. trauma kalau baby tak jadi kena buat lagi dnc.
teruknya perasaan ni.
org lain tu lagi kesian.. cuba-cuba-cuba tak lekat.
cuba-cuba tak lekat
cuba-tak lekat.
ada yg dah lima tahun baru dapat,
10 tahun,
redha je lah apa saja. yg ni lah yg terbaik buat masa sekarang.
skang mencuba tetapi tidak mengharap sebab harapannya besar untuk menurunkan lagi 7 kg. baru matlamat tercapai..
harap dapat pergi ke berat 70-an.....
dan kalau boleh ke 60-an semula.. kalau boleh la. gigih. giat. berusaha! you can do it!


bapak operate dan lain lain

Friday the 13...


 friday the 13 is the date. bapak buat bypass operation. pagi2 we all adek beradek buleh jumpe dia dulu sebelum masuk operation. jadi nilah hasilnya. menangkap gambo saje. bapak dimasukkan ke bilik OT kul 8.45am. 

original member of our family.
(macam kumpulan muzik reunion plak.. ayat original member)

sehingga line merah sahaja ye..

lepas habis je bapak masuk kat OT, kami semua bawak mak makan. or more precisely mak yg bawak kitorg makan. -sebab mak yg paling biasa kat situ. hihi. then balik rumah.. dtg semula tghr.
masa menunggu bapak di OT adalah sesuatu yang sungguh stress. tambah bila menunggu kat ruangan menunggu org operate tuh. aura tension dan aura sedih org2 menunggu kat situ adalah sesuatu combination yang i cannot accept. of cos as umat islam have to berserah dan berdoa agar pembedahan tu berjaya. but as human being we dont want to add more tension to the situation. seb baik luar icu ada juga tempat duduk. duduk je kat situ. dekat sikit ngan pintu masuk.
right after operation
near 2.45 guard panggil. 'ahli keluarga zubir yahya'.. me and mak terus je masuk tgk.  bila masuk tu terpinga-pinga nak tuju ke arah yg mana. tanya kat nurse. bleh dia bawak gi jumpa dato' zainuddin. siapa pulak orang ni. memang lain beno.
'bukan yg ni... '
'dato' zubir la'.
'oo dato zubir..'
'kat 108.'
so
sampai kat tempat bapak. ni la dia bapak. bapak tgh tido. skali tgk mcm afiq pun ada juga. sayu je rasa bila tgk apak ceni.
ada seorang dr. dr India. dia menerangkan bapak buat 3 bende. bypass, tampal 2.  so dia akan tido selama 12 jam untuk recover. dia tak kan bangun.. kalau bangun pun dia akan mamai.
lega dah dapat tgk bapak semua dah ok.
mak terus ajak balik. on the way balik terasa lapo.. mak suggest makan kat octupus. amboi.. hebat tuh..
mak pun agaknya hilang stress.. dan macam tiba2 nak ajak pi situ sini. dan paling tak sangka mak ajak tgk wayang??? huh??? biar betul mak ni..  lepas makan kat octupus dia nak potong rambut. lepas potong rambut.. mak buat massage. dasat.. sampai cetu penangan bapak operate ni.
hari esoknya..sabtu pukul 9 pagi.. mak dapat panggilan. huh saspen..
rupanya ijn call. bapak dah bangun. dia nak suruh hantar spek.
suruh mak gi htr kot2 dapat tgk apak ke.
hampeh boleh hantar sampai kat guard je.
yg kelakar apak ni.. bangun je dari operation dan mengarah itu ini. memang born leader. dah biasa mengarah.. suruh htr spek pun mcm arahan. sebab nurse kata takleh tunggu sampai tghr.  bapak request juga.
pehtu bila dah dapat masuk tengok apak time tengahari tu.. apak cakap ngan mak takyah masuk ramai-ramai.. kecik hati mak. masuk 10 minit pehtu dah kuar tanak gi jumpa dah. dah la mak tunggu lama sampai dekat 2 jam kat ijn- rentetan daripada hantar spek tadi.

bapak on sunday 15 april dah nampak ok dah.

on bapak's besday. 20 april.. sakit dada on off.. 
20 april.. bapak sambut 70's besday kat ijn.

on 20th.. bapak sambut hari ulangtahun ke 70 di katil IJN. tade bagi apa pun kat apak tahun ni. tak tau nak bagi apa. semoga bapak memperoleh kesihatan yang baik dan sentiasa ceria seperti dulu.

bapak dah selamat balik ke rumah ahad yg lalu 22 april 2012. ikutkan apak nak lagi stay kat ijn sampai pulih sepenuhnya. bukan apa kat ijn mak relax sikit tak yah masak. pehtu ada nurse yg boleh dirujuk kalau ada apa2 yg tak syok.. pehtu boleh buat fisio tu. tapi apakan daya.. bukan bleh dok kat spital lama2. mana la derang bagi...

skrg apak kat rumah.. 2 hari sekali gi ijn balik utk buat dressing lukanya.
bapak dinasihatkan utk berada dirumah je selama sebulan.
no driving for 6 mths,
no oily food,
no itchy food,
must eat healthy and exercise.
hope bapak recover cepat!