Thursday, June 23, 2011

too lazy

to lazy to make lecture slides for next week lecture.
this is the second time that i'm going to teach. mana la aku tere ngajo. ajo joomla plak. bukannya ada basic traning pun pasal joomla ni. nanti kang ada org komplen plak cane la buleh ngajar ni tapi diri sendiri pun tak terer sgt...
ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
ngantukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
pulak...
mcm nak survey barang tapi dah berazam tanak buat hutang nih..
harap2 aku dpt membayo semua hutang

Monday, June 13, 2011

zarin 8 bulan 2 minggu, afiq 3 tahun

zarin,
sangat rajin makan. dan pipi tembam, badan berisi.
jgn gemuk sgt sudah la ye.
dah laju merangkak
dah pandai meniti..
dah pandai babai tapi not immediately after org suruh.
pandai cakcekor dang gamit...
suka makan yogurt cal si yum abang afiq
suka makan buah oren
makan bubur gitu2 je
bubur org besar dia suka la... sebab berperisa.


Afiq.. 3 tahun 2 bulan
dah terer takpakei pampers waktu siang, malam pakai lagi..
memilih baju yg dia nak pakai,
sgt suka tgk filem hantu kak limah balik rumah.. tapi kena temankan dia la
suke citer kongsi (sebab pelakon fevnye shaheizy sam)
masih suke citer ultraman
pandai marah adeknya bila adeknya main barang dia. aaaadekkkkkk!!!!! senyaring-nyaringnya..

ketagihan shopping yg melampau

susah la. teruknya ketagihan ini.
credit card plak dah melampau-lampau plak billnya.
have to stop.
have to stop looking, browsing, clicking yes. browsing kids store, ebay, all must stop. must banned this site from my access..
have to find new interest.. which is.. eliminating all my ugly fats on my body. my ugly belly,
spare tire, and peha bola sepak. adusssss
have to have to have to!!!!

Monday, June 6, 2011

tersentap seketika

this morning i received an email from my fruit child - encik F stating that finally that practical student finally admit who he really kutuk kat blog the other day. udah terang lagi bersuluh. masa dia tulih mula2 tu pun i oredi know he meant to write about me. 
terkilan. udah elok dia minta maaf. udah elok kita lupakan hal ini tetiba encik f berdua ni bangkitkan semula. sungguh tak matang encik F berdua ini. dulu kemain sembang elok depan org masa lepas peristiwa itu. tengok2 berbalas bahasa di muka komen blog budak itu. 
idokle aku nak bertegor sangat ngan mamat sememeh ni lepas daripada peristiwa dia memalukan dirinya sendiri dulu. tapi perangenye yg adalah terlampau kurang ajar sampaikan hal kecek dulu diungkit-ungkitnya. gaya bahasa macam dia la yg paling baik sekali di dunia ini. macam dia la yang paling innocent sekali. tapi tak sedar yang sebenarnya dia lebih teruk dari aku. 
oo baiknya dia bila dia kata bos aku yang baik ni teruk dikondem oleh aku. 
tidakkah dia tahu bahawa bos aku ini juga seperti aku yg juga kaki fb, kaki gossip dsbnya. tidakkah dia tahu yg bos aku ni pun ada kondem dia pada aku?? 
aku akui memang aku mengata bos aku yg mana dia terang-terangan mengkondem hasil kerja aku tak semenawan hatinya seperti anak buahnya kat kementerian dulu. tapi aku akui memang pun hasil kerja budak itu teramat menawan hati tak seperti hasil kerja budak prektikel itu yang sebenarnya tak la sebeautiful mana.
ayat tuduhan aku kaki fb dan tak beralas tak sembunyi pun berfb semasa bekerja memang betul. tapi budak tu tak tahu yg aku hanya bukak sahaja dan bukannya pengomen, pengelike, pemain apps, seperti suatu ketika dulu. aku hanya buka untuk mengetahui perkembangan isu kt opis, update kawan lama ( tapi sekadar observe je, maleh nak join) aktiviti sanak sedara, dan berkomunicate ngan family.. 
ternyata budak itu tidak kenal dan tak mengerti apa itu multi tasking. dan terserlah sebenarnya org pompuan bisa melakukan multitasking yg jitu. sambil buat kerja, sambil update aktiviti.. sambil online shopping, tapi kerja... jalan seperti biasa.
bos aku tu pun yg memang hakikinya aku observe ternyata memang memberatkan wing yg lagi satu. aku bersama fruit son memang selalunya dianaktirikan oleh bos sendiri. tapi tak kesahlahh. sebab teruk2 dianaktirikan pun masih lagi diberikan markah yg ok kat lnpt tu. 
tak paham, apa yg dimaksudkan dengan kaki bodek. dia tak jupe bagaimana rupa org yg terang-terangan mengkipas bos depan org. tu lagi teruk. aku dah berapa lama kerja tu pun belum cukup luas lagi nak mengenal hati budi orang. belum cukup terer lagi bab selok belok politikal opis.. budak tu? macam org dah kerja lama je lagaknya. laju je tuduh org macam2. 
apa yg aku pasti budak itu sebenarnya tidak mahu menerima kenyataan, tidak boleh menerima kritikan, tidak biasa kerja susah. portal seketul tu baru satu task. ni makcik-makcik pakcik pakcik (bak kata budak tu la), buat kerja macam2.. all in one tak banyak kerenah pun. bila berjumpa sesama sendiri, wajarlah time tu meluahkan apa difikiran. wajarlah jua menceritakan masalah tersendiri.
aku tau mulut aku ni kekadang takleh kontrol. cakap pun kekadang ikut perasaan tapi percayalah.. masa aku komen hasil kerja budak tu sebenarnya banyak ayat aku amik dari bos yg dia sanjung itu. aku hanya menyampaikan aje. dan pada my fruit-son, ayat yg keluar dari mulut aku kekadang adalah ayat dari perasaan ketika itu. dan bila terlepas aku perasan air mukanya terus berubah (huh merajuk la tu) terkesian pulak...  tapi my darling cakap tak payah nak amik hati sgt. nanti lagi berlemak lagi kepalanya.apa yg tegas kena tegaskan, apa yg tak ok kena habaq tak ok. tapi sekali sekala kena la jaga hati gak. kok takleh nak buat kerja.. mampus aku kena keja sengsorang. masalahnya kdg2 aku tak reti nak susun ayat leklok agar pihak yg menerimanya tak terasa teruk. sekurang-kurangnya aku berterus terang... 
yg sebenarnya aku meluahkan perasaan sendiri.. supaya perasaan yg kurang sedap tu biarlah habis kat situ je. kalau tak luahkan nanti berbuku didalam hati.. terus jadi dendam. bagus juga bila terbaca yg tak elok tentang kita. boleh muhasabah diri. fahami diri ini yang bukan semua orang boleh terima kita seadanya, elok ke tidak perangai kita, betulke tidak apa yg kita buat tu sebelum nak membahasakan orang, sebelum nak menyalahkan orang...
terima kasih.
wallahualam.