Friday, May 10, 2013

Intoducing baby nur arfa najihah


Weight 3.1kg
Height:51cm
Dob 22 april 2013, 11 jamadilakhir 6.49am

Alhamdulillah baby no 3 dah selamat dilahirkan disubuh senin 22 april 2013. Awal 2 minggu dari tarikh due 2nd may.
Bloody show on sunday morning. A day after besday bapak. Ye. Aku drive lagi tuh ke dpp masa besday bapak. Agaknya drive tu mendribekan mentriggerkan baby utk turun awal. Letih drive ye idak.
Minggu tu supposenya mak dan bapak akan ke pd bg menguruskan hal bil kt rumah pd. Mak punya plan senin ke pd, rabu balik kl. Bila dah nampak darah aku pun segera kabo kt mak. Rasanya mak kena gi pd harini gak sebab td tgk masa kt toilet ada darah. Mak pun tanya sakit ke? Sebenarnya rasa sakit sikit2 mmg dah ada sejak 2-3 menjak. Aku rasa sakit ni dah mcm terbiasa. So aku kabo le kt mak tade la sgt. Pehtu mak pun decide gi pd juga sebab takut aku terberanak awal. Kelam kabut mak menyiapkan brg nak ke pd. Nak bawak budak dua irg tu lagi.. takut apa2 hal kang mana nak letak yg dua org tu? Tapi aku pun lepas tu kelam kabut menyediakan brg nak masuk dlm beg.. beg nk deliver. Saspen juga. Sebelum ni mana pernah turun tanda.. semuanya induce.
Maka hari ahad tu sepanjang hari ada lagi 2-3 kali serangan ala period cramp (contraction le tu) melanda. Buat bodo je. After all.. aku rasa kalau gi menyerah diri awal nt takleh nak buat apa sgt kt sanan nun.

so relek2 le kt rumah..
malam tu..jeng jeng jeng... tade pape jugak. sakit pun ala kadar je. kul 2.30 lebih kurang encik husband pun balik, siap sembang2  ngan dia. ceritahal apa2 ntah. pehtu dia berkeruh.. aku pulak tak dpt tidor. mlm sebelum pun berapa kali terjaga ntah. tapi pagi tu lain macam. rasa sakit makin kuat dan agak kerap. kejutkan en.darling. ra
sanya kena gi klinik le skrg. noneng2 nenong2 siap2 dlm lebih kurang 3.30 am dah ada
 kt klinik.
 kakmisi tu tanya.. sakit ke? dan aku pun jawap haah. dan dia pun check.. dah bukak 3cm. pehtu dia pun suruh rst kejap kt bilik. kt bilik pulak rasa sakit menyerang nyerang. nak baring rasa dah x boleh. so duduk la. duduk pun sakit. menonggeng. bukan tonggeng atas katil. sakit juga. last2 gi mandi. dah mandi tu ajak encek husband turun ke labor room. rasa nak beranak tak tahan dah. check baru bukak 7. masa tulebih kurang kul 5.30. dahle letak ctg. dengan blood pressure naik tinggi 140/96 lebih kurang. mmg dah nak beranak sgt dah. tgh tunggu dr dtg. masa tunggu tu ntah berapa kali ada rasa urge nak teran. misi kata belum lagi.. baru buka 7. ermm yelahh.. tiba2.. terasa something laju je keluar dari dlm perut dan menyembur keluar air ketuban. hahaha.. first time juga rasa air ketuban keluar. sebelum ni manalah pernah rasa, sebab induce. lega sikit rasa. sambil tu en.darling sempat gi solat subuh.. tu pun misi yg suggest. takut lama lagi nak beranak. pehtu tak lama kemudian dgr plak suara dr. ohh dr dah datang. misi2 ni kata biasa bila dr dah dtg biasanya patient jadi lambat plak bersalin. aku pun relek lagi. erm tak berapa lama lepas tu rasa nak teran tu dtg lagi. dr plak kata ok nak teran, teran.. pehtu x jadi plak kuar. aku nak cuba teknik menhebuskan nafas dan releks sampai baby yg kuar sendiri. tapi bila dgr dr ckp. ohh mcm ni tak boleh nni, susah u nanti. aisehhh.. org baru nak praktikkan gentle birth.. geram je rasanya. pehtu boleh plak dr tu membebel cakap i x solat lagi ni. pong pang pong pang nyot nyet nyot nyet  drg kelam kabut call i, nak mandi, rush dtg sini, parkin pun senget, dah pukul 6.30, x sempat solat... bla bla bla.. aku pun ckp xpelah dr.. gi la solat dulu.
habis je dr solat solat, aku pun teran, baby pun kuar. dan rabakk.dgr sore baby nangis terus hormon bertukar! menjadi dari seorang yg pasrah kepada seorang yg sgt gembira! magiknya bersalin. Kuasa Allah.. alhamdulillah. dan intai dah keluar dah baby...

namun episod selepas itu horror!

dr terkial2 nak keluarkan uri. as far as im concern, nak keluarkan uri bukan camtu, bukannya tarik. dan akibatnya putus tgh jalan. maka selepas itu, hati gembura bertukar! menjadi x bes. kena sedut gas mcm nak pitam, mcm nak pengsan, dah pengsan kot pasal rasa mcm x sedarkan diri.. kena rodok sebab nak kuarkan uri. sampai hati...
kena jahit pun sakit. kenapa ku diperlakukan begini? uhuhuhu.. sedih.

dulu pun masa bersalin zarin pun ada episode dr terkial juga. erm. sudahlah.. ni last la bersalin ngan dr ni. rasanya ni pun baby last kot. apapapun, alhamdulillah sakit bersalin x lama. dan dipermudahkan ketika rasa sakit. alhamdulillah baby sihat..

No comments: