Wednesday, November 2, 2011

melaka, demam, dan kutu

apa kaitan 3 perkara itu?
pergi melaka untuk berholiday tapi ternotis ada objek asing berwarna putih di rambut afiq. ingatkan habuk sebab baba afiq letak gel kat rambut afiq masa gi jenjalan haritu. jadi bende objek putih itu sehingga seminggu lebih kusangkakan hanyalah habuk dan debu.
balik dari melaka... budak2 demam.
sebab? berpanas atas kapal yang menjadi igauan afiq sampai berhari2. igauan tak suka. tak tau kenapa. dia claim ada hantu warna hijau kepala botak kat situ. hakikatnya mungkin dia teringat masa gi melaka tu ada tengok the making of alamak toyol. mesti dia teringat-ringat rupa bentuk toyol itu sampai terkait dengan kapal besar itu. dan dalam kapal itu terkandung patung-patung yg menyerupai bangsawan/org portugal/ yang kononnya bentuk muka dia camtu (tapi macam model patung biasa je) berwarna gelap. dan patung itu juga yang afiq tak berapa minat.
isnin balik kl adekedek demam. panas. selasa abang pulak yang demam. bawak gi klinik. siap bawak gi potong rambut.. (org kata sebab rambut panjang.. panas kepala.. tapi kenapa apply to guys only?? girls yg demam tak yah gi potong rambut pun..)  rabu mama demam sebab kena jaga org demam sampai rasa nak demam. khamis kerja. jumaat kerja.
hari sabtu tu masa tgh bf zarin.. tiba2 ternampak objek sama berwarna putih yg kat afiq tu kat zarin. HUHH????? belek punya belek... ada pulak sebuah objek yang bergerak. argggggghhhhh!!! sayang... meh tgk pebende kat kepala zarin ni?? tiba2 tergeli sorang2 dan teringat pacat kecik yang menjadi igauan tak lama dulu. eii.. kutu la... objek putih tu plak adalah telur kutu then check plak rambut rambut afiq. seb baik dah bawah pergi potong rambut masa aritu. ada juge telur nya. owhh suspen. habih la.. malam tu.. gi kedai membeli ubat kutu. hari ahad pakai. hari isnin suda tade. tapi hari isnin mama baru nak check kepala sendiri.. eh ada juge la. kita pung belasah jugak pakai ubat kutu tu. cane derang kata kalau rambut org dewasa dan berkelumumur kutunya tak mau lekat tapi kat kepala aku tu hapedia? diharap ubat kutu tu berkesan la lama-lama. semalam check dah tade. proses nak mencari kutu tu lecehs las...

No comments: