Tuesday, April 10, 2012

bapak..

23 march...kepulanganmu ku tunggu. dengan penuh rasa gembira. syoknya! Risau juga dengan keadaan bapak yang tak sihat tu. pagi2 dah kuar hantar budak then melencong pergi ke opis dan dari opis tu terlencong pulak terus ke rumah bengta. mereka juga tak sabor menunggu kepulangan bonda yang dah 2 minggu tak jumpa. saja tak bawak afiq dan zarin sebab hasrat dihati lepas amik mak, apak nak pergi ke opis semula.
tau sebab kalau bawak juga nanti derang akan kacau opah dan atoknya yg penat. tambahan pulak apak tak berapa sihat.
sangkaan ku meleset. diri ini anggap bapak cuma tak berapa sihat + lelah + letih + bawak gi mahinder ok je kot tapi sebenarnya bapak sangat teruk tak sihatnya. tawaf akhir pun terpaksa ditolak wheelchair oleh achik.
turun dari kapal terbang.. baru je jejakkan kaki ke building tu bapak dah nak jatuh. nak pengsan. kecoh dan kalut masa tu. tak sabar nak tunggu mak dan bapak kuar. tunggu punya tunggu sekali nampak mak dan bapak dalam buggy. amboi. dasat ni!. tgk muka bapak nampak relax je. dari jauh senyum je. agaknya dah lega dapat turun dan jejak kaki di malaysia. dekat ngan anak cucu. bapak dibawa ke klinik pusrawi. masa tu nampak bapak teruk sangat tapi nampak mukanya lega. mak.. nampak mak sedih. bapak.. tiba2 bapak tanya afiq. ahh sudahh.. cakap kat dia afiq hantar nursery. sebab kang nak gi opis semula. apak rindu  afiq. maklumla hari2 tepon. tanya afiq. silap percaturan kita ni. dr kat pusrawi cakap apak ni ada paru2 berair, jangkitan kuman dan ada masalah jantung. huhhh banyaknya......so bapak direfer ke hospital putrajaya untuk rawatan susulan.

on the way to hospital putrajaya.
gambo dari blog amytoinktoink.blogspot 
apak: petang hari jumaat 23 march wad ICU
alhamdulillah... bapak semangat kuat. 23 march masuk hospital putrajaya. petang dimasukkan ke wad ICU.
24 march siang masih di wad ICU bergurau dan banyak bercakap. siap suruh informkan ke kawan-kawannya dia kat ICU. petang 24 march dah dipindahkan ke wad biasa. gamaknya dia happy dapat jumpa kawan-kawan, sanak sedara yg datang melawat. cepat je recover. alhamdulillah..... 
iklan..
24march- happy zarin @hospital putrajaya.. 

@24 march -control hensem..

@25march -menunggu di bawah sambil kpop


@25 march sudah tarak tahan mahu mengkpop

ni afiq kat hospital. petang tu boring tunggu kitorang tgk atok. mama pun keluarkan player kecik tu. punca keluarkan sebab ada budak poyo pegang tablet. dah la poyo. menyendeng tepi krusi ni sebab asalnya dia nak duduk kat krusi ni tapi maaf dek mama dah lebuh dulu. tapi dia continue menyendeng tepi krusi sambil main game kat tablet. afiq pung tak heran kat budak tu tapi saje je mamanya keluarkan player kecek tu. mula2 cerita ultraman. haha.. nama pun budak lelaki. cerita ultraman je kalah. mesti nak tgk juga meskipun kat tangan dia ada bende lagi best. dia pun menjeling-jeling kat afiq sambil tgk ultraman jugak. pehtu bila part lagu2 kpop. anak teruna ni dah tak tahan. mula2 terenjut-enjut pehtu tiba2 terus joget. 

sekian sudah iklan... continue with bapak.
alhamdulillah. cepat bapak recover. bapak pun seronok tgk video afiq terlompat-lompat. on 27th selasa petang bapak dah boleh keluar hospital. 28 birthday afiq. seronok dua beradik tu dapat jumpa atok semula malam tu. yeay.
apak  @24 march 2012. 4 petang di pindahkan wad biasa 
apak @25 march 2012.. suda recover. senyum je. ni pose utk afiq.  

Friday march 30, bapak ke IJN untuk rawatan susulan untuk jantung. dr yang check tu kata jantung ada lubang sikit. petang tu juga bapak kena admited IJN. 

baru check-in. macam hotel laaaa

apak tengah relax sambil tgk tivi. luckily kat IJN boleh bawak budak. 

fewitt.. cik afriena

jelingan afriena tertusuk kelbu.  afiq tersengeh..

sampingan: masuk harini dah seminggu lebih bapak kat IJN. selama inilah petang petang kami berkampung disana sambil makan2.. dah dua kali jumaat disana. dua kali weekend. disana juga kami kumpul adek beradek sambil makan2. dah jadi acara makan2 piknik sambil tgk apak gayanya kami ni. siap janji esok nak bawak itu ini. last week dapat makan kuih bakar keda. sheperd pie mira (banyak kalori oo sheperd pie ni..) sebenarnya nak menggembirakan mak.. mak happy.. bapak pun happy. bukan apak dapat makan pun bende2 yg kita makan ni.

last thursday dr check saluran jantung sempit rupanya. sempit ngan kolestrol gamaknya.
this friday. friday yg ketiga bapak akan buat bypass operation.
this is what bypass is - thnx to kak rosni yg tiba2 bagi link medical-medical ni. good tutorial.
risk- after operation. masa operation supposenya tade masalah. yg bakal menjadi masalah yg perlu kita concern is recovery time.
bapak. semangat nak buat operation jumaat ni. dia seronok dan berharap lepas ni dia akan sihat semula. harap semuanya akan menjadi ok. i believe in bapak's spirit. semangat bapak kuat untuk recover. semangat bapak ini harus kita semua contohi....
rupanya bapak ni sebelum pergi mekah lagi dia dah ada rasa sumthin kat jantungnya tapi dia pendamkan dan dia hanya kabokan kat kawan2 clifford je dia punya condition. katanya lagi dia rasa nak ke ijn lepas balik mekah. dan ya allah.. makbulkan hasratnya. bapak.. o bapak...jangan la mintak camtu. jangan la mintak yg tak elok.
'ya allah.. sihatkanla atok afiq.. afiq nak atok' tu yg afiq doa hampir setiap hari.

ya allah, sihatkanla bapak. jauhkanlah penyakit ini dari tubuhnya. biarlah dia sihat dan ceria seperti sebelum ini. ya allah.. sihatkanlah mak. kuatkanlah semangat mak untuk menjaga bapak. ya allah... kuatkanlah semangat aku untuk menjaga kedua ibu bapaku, keluargaku. ya allah.. ampunilah dosa bapak. ampunilah dosa mak. ampunilah dosa seluruh anggota keluargaku. tempatkanlah kami semua dikalangan orang2 beriman.

sesungguhnya aku tak ready utk kehilangan bapak. tak mau la jadi apa2 yang buruk kat apak. sedih la... :(

No comments: