Monday, April 30, 2012

Friday, April 27, 2012

senangnya mudahnya bagi sesetengah orang

senangnya bagi sesetengah orang untuk buat anak, mengandung, dan melahirkan baby.
zusss, dass-lekat, wooshhh-keluar. haha.. ade ke cenggitu senang...
myself.. going thru a hard time.
6 pregnancy.
3 dnc.
1 gugur sendiri.
2 je yang baru jadi setakat ini. (alhamdulillah)

afiq: exactly @1 hour 
for me, first 3 month is a very critical moment. sebab first 3 month tu yg penentu baby sihat ke tak. boleh continue ke tak.  first month tade rasa apa2.. except conscious why my period hasn't come yet. sebenarnya 1 hari lewat pun dah mcm huru hara. eh pregnant ke. hati tu sentiasa je tertanya-tanya. perasaan bercampur-campur. nafsu plak-beli je pregnancy test. pehtu berpusing-pusing.. nak beli kat mana. bila nak beli? nak gi amik budak lagi. sebenarnya bila hari menjelang petang ayat nak pergi amik budak tu sentiasa bermain di kepala. terbayang kesukaran lalu depan sekolah kalau time amik tu lambat. all the unnecessary things semua bermain di fikiran.  iklan..  pehtu bila dah beli pregnancy test pikir plak bila nak guna ni? all the small things.. bende tu pun nak pikir lama2 ke? pakai. test . dapat result. 2 line yippppiee!!!! 1 line.. menunggu kot tiba2 line yg satu lagi tu tiba2 muncul. heheh..
penah sekali tu test petang ada tapi mcm tade. pehtu tak sure lagi beli lagi 2-3 hari kemudian.. tgk2 memang tade. tapi masa 2-3 hari sebelum tu feeling nauseous, nak muntah mcm2 feeling org pregnant sume dah ada. tapi bila that month tu dah period perasaan org mengandung tu tiba2 tade.
kan best kalau time tu kita nak mengandung terus je dapat bulan tu juga dan mengharungi hari pregnant-ke-tidak tanpa perasaan tertanya-tanya.
kan bes kalau dapat mengandung tanpa hati rasa gelisah whether the baby is going to survive this two months. (sebab ikutkan lepas bulan ke3 baru rasa lega tempoh penalti dah tamat.. tapi 6 month onwards usually an ok period)
kan bes kalau perasaan trauma terhadap dnc tu tiada lagi. trauma kalau baby tak jadi kena buat lagi dnc.
teruknya perasaan ni.
org lain tu lagi kesian.. cuba-cuba-cuba tak lekat.
cuba-cuba tak lekat
cuba-tak lekat.
ada yg dah lima tahun baru dapat,
10 tahun,
redha je lah apa saja. yg ni lah yg terbaik buat masa sekarang.
skang mencuba tetapi tidak mengharap sebab harapannya besar untuk menurunkan lagi 7 kg. baru matlamat tercapai..
harap dapat pergi ke berat 70-an.....
dan kalau boleh ke 60-an semula.. kalau boleh la. gigih. giat. berusaha! you can do it!


bapak operate dan lain lain

Friday the 13...


 friday the 13 is the date. bapak buat bypass operation. pagi2 we all adek beradek buleh jumpe dia dulu sebelum masuk operation. jadi nilah hasilnya. menangkap gambo saje. bapak dimasukkan ke bilik OT kul 8.45am. 

original member of our family.
(macam kumpulan muzik reunion plak.. ayat original member)

sehingga line merah sahaja ye..

lepas habis je bapak masuk kat OT, kami semua bawak mak makan. or more precisely mak yg bawak kitorg makan. -sebab mak yg paling biasa kat situ. hihi. then balik rumah.. dtg semula tghr.
masa menunggu bapak di OT adalah sesuatu yang sungguh stress. tambah bila menunggu kat ruangan menunggu org operate tuh. aura tension dan aura sedih org2 menunggu kat situ adalah sesuatu combination yang i cannot accept. of cos as umat islam have to berserah dan berdoa agar pembedahan tu berjaya. but as human being we dont want to add more tension to the situation. seb baik luar icu ada juga tempat duduk. duduk je kat situ. dekat sikit ngan pintu masuk.
right after operation
near 2.45 guard panggil. 'ahli keluarga zubir yahya'.. me and mak terus je masuk tgk.  bila masuk tu terpinga-pinga nak tuju ke arah yg mana. tanya kat nurse. bleh dia bawak gi jumpa dato' zainuddin. siapa pulak orang ni. memang lain beno.
'bukan yg ni... '
'dato' zubir la'.
'oo dato zubir..'
'kat 108.'
so
sampai kat tempat bapak. ni la dia bapak. bapak tgh tido. skali tgk mcm afiq pun ada juga. sayu je rasa bila tgk apak ceni.
ada seorang dr. dr India. dia menerangkan bapak buat 3 bende. bypass, tampal 2.  so dia akan tido selama 12 jam untuk recover. dia tak kan bangun.. kalau bangun pun dia akan mamai.
lega dah dapat tgk bapak semua dah ok.
mak terus ajak balik. on the way balik terasa lapo.. mak suggest makan kat octupus. amboi.. hebat tuh..
mak pun agaknya hilang stress.. dan macam tiba2 nak ajak pi situ sini. dan paling tak sangka mak ajak tgk wayang??? huh??? biar betul mak ni..  lepas makan kat octupus dia nak potong rambut. lepas potong rambut.. mak buat massage. dasat.. sampai cetu penangan bapak operate ni.
hari esoknya..sabtu pukul 9 pagi.. mak dapat panggilan. huh saspen..
rupanya ijn call. bapak dah bangun. dia nak suruh hantar spek.
suruh mak gi htr kot2 dapat tgk apak ke.
hampeh boleh hantar sampai kat guard je.
yg kelakar apak ni.. bangun je dari operation dan mengarah itu ini. memang born leader. dah biasa mengarah.. suruh htr spek pun mcm arahan. sebab nurse kata takleh tunggu sampai tghr.  bapak request juga.
pehtu bila dah dapat masuk tengok apak time tengahari tu.. apak cakap ngan mak takyah masuk ramai-ramai.. kecik hati mak. masuk 10 minit pehtu dah kuar tanak gi jumpa dah. dah la mak tunggu lama sampai dekat 2 jam kat ijn- rentetan daripada hantar spek tadi.

bapak on sunday 15 april dah nampak ok dah.

on bapak's besday. 20 april.. sakit dada on off.. 
20 april.. bapak sambut 70's besday kat ijn.

on 20th.. bapak sambut hari ulangtahun ke 70 di katil IJN. tade bagi apa pun kat apak tahun ni. tak tau nak bagi apa. semoga bapak memperoleh kesihatan yang baik dan sentiasa ceria seperti dulu.

bapak dah selamat balik ke rumah ahad yg lalu 22 april 2012. ikutkan apak nak lagi stay kat ijn sampai pulih sepenuhnya. bukan apa kat ijn mak relax sikit tak yah masak. pehtu ada nurse yg boleh dirujuk kalau ada apa2 yg tak syok.. pehtu boleh buat fisio tu. tapi apakan daya.. bukan bleh dok kat spital lama2. mana la derang bagi...

skrg apak kat rumah.. 2 hari sekali gi ijn balik utk buat dressing lukanya.
bapak dinasihatkan utk berada dirumah je selama sebulan.
no driving for 6 mths,
no oily food,
no itchy food,
must eat healthy and exercise.
hope bapak recover cepat!




Tuesday, April 10, 2012

bapak..

23 march...kepulanganmu ku tunggu. dengan penuh rasa gembira. syoknya! Risau juga dengan keadaan bapak yang tak sihat tu. pagi2 dah kuar hantar budak then melencong pergi ke opis dan dari opis tu terlencong pulak terus ke rumah bengta. mereka juga tak sabor menunggu kepulangan bonda yang dah 2 minggu tak jumpa. saja tak bawak afiq dan zarin sebab hasrat dihati lepas amik mak, apak nak pergi ke opis semula.
tau sebab kalau bawak juga nanti derang akan kacau opah dan atoknya yg penat. tambahan pulak apak tak berapa sihat.
sangkaan ku meleset. diri ini anggap bapak cuma tak berapa sihat + lelah + letih + bawak gi mahinder ok je kot tapi sebenarnya bapak sangat teruk tak sihatnya. tawaf akhir pun terpaksa ditolak wheelchair oleh achik.
turun dari kapal terbang.. baru je jejakkan kaki ke building tu bapak dah nak jatuh. nak pengsan. kecoh dan kalut masa tu. tak sabar nak tunggu mak dan bapak kuar. tunggu punya tunggu sekali nampak mak dan bapak dalam buggy. amboi. dasat ni!. tgk muka bapak nampak relax je. dari jauh senyum je. agaknya dah lega dapat turun dan jejak kaki di malaysia. dekat ngan anak cucu. bapak dibawa ke klinik pusrawi. masa tu nampak bapak teruk sangat tapi nampak mukanya lega. mak.. nampak mak sedih. bapak.. tiba2 bapak tanya afiq. ahh sudahh.. cakap kat dia afiq hantar nursery. sebab kang nak gi opis semula. apak rindu  afiq. maklumla hari2 tepon. tanya afiq. silap percaturan kita ni. dr kat pusrawi cakap apak ni ada paru2 berair, jangkitan kuman dan ada masalah jantung. huhhh banyaknya......so bapak direfer ke hospital putrajaya untuk rawatan susulan.

on the way to hospital putrajaya.
gambo dari blog amytoinktoink.blogspot 
apak: petang hari jumaat 23 march wad ICU
alhamdulillah... bapak semangat kuat. 23 march masuk hospital putrajaya. petang dimasukkan ke wad ICU.
24 march siang masih di wad ICU bergurau dan banyak bercakap. siap suruh informkan ke kawan-kawannya dia kat ICU. petang 24 march dah dipindahkan ke wad biasa. gamaknya dia happy dapat jumpa kawan-kawan, sanak sedara yg datang melawat. cepat je recover. alhamdulillah..... 
iklan..
24march- happy zarin @hospital putrajaya.. 

@24 march -control hensem..

@25march -menunggu di bawah sambil kpop


@25 march sudah tarak tahan mahu mengkpop

ni afiq kat hospital. petang tu boring tunggu kitorang tgk atok. mama pun keluarkan player kecik tu. punca keluarkan sebab ada budak poyo pegang tablet. dah la poyo. menyendeng tepi krusi ni sebab asalnya dia nak duduk kat krusi ni tapi maaf dek mama dah lebuh dulu. tapi dia continue menyendeng tepi krusi sambil main game kat tablet. afiq pung tak heran kat budak tu tapi saje je mamanya keluarkan player kecek tu. mula2 cerita ultraman. haha.. nama pun budak lelaki. cerita ultraman je kalah. mesti nak tgk juga meskipun kat tangan dia ada bende lagi best. dia pun menjeling-jeling kat afiq sambil tgk ultraman jugak. pehtu bila part lagu2 kpop. anak teruna ni dah tak tahan. mula2 terenjut-enjut pehtu tiba2 terus joget. 

sekian sudah iklan... continue with bapak.
alhamdulillah. cepat bapak recover. bapak pun seronok tgk video afiq terlompat-lompat. on 27th selasa petang bapak dah boleh keluar hospital. 28 birthday afiq. seronok dua beradik tu dapat jumpa atok semula malam tu. yeay.
apak  @24 march 2012. 4 petang di pindahkan wad biasa 
apak @25 march 2012.. suda recover. senyum je. ni pose utk afiq.  

Friday march 30, bapak ke IJN untuk rawatan susulan untuk jantung. dr yang check tu kata jantung ada lubang sikit. petang tu juga bapak kena admited IJN. 

baru check-in. macam hotel laaaa

apak tengah relax sambil tgk tivi. luckily kat IJN boleh bawak budak. 

fewitt.. cik afriena

jelingan afriena tertusuk kelbu.  afiq tersengeh..

sampingan: masuk harini dah seminggu lebih bapak kat IJN. selama inilah petang petang kami berkampung disana sambil makan2.. dah dua kali jumaat disana. dua kali weekend. disana juga kami kumpul adek beradek sambil makan2. dah jadi acara makan2 piknik sambil tgk apak gayanya kami ni. siap janji esok nak bawak itu ini. last week dapat makan kuih bakar keda. sheperd pie mira (banyak kalori oo sheperd pie ni..) sebenarnya nak menggembirakan mak.. mak happy.. bapak pun happy. bukan apak dapat makan pun bende2 yg kita makan ni.

last thursday dr check saluran jantung sempit rupanya. sempit ngan kolestrol gamaknya.
this friday. friday yg ketiga bapak akan buat bypass operation.
this is what bypass is - thnx to kak rosni yg tiba2 bagi link medical-medical ni. good tutorial.
risk- after operation. masa operation supposenya tade masalah. yg bakal menjadi masalah yg perlu kita concern is recovery time.
bapak. semangat nak buat operation jumaat ni. dia seronok dan berharap lepas ni dia akan sihat semula. harap semuanya akan menjadi ok. i believe in bapak's spirit. semangat bapak kuat untuk recover. semangat bapak ini harus kita semua contohi....
rupanya bapak ni sebelum pergi mekah lagi dia dah ada rasa sumthin kat jantungnya tapi dia pendamkan dan dia hanya kabokan kat kawan2 clifford je dia punya condition. katanya lagi dia rasa nak ke ijn lepas balik mekah. dan ya allah.. makbulkan hasratnya. bapak.. o bapak...jangan la mintak camtu. jangan la mintak yg tak elok.
'ya allah.. sihatkanla atok afiq.. afiq nak atok' tu yg afiq doa hampir setiap hari.

ya allah, sihatkanla bapak. jauhkanlah penyakit ini dari tubuhnya. biarlah dia sihat dan ceria seperti sebelum ini. ya allah.. sihatkanlah mak. kuatkanlah semangat mak untuk menjaga bapak. ya allah... kuatkanlah semangat aku untuk menjaga kedua ibu bapaku, keluargaku. ya allah.. ampunilah dosa bapak. ampunilah dosa mak. ampunilah dosa seluruh anggota keluargaku. tempatkanlah kami semua dikalangan orang2 beriman.

sesungguhnya aku tak ready utk kehilangan bapak. tak mau la jadi apa2 yang buruk kat apak. sedih la... :(

Thursday, April 5, 2012

layan lah

tiba-tiba terseronok plak layan lagu ni. when i cant sing se7en. jb cover version.
criter: dream high2
eh terlayan cerita ni ke? sekejap layan sekejap tak. tapi bila tengok boleh je follow... kpop. ni sume durah ain punya pasal..

Tuesday, April 3, 2012

kalori saya bulan april.

hehe
alhamdulillah.. sudah turun 7 kilo setelah 2 bulan ter'aware' sekali lagi pasal fitness/weight loss
bmr pun makin dikurangkan from 1600 ->1535. tapi ikut fitness pal goal kalori 1420.. alhamdulillah it works!
eh umur terkurang plak.
belum masuk 35 tapi akan menuju pada september nanti. insya-allah i'll get what i want if i wants to. dengan izinNya.