Wednesday, January 30, 2013

pesan ustaz - soal hati

kalau berniat utk melakukan perkara buruk jangan cakap kuat-kuat, kerana syaitan mendengar dan akan berusaha menggoda melakukan perkara tersebut.

kalau berniat utk melakukan perkara baik pula sebaik-baiknya sebutkan dan beritau kuat-kuat.
semoga niat itu akan menjadi.

soal hati hanya Allah yang mengetahui. syaitan tak tahu apa yg terbenak di hati. setelah disebut baru dia tahu.
jadi kalau terasa nak buat jahat, segeralah betulkan niat.

berfikirlah menggunakan hati. sebab berfikir menggunakan otak sahaja tidak disertakan dengan hati yang bersih tidak membawa maksud apa-apa. cerdik sahaja tapi hati tak baik mendorong kita untuk melakukan perkara yang tidak baik.

afiq dan zarin, mama akan berusaha tidak akan mengotorkan hati korang yang bersih suci ini supaya anak-anak mama bijak dengan hati yang bersih. ya. budak-budak ini semua sama bijak. pembawakan dan didikan kita yang menentukan dia menjadi lebih bijak dan sekadar bijak sahaja.




Wednesday, January 2, 2013

afiq masuk sekolah

harini afiq dah masuk sekolah.
sungguh hensem anak mama ni..
pagi sudah kejutkan dia. dia pun tak sabar2 nak masuk sekolah upin ipin. tak tau pasal apa dia gelarkan sekolah tu sekolah upin ipin. masa register pun dia dah cakap sekolah tu sekolah upin dan ipin. ntah. suasana nya kot. kitorg pun dok galakkan dia pergi sekolah melalui cerita upin ipin la jugak. tu yang terpengaruh tu.

sungguh sibuk jalan pagi ni. masa lalu kat sekolah kebangsaan tu nampak parents hantar anak2 dan tunggu kat belakang. dalam hati berfikir bagaimana agaknya afiq kalau dah darjah 1. hati rasa hiba. cepat betul membesar budak2 nih. sekarang baru nak masuk takis. setahun dua dah darjah 1. huuuuu...

sampai depan nursery afiq tak turun pun. dengan eksyennye dia cakap kat adiknya 'adik kena pergi nursery. abang pergi sekolah'. hahaha.. tidakkah kau tau afiq, sekgi kang dia kena gi nursery jugak. hihi.
dah habih ngantor adek, kitorg pun gerak gi hantar afiq kat sekolah. kelakar. sampai dua pusingan keliling taman padahal takisnya sekangkang kera je ngan taska nursery budak2 ni. skali pusing.. susah sgt nak masuk pagar. kawasan kecik, kereta banyak kuar masuk. sekali lagi pusing.. cakap kat darling, u turunkan i jelah. u gilah cari parking. tak tau lah pulak yang encek darling gi downgradekan keta alza tu (sebab beso kononnya)  ke keta kelisa .

turun keta tak tau nak pergi mana. tapi nampak ada satu bilik utk kelas takis. nampak dua tiga parents tengah beratur. pehtu nampak one lady yg anaknya sama nursery ngan afiq. CONFIRM! betulah ni tempatnya. so i ngan afiq masuk kelas. tempat duduk depan dah full. second row kosong tgh. third row kosong tiga seat. letak afiq tepi sekali. supaya senang dia nak tgk tepi tingkap dan senang kitorang nak tgk dia juga. pehtu join parents lain beratur.. nak bayar yuran. bayar full setahun RM550 je. registration RM 100. idakle mehe benor mcm ada sorang member bayar tadika anaknya.. tadika franchise. lebih tiga riban habis termasuk macam2 kelas yg dia kena attend. plus transport. ok la dia nak anaknya terer macam2. aku pung teringin juga nak anak terer macam2.. maklumla patutnya dari kecik dah kena ajar dia macam2. tapikesian juga kalau budak sendiri yang takmo pergi. kalau kecik2 dah ditekankan dengan macam2 bende takut beso esok memberontak. ni nampak macam afiq is having fun sekolah kat situ bersama ngan adam, ahmad, sara, amani, yang semuannya satu taska. dan nampak macam afiq dan kawan2 taskanya mendominant kelas takis tu. dan macam skolah2 lain, ada budak yg menangis on the first day. afiq tak. dia dah jenuh nangih masa htr gi nursery kecik2 dulu.

peace.. relax je.

1st day afiq dah diberi tugasan mengkaler. sungguh warna warni tapi kurang harmoni ikan yang afiq kalerkan itu. tapi ok lah untuk budak 4 tahun nak masuk 5 ni. dia habis kaler dulu berbanding ngan budak lain dan berjoget tunjuk bintang sebab habis dulu. lawak jelah afiq ni, hahaha..
ni lah ikan warna warni. 

waktu rehat. 8.50 pagi
berlari keluar. tak tau arah mana. selambe je afiq lari.
bawak dia gi kantin. bekal roti krim yg dibawa langsung tak mo makan. yg dia nak mee yg kat kantin tu. beli jelah. esok lusa tade sape nak belikan dia makanan dah. waktu makan pun duduk ngan gang nursery. takpelah camtu. at least ada gak org yang dia familiar. makan sikit dah tak nak. sebab mee pedas.
huuuu.. seringgit tapi macam tak bagi budak makan. buat le tak pedas utk budak2 makan. hapelahh org kantin ni.

habis rehat. 9.30 pagi. lamanya derang rehat....
berlari juga. suka hati dia je nak lari ikut kaki. tapi tau plak nak lari masuk kelas. lepas rehat- main!
main dan main dan main. so kitorg pun cabut lah. gi breakfast kat mamak. habis breakfast pi jengok afiq semula. main lagi. hmmmm. sampai 10.30 habis skolah main jelah.  ok lah utk hari pertama.

waktu balik 10.30pg
habis je kelas ustazah pun suruh la anak muridnya bertatur. lelaki one side perempuan one side. ustazah suruh baca doa. budak2 ni... dia bantainya baca doa 'ALLAH humma barik lana fima rozaktana wakina azabannar' kuat2. serentak plak tu. hahaha.. tu doa makan la. dan ustazah pun ajarlah doa yg sebenar. aku pun tak pasti doa apa. pasal tak berapa dengar bunyinya. dan aku pun tunggu afiq di luar kelas dan pimpin jalan ke arah pintu belakang taska.

selesai sudah cerita hari pertama afiq masuk sekolah - taski di KAFA MUAFAKAH.
seronok tengok budak2 ni seronok.
seronok tengok afiq seronok.
happy and glad sebab masukkan afiq di tempat ni. insya-allah tempat ni lah yang terbaik untuk afiq buat masa ini. diharapkan afiq dengan pelajaran asas ni boleh menjadi org yang berguna, pandai bergaul, bijak membaca, mengira dan membesar menjadi orang yang bijak pandai.