Thursday, May 26, 2011

zarin yg demam panas aritu rupanya tanda awal chicken pox

si zarin,,,
semalam,
semasa tengah dok belek adek berak ke tak sebab lain macam je tak senang duduk itu budak, tido pun takmo, ternampak la satu objek yg memang aku cam sekali rupanya. bintik bercecair.. skali selak belakang baju... fuhhh dah banyak rupanya.. patut la masa hari senin tu dah terjumpa objek tersebut dan perasan pipi zarin ada bintik-bintik ingatkan ruam, rupanya ciken pox.  lantas aku tgk jam. 8.40. kelinik kee tutup kul 9.
afiqqqqqqqqq jom gi klinik. tutup tv!
tanak.. afiq jawab
nak bawak adik la.
ok.
kelam kabut.. lampu segala bagai tak tutup. apa yg penting pintu depan kena tutup. mesti kena sampai sebelum kul 9.
seb baik sempat sampai dan berjumpa la itu atok mahinder.
sekali kena marahlah dengan dokter. dia kata aku bagi ubat tak habis. sebab aku kata kat dia ubat demam, batuk, selsema suma ada lagi. yg dia tak tau aku gi klinik lain malam ahad aritu.. sedap je kena marah.
i told u its a chicken pox. dokter tu cakap.
ye la.. mc? tak dapat mc ke?
gelak je dokter tu. betul la.. nak jaga anak.. takde harapan la tu
darling lak.. bila dapat tahu adek chicken pox habis disuruhnya kawan2 gi cari daun sebambu tu. padahal.. belakang rumah neighbor tu ada. tak payah la suruh org cari. so pagi2 tadi dia dah mengambik sebatang dari sepohon kayu daunnya rimbun. daunnya dibasuh kat luar rumah, diseparatekan daun dgn batang. batang pohon tu ngan daun2 yg sikit tu habih dicelupnya dalam kolah. buat mandi anak beranak,. kalu org datang tu kan mesti dia pelik tgk ada daun dan batang pokok dlm kolah.
so dedaunan itu.. amik sikit buat blend campur ngan beras sikit, kunyit skit, buat bedak sejuk.
ada lagi belens, darling suruh buat lapik tidor.
adalagi belens tu?
ntah la.. pakai je la buat mandi lagi..
tak tau nak buat apa lagi. adeke darling suruh letak daun tu dlm pempers. sakit la kena daun.
harap2 cepat sembuh la anak mama...
luv u adekedek..

Wednesday, May 25, 2011

seciput

hasil yang seciput adalah lebih baik daripada tiada langsung.

ooo seciput....

untuk afiq...

afiq..
mama ngantuk.
mama penat,
mama malas (tu yg sebenarnya)
mama nak balik rumah kita tapi mama malas nak kemas rumah. sebab rumah penoh sgt hama dan habuk yg sampai adek kedek batuk2.
mama kesiankan afiq sebab mama tak bagi sepenuh perhatian kat afiq. but then afiq pun tak bagi perhatian bila mama nak sembang ngan afiq. sebuk je tgk tv. bersambung-sambung lepas ultraman, spiderman, upin ipin,
mama tanak mara afiq tapi kekadang afiq yang buat mama tak sabar..
mama nak suruh afiq makan tapi afiq tanak makan. afiq suka makan apa? semua yg afiq suka dulu afiq dah tak suka sekarang..
mama nak suruh afiq bangun pagi sebab afiq buleh mandi air panas. kat nursery air sejuk. mama tau afiq ngantuk tapi mama lebih kesiankan afiq yg nanti terlebih sejuk sampai menggeletar.
camner mama nak handle afiq sedangkan si adek kedek asyik nak menempel aje sebelah mama.
mama harap afiq faham. mama sayang afiq. mama rindu afiq.
afiqmama...
ooo tetiba rasa hiba lak.

Monday, May 23, 2011

zarin menuju 8: demam panas...

zarin dah nak masuk 8 bulan...
dia demam panas semalam. tak lena mama tido semalam sebab mulutnya mengomel aje. mula2 tanak bawak dia gi klinik. sebab selalu gi klinik sakit hati.. tak puas hati ngan dokter. hajatnya nak tunggu harini je bawak jumpe mahinder. tapi disebabkan lain macam mengomel.. meracau ke anak aku ni?? cepat2 bawak gi klinik idzham. ye. seperti yg dijangkakan.. dokter tak bes. tapi ubatnya cik kedek suka.. hati berat nak pergi kerja harini.. kesian kan adek kedek.. tapi mak ada kat umah. bapak ada.. boleh tlg tgkkan sebab hati lebih berat kepada bos punya concern. bos dah kasik warning jgn suka2 nak sambung cuti lepas hari cuti. bad for my record. but my sweetheart really needs me. so i promise to mak i will go home in the afternoon.. sampai opis lak.. anak buah el. dengan wording yg arrogant. i thought he's arrogant because of the word he txt me: 'kak, saya el'. no reasoning. why, what happen, reason yg kukuh what so eva. my heart crush. aku yg anak demam panas kat umah kena gi kerja. ko suka2 nak el. i ask him ' kalo bos tanya psal pe el'  dgn arrogant lagi ( ni pdgn aku la dia arrogant sebab ayat pendek sgt) urusan keluarga di rembau.
i'm so bosan with attitude like this, dgn attitude berlagak, cepat merajuk, tanya sikit dia jawab ngan pertanyaan. oo bos pendek.. kata nak amik dia letak bawah org lain. sila la amik. aku tak kuasa nak jaga anak buah yg kuat merajuk. dah merajuk sampai tanak buat kerja. tak berkat la gaji. last week masa cuti wesak hari senin gatai nak amik cuti sebab nak duduk umah. tak reason yg lebih kukuh. dah la dia yg nak sgt standbai jg server. aku yg nak kena tinggal anak yg menyusu ni ko tak kira. stakat restart server je kalo berproblem tu technician jg server pun buleh buat. ni malangnya technician pun mcm bangang gak. nama je jaga server tapi jaga macam jaga. isi rumah punya hal jaga tak campor. bes masa zaman hj z dulu. portal problem dia yg settlekan dulu. he did his part.. bila takbleh gak, bila tiba part application programming baru panggil kitorg.
so damn tired of this surrounding. penat ngan peel org taichi kerja, org merajuk tanak buat kerja, org sangka kita takde kerja lain, org lain yg bengong..
apa-apapun alhamdulillah i dont work at afpm anymore. kalu tak lagi stress ngan madam perasan bagus dia la yg paling berkuasa, dia la yg punya dunia, dan menghadapi kerenah dokter-dokter yg lebih perasan bagus, dan perasan paling pandai dlm dunia ni.

Saturday, May 21, 2011

lalala

hari yg penuh rileks. bila nk pergi amik afiq kat umah tok ali nihh.. malas pulak terasa. syok layan tv. kertu!!

Wednesday, May 18, 2011

berpiknik di kemensah, artis, pak arab, dan org tak semenggah..

afiq yg nak mandi tapi memilih sgt. tanak ada daun, tanak tepi air terjun. last2 dok tepi kolam jelah.

uu zarin yg seksayy

memacakkan rambut.. 


air terjun besh

bes sungguh berget toghether ngan family berpiknik di kemensah. 
air terjun dlm ni menarik sungguh.. teringat lak en. t punya teka teki.

macamana nak stop kan air terjun ni.
my answer: tutup la suis dia mcm kat opis..
en t: salah jawapannya.. tangkap la gambonye. 

ye. saya dah berjaya mengestopkan air terjun melalui tangkapan gambo ini.
air sejuk. suasana bes. ramai gak org. sekali ada la si sobrie, bapak belalang tu pun berpiknik betul2 dekat ngan tempat kitorg. tu pun setelah diberitau oleh  ke'no ke sapa ke ntah. ooo tak ku peduli ada artis ke sapa ke nak berpiknik. tak heran. ko jgn nak perasan la. aku dok area umah yg penoh artis. tak heran ngan artis mesia. tapi kalu ada nak nengok gak cemana rupa live artis2 ni. tapi secara keseluruhannya memang tak heran ngan artis. sampai waktu balik si artis punya kerabat ni dok sebuk yg si polan tu artis.. tanak tangkap gambo ke.. zarin pun tak heran walaupun dipegang artis tersebut sebab ternyata dirinya lebih popular dari artis tersebut sebab kemana sahaja dia pergi mesti org admire dia. hehe

mak ngan anak dara ku 
mamat berbaju biru itu adalah artis yg dimaksudkan.

menjelang waktu petang dtg la pak arab dua couple mencari port nak berkelah. mula-mula tgk derang ni membako ala.. bbq. pehtu sekali nampak kuar plak sishanya. yg besh tgk derang bersisha. eh pak arab sorg tu bershisha. siap baring-baring sambil menikmati shisha tu. dah lengoh baring ke kanan dia baring ke kiri. dah lenguh baring, duduk bersimpuh. walaupun apa yg dia hisap tu adalah tembakau. bau aromanya adalah lebih nyaman dari bau asap rokok lakiku dan abang iparku. aroma buah masam manis (bau macam beri-beri gitu) menusuk kawasan berkelah itu. lama2 pening... 

dan menjelang lebih petang pulak ada lah sefamily india-muslim datang cari port. dalam banyak2 port boleh plak dia menumpang port bawah pondok chalet kitorg. sebabnya pondok chalet kitorg teramatla strategik. betul-betul tepi air terjun. sungguh kurang asam dan kurang sopan. tak malu suungguh. kot tak buleh ke cari ruang lain yg memang byk kosong. dah la tu. makin lama makin mendominasi ruang bawah pondok chalet tu. meja bawah chalet tu memang dia rembat dahh. sungguh tak semenggah org seperti itu. dan bersungguh-sungguh plak tu mandi kat sungai ngan shampoo, sabun, hai macam-macam...

bapak sedang meniti sungai

secara overallnya.. ish tak mo gi la port situ lagi. baik gi yg selalu tu. tak jaga customer sungguh. bleh plak bagi org lain bertenggek dekat tepi tempat kita. 
not recommended...

Thursday, May 5, 2011

cannot tolerate my bulgy tummy

i'm so fat, my tummy is buncet, my pipi is tembam.
what to do...
so lazy to work out. no time to exercise with 7mth baby and 3 yrs kid..
what to do what to do.
i dont to drink herbalife, i dont want to go to slimming centre. i dont want to go to gym.
what to do?
i wake up at 5, then zarin also wake up- so have to get her back to sleep. then i oso sleep. wake up again at 5.30. sometimes she also wakes. get her back to sleep. i go to sleep as well. wake up again at 6. this time have to prepared going to work. hiya! no time to exercise. sometimes lucky sometimes not. sometimes lazy and most of the time thinking about doing exercise but so lazy to work my butt off.
what to do what to do..
evening. pick up kids from taska.. near 6 pm oredi. pom pam pom pam pom pam siapkan anak2 punya barang nak bawak gi taska esok, makan, mandi, then zarin.. zarin dont want to be left alone. she wants me. and only me can calm her down.
what to do? no time exercise in the evening and nite time.. zarin.
have to make time. have to spare time for exercise, if not i become a gergasi. dah la tinggi. gumuk, beso,
have to! have to! have toooooooooooooooo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

baby carrier udah sampei... syok ooo o_0

baby carrier yang ku order kat ebay tempohari dah sampai. uuu besh. dah test kat zarin, dah test kat abang afiq..   seronok. sungguh lembut, selesa, dan tak beban.
bolehlah daku bercarrier berbaby wearing dengan ergo china.
risau tu risau gak pasal issue safety. tapi tawakal je lah.. takkan lah nak lepas tangan langsung dan tak pegang baby..

zarin jatuh buai

zarin jatuh buai malam tadi.
baru je nak letak dia kat buai.. dah berdesyum jatuh ke bawah.tali yg memegang besi buai itu terurai. dah la memang dia susah nak berenggang ngan kita sebelum kejadian. selepas kejadian lagi la takleh berenggang langsung. habih pipinya yg putih gebu itu berbekas merah terkena besi buaian tu. seb baik tak kena kepala yg bahagian besi keras tu. dah meleleh air mata mama semalam. takut jadi apa2 yang tak besh. baba yg baru nak semayang maghrib pun terstop jap. aiseh... i dont blame anyone for this matter. i shud be more careful. bak kata dokter i neglect the baby. aduiii berat sungguh perkataan itu. tapi benar. sepatutnya bila letak buai kena amik langkah berjaga2, letak bantal kat bawah. jgn letak tinggi sgt, dan jangan terlalu hayun sgt, jgn terlalu tegang sgt.. smpi boleh melantun.
including semalam dah banyak  kali peristiwa dia terhantuk kepala terkena lantai di lain-lain tempat. jatuh katilnya.. 2-3 kali. terhantuk simen belakang,  terhantuk dinding. funny. all this thing happens kat umah mak. aku. aku sebagai mama mcm memang meng'neglact'kan dia. hakikatnya aku membiarkan anak aku belajar.. belajar merangkak. belajar berdiri, belajar berdikari. cuma yg aku tak buat adalah.. melihat dia melakukan semua itu. i take for granted dan menganggap semua adalah selamat. tapi. tak maulah terlalu memanjakan dia sgt. kang tak pandai pulak. kalau ikutkan mak n apak.. semua tak leh. last2 berpegang ajelah. berdukung ajelah. seelok-eloknya dok umah sendiri.. dan pada masa tu.. bolehla nak buat apa pun. zarin pun dah 7 bulan. dah beso dah.
babe, its time for us to go home. insya-allah.. i can manage. cuma malas aje.. malas nak naik atas. malas nak kemas umah. malas nak masak. malas.....