Wednesday, May 18, 2011

berpiknik di kemensah, artis, pak arab, dan org tak semenggah..

afiq yg nak mandi tapi memilih sgt. tanak ada daun, tanak tepi air terjun. last2 dok tepi kolam jelah.

uu zarin yg seksayy

memacakkan rambut.. 


air terjun besh

bes sungguh berget toghether ngan family berpiknik di kemensah. 
air terjun dlm ni menarik sungguh.. teringat lak en. t punya teka teki.

macamana nak stop kan air terjun ni.
my answer: tutup la suis dia mcm kat opis..
en t: salah jawapannya.. tangkap la gambonye. 

ye. saya dah berjaya mengestopkan air terjun melalui tangkapan gambo ini.
air sejuk. suasana bes. ramai gak org. sekali ada la si sobrie, bapak belalang tu pun berpiknik betul2 dekat ngan tempat kitorg. tu pun setelah diberitau oleh  ke'no ke sapa ke ntah. ooo tak ku peduli ada artis ke sapa ke nak berpiknik. tak heran. ko jgn nak perasan la. aku dok area umah yg penoh artis. tak heran ngan artis mesia. tapi kalu ada nak nengok gak cemana rupa live artis2 ni. tapi secara keseluruhannya memang tak heran ngan artis. sampai waktu balik si artis punya kerabat ni dok sebuk yg si polan tu artis.. tanak tangkap gambo ke.. zarin pun tak heran walaupun dipegang artis tersebut sebab ternyata dirinya lebih popular dari artis tersebut sebab kemana sahaja dia pergi mesti org admire dia. hehe

mak ngan anak dara ku 
mamat berbaju biru itu adalah artis yg dimaksudkan.

menjelang waktu petang dtg la pak arab dua couple mencari port nak berkelah. mula-mula tgk derang ni membako ala.. bbq. pehtu sekali nampak kuar plak sishanya. yg besh tgk derang bersisha. eh pak arab sorg tu bershisha. siap baring-baring sambil menikmati shisha tu. dah lengoh baring ke kanan dia baring ke kiri. dah lenguh baring, duduk bersimpuh. walaupun apa yg dia hisap tu adalah tembakau. bau aromanya adalah lebih nyaman dari bau asap rokok lakiku dan abang iparku. aroma buah masam manis (bau macam beri-beri gitu) menusuk kawasan berkelah itu. lama2 pening... 

dan menjelang lebih petang pulak ada lah sefamily india-muslim datang cari port. dalam banyak2 port boleh plak dia menumpang port bawah pondok chalet kitorg. sebabnya pondok chalet kitorg teramatla strategik. betul-betul tepi air terjun. sungguh kurang asam dan kurang sopan. tak malu suungguh. kot tak buleh ke cari ruang lain yg memang byk kosong. dah la tu. makin lama makin mendominasi ruang bawah pondok chalet tu. meja bawah chalet tu memang dia rembat dahh. sungguh tak semenggah org seperti itu. dan bersungguh-sungguh plak tu mandi kat sungai ngan shampoo, sabun, hai macam-macam...

bapak sedang meniti sungai

secara overallnya.. ish tak mo gi la port situ lagi. baik gi yg selalu tu. tak jaga customer sungguh. bleh plak bagi org lain bertenggek dekat tepi tempat kita. 
not recommended...

No comments: