Wednesday, January 30, 2013

pesan ustaz - soal hati

kalau berniat utk melakukan perkara buruk jangan cakap kuat-kuat, kerana syaitan mendengar dan akan berusaha menggoda melakukan perkara tersebut.

kalau berniat utk melakukan perkara baik pula sebaik-baiknya sebutkan dan beritau kuat-kuat.
semoga niat itu akan menjadi.

soal hati hanya Allah yang mengetahui. syaitan tak tahu apa yg terbenak di hati. setelah disebut baru dia tahu.
jadi kalau terasa nak buat jahat, segeralah betulkan niat.

berfikirlah menggunakan hati. sebab berfikir menggunakan otak sahaja tidak disertakan dengan hati yang bersih tidak membawa maksud apa-apa. cerdik sahaja tapi hati tak baik mendorong kita untuk melakukan perkara yang tidak baik.

afiq dan zarin, mama akan berusaha tidak akan mengotorkan hati korang yang bersih suci ini supaya anak-anak mama bijak dengan hati yang bersih. ya. budak-budak ini semua sama bijak. pembawakan dan didikan kita yang menentukan dia menjadi lebih bijak dan sekadar bijak sahaja.




No comments: