Monday, March 23, 2009

ipoh- alorsetar-langkawi-ipoh-bukit fraser

holiday. off to ipoh on wednesday night.. pagi2 bertolak to alor setar.. tgk chema kawin. uu my uni bes fren sudah kawin. may allah bless her and her newly wed husband. may both of them get a lot of children. may chema bunting pelamin. wahahahahhhaaaa. i'm really happy chema kawin. in fact i bring along my parents and achik's family to the kenduri. hajat dihati want to bring angah and ke'da as well. well they already dah go somewhere cuti sekolah summore. mesti dah tight on budget.

then from alor setar.. naik bot to langkawi at kuala perlis. afiq has been very gud boy. naik bot senyap2. duduk dalam bot diam2. but sampai je kat langkawi.. huru hara!! he wanted to lepas diri.. tanak pegang tangan org langsung. tanak dukung. menonong je jalan.
sampai bilik hotel pun.. aiyo maa.. being a very good boy..with his cousin.. yg semuanya lelaki berlari from opah's room to achik's room then to our room. our bilik is connected. so boleh bayangkan lahow happy they are wondering from one room to another.

our trip to langkawi is very seronok. hilang semua rasa tension, seteress, sakit hati samada kat opis ataupun kat penjaga afiq. me... very happy. a lot!. shopping, jenjalan, shopping, jenjalan. i got my self a pan. very nice pan to grill a steak, burger, and food that is sewaktu dengannya. then i bought bags: handbag eh sebenarnya sling beg, and beg besar sikit untuk bawak barang masa jln ngan afiq. then of course,.. beli coklet. which i beli, masa beli memang ingatla kat mak mertua, adik beradik ipar duai. sapa kata tak ingat, sapa kata i benci derang, sakit hati tu of course la. but they are family. mak tak pernah ajar nak membenci org sampai putus hubungan kekeluargaan.
the kids.. omg. sometimes aduhaiii menyusahkan but baby afiq.. most of time makan.. dia tido. so i have tu pangku sambil makan. exactly habis je makan.. dia pun bangun. tapi time makan dia tak tido tu yg a little bit lecehs. he doesn't want to sit still. nak panjat sana, sini, nak jalan2 jauh2. bukannya takut kat org tu.
naik kabel car. waaaahhh i nvr thought that i wud feel a bit of gayat. i wouldn't dare nak pandang bawah.. sayup ke bawah at titi gantung, why i feel that way? i oso dono.
my most enjoyable moment during this trip is makan seafood. uuu ikan bakar so delicious. makan at kuala perlis, at langkawi, then sotong goreng tepung. uuu meleleh air lur. i really love makan-makan... hmmm
on the way back to kl singgah bukit fraser. melepas rindu nak tgk fraser's hill. lama tak tgk. last skali masa skolah dulu. tak banyak berubah. seronok laaaa.

afiq dah migrate susu
afiq dah migrate to dugro 1+. even tho lagi seminggu dia baru nak masuk setahun but we're running out of susu dah. susah nak mencari susu mamex soya langkah 2. so i decided (with ke'no punye approval- dia kata takpe..) beli ajelah dugro 1+. afiq seems okay pulak. takde kahak. but o notice stool dia kaler kuning je la. kuning tu sebab salah makan ke? usually if stool kaler camtu sebab dia makan bende marapu. i dono dugro 1+ ada coklat flva. because even susu dugro1+ yg berkaler putih tu ( i suspek vanilla) pun habis. son on the way balik rembat ajelah dugro1+ yg kat kedai tu. bancuh2 ehhhh.. kaler coklat. nasib baik afiq minum. dah melalak on the way balik.. tak larat nak minum air masak jek.
kat rumah ada lagi spare susu soya sebenarnya.. takpelah.. habiskan minggu ni.. next week baru official tukar betul-betul.

Tuesday, March 17, 2009

rashes issue

my baby's bum got rashes again.
my in laws were blaming the cd for that. they said that cds are hot, not suitable for babies, dispo are easier. change back to dispo la. what??? i spend nearly RM2000 and they ask me to change to dispo? huh... i think they better change their mindset. even if u wear dispo pun.. if u dont change immediately after he poo poo, mesti la naik rashes. then wear diaper for so long without changing also mesti naik rashes. aiyoo.. dont blame the tanah la if u cant dance, on this case dont blame the cd. wear cd la kurang sikit rashes. all this while rash case tak appear pun. how come it just appear recently?
and why dont u use all the cds that i provide to u? i put 4, and there's always extra 1. and i notice whenever i come to pick afiq.. mesti baru tukar pampers sebab kalau i terperasan the pants got wet (not necessarily because of wee wee..) they become defensive and claimed that they have just changed afiq. and how many times the diaper changing? i assume 2, + 1 times pada masa nak amik. 1st time masa morning bath.. which i dont know when exactly. may pukul 9 or 10. then maybe at 1 or 2. then masa pickup at 5 to 6.
poor afiq. he's just a baby.. their own blood. their own cucu/ nephew. why wont they care?

Why Cloth diaper?

Kenapa cloth diaper sedangkan banyak lampin pakai buang yang senang dipakai? Kenapa perlu bersusah payah membasuh sedangkan anda boleh buang sahaja lepas guna? Bayangkan berapa banyak duit yang anda habiskan untuk lampin pakai buang si manja dan adiknya dan adiknya dan adiknya lagi? Bertindak bijaklah mulai sekarang dengan cloth diaper yang sangat mudah digunakan, selamat dan sangat menjimatkan.

toksin dalam lampin pakai buang
Lampin pakai buang diperbuat daripada bahan-bahan tiruan seperti polyethylene film bagi pelapik perlindungan plastik lampin itu, polyester (bagi lapisan atasa lampin yang poros), polypropylene (bagi pelapik lampin dan pita yang digunakan bagi mengetatkan lampin, atau untuk lapisan lampin yang paling atas), pulp fluff daripada pulpa kayu yang diawet dengan klorin (yang menghasilkan dioksin, bahan penyebab kanser sebagai hasil sampingan), sodium polyacrylate (gel bertoksik yang kuat daya serapannya) untuk lapisan dalam lampin, minyak dan resin yang berpotensi menimbulkan alergi (sebagai gam yang mengikat lampin), wangian yang memudaratkan dan bahan-bahan kimia lain yang berbahaya seperti tributylin (salah satu bahan paling beracun pernah dihasilkan).

Sebahagian daripada bahan-bahan kimia tersebutboleh menimbulkan masalah kesihatan kepada bayi seperti ruam yang menyakitkan dan asma, serta masalah ketidaksuburan dan kanser apabila dewasa kelak.

Pengeluar lampin pakai buang sering mendakwa produk mereka boleh memastikan bayi berada dalam keadaan kering berjam-jam lamanya. Ini berikutan penggunaan bahan kimia sodium polyacrylate, sejenis gel yang terdapat dalam bahagian tengah lampin yang menjauhkan air daripada kulit bayi. Ini dimasukkan ke dalam lampin dalam bentuk serbuk berbiji yang bertukar menjadi gel apabila basah. Juga dikenali sebagai kristal polimer, sodium polyacrylate boleh menyerap 200-300 kali beratnya dalam air, dan membendungnya dalam bentuk gel bergetah.

Pengguanan sodium polyacrylate dalam lampin pakai buang memudahkan tugas ibu kerana tidak perlu menukar lampin bayi. Namun begitu ia menyebabkan bayi ditumbuhi ruam kerana terdedah kepada bahan-bahan kimia yang diserap, pertumbuhan bakteria dan ammonia daripada air kencing yang terkumpul dalam lampin. Pada masa yang sama ia juga menarik lembapan (bukan air kencing saja) daripada kulit bayi yang menggalakkan kegatalan kulit.
Bahan ini dilaporkan boleh menyebabkan radangan kulit yang teruk, pendarahan daripada tisu-tisu perineum dan scrotal, demam, muntah dan jangkitan staph di kalangan bayi.

Kebaikan menggunakan lampin kain, di antaranya ialah:


1. Takde bahan toksin, sihat, environmental friendly.

d) Lampin pakai buang juga dikaitkan dengan asma (lelah). Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.

e) Lampin pakai buang juga merosakkan dan mencemarkan alam sekitar. Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok yang menghasilkan kertas serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik. Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia. Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu. Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah.

2. Jimat Kos

Penggunaan lampin pakai buang merupakan kos berterusan dan sangat mahal, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin.

(a)Penjimatan kos dengan menggunakan lampin kain dapat dilihat dalam perbandingan di bawah:

Jika menggunakan lampin pakai buang:

Anak anda menggunakan minimum 6 lampin pakai-buang sehari pada kos RM0.50 setiap satu.

RM0.50 sekeping X 6=RM3.00 sehari
RM3.00 X 365 hari=RM1095 setahun
RM1095 X 3 tahun =
RM3285 untuk seorang anak

Anda perlu mengeluarkan jumlah wang yang sama untuk anak yang kedua, ketiga dan seterusnya........


Jika menggunakan lampin kain/cloth diaper (CD)

Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 12 helai CD jika anda bekerja dan mencucinya setiap hari. (bagi surirumah sepenuh masa atau yang mempunyai pembantu rumah, bilangan minimum yang diperlukan adalah kurang dari 10 helai kerana boleh terus dibasuh apabila menggantikannya). Untuk keselesaan, anda boleh membeli lebih insert secara berasingan.


Sehelai CD (termasuk satu insert) = RM45
Beli 12 helai: 12 X RM 45 =RM540
Beli 20 helai:(lebih banyak CD , lebih tahan lama kerana lambat lusuh)
20 X RM45 = RM900 sahaja !!!

Kos lampin kain kekal . Anda boleh menggunakan lagi lampin yang sama jika anda menambah bilangan ahli keluarga.


(b) Bayi akan cepat belajar membuang air di tandas.

Bayi yang menggunakan lampin kain juga akan lebih cepat membezakan antara basah dan kering kerana walau pun bahagian dalam lampin kain (fleece) ini sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi berbanding lampin pakai buang. Menurut satu artikel di dalam Wall Street Journal, bayi yang memakai lampin pakai buang memakai lampin sehingga umur 36 hingga 42 bulan, sedangkan bayi yang memakai lampin kain masanya lebih singkat iaitu sehingga setahun lebih awal. Ini sangat menjimatkan kerana anak anda akan cepat belajar membuang air sendiri di tandas. (earlier potty training)


3. Dari Segi Keselesaan dan Kecantikan

Lampin kain zaman moden ini juga ternyata lebih cantik dipandang kerana ia datang dalam pelbagai rekaan, warna dan corak. Fitting dan cuttingnya juga lebih cantik dan kemas serta selesa dipakai berbanding lampin pakai buang. Cara pemakaiannya juga sangat mudah, sama seperti lampin pakai buang. Ia sangat mudah dibasuh dan mudah kering kerana ia di perbuat dari kain yang ringan, lembut, selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik untuk kulit si kecil anda.