Wednesday, February 29, 2012

kardio


Kardio – Katalis kepada ‘Fat Burn’

Apa itu kardio (eng. cardio)?
Cardio ialah suatu bentuk senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila sesuatu perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh-tempoh tertentu, pada intensity tertentu.
Apakah contoh-contoh kardio? 
Secara umumnya, apa sahaja jenis senaman yang mampu membuat jantung anda berdegup lebih laju berbanding biasa, dan berpeluh dengan lebih banyak berbanding biasa. Ini termasuklah jogging, berlari, bermain futsal, berenang, skipping dan berbasikal.
Adakah kardio boleh membakar lemak/ ‘Burn Fat‘?
Kardio yang dilakukan melebihi 20 minit (setiap satu sesi) sudah boleh membakar lemak, dengan syarat tiada pengambilan karbohidrat dibuat 4-5 jam sebelum senaman kardio tersebut dilakukan.
Adakah ini bermaksud saya kena berlari/jogging melebihi 20 minit tanpa henti?
Secara praktikalnya, YA. Anda perlu berlari selama 20 minit tanpa henti untuk memastikan badan anda MULA menggunakan lemak badan sebagai sumber alternatif.
gambo pun copy skali. dia nak ikut. nak wat cane...

Lemak badan sebagai sumber alternatif? Boleh huraikan dengan lebih lanjut?

Secara teorinya, badan kita akan menggunakan sumber tenaga berikut (The Hierarchy Scale of Energy), mengikut turutan:
1. MUSCLE GLYCOGEN – glycogen dalam otot, bersedia utk dipakai.
2. LIVER GLYCOGEN – ni sumber glycogen ‘kecemasan’, dipakai apabila ‘Muscle Glycogen’ menjadi rendah.
3. BBA (BLOOD BORNE AMINO ACIDS) – Branched Chain Amino Acids dari protein.
4. FAT – Ini yang kita nak buang.
Badan kita menggunakan sumber-sumber tenaga di atas mengikut turutan, mulai dari 1, sampai lah yang ke-4. Untuk 20 minit pertama, badan akan menggunakan sumber tenaga 1 sehingga 3. Selepas 20 minit, barulah badan mula menggunakan sumber yang ke-4, yakni lemak. Maka secara teorinya, kardio (seperti jogging) yang dilakukan melebihi 20 minit akan menggalakkan pembakaran lemak badan (dengan syarat tanpa mengambil sumber karbohidrat 4-5 jam sebelum kardio, kerana ini akan melambatkan lagi tempoh untuk badan menggunakan sumber yang ke-4).
Setiap petang, kawasan rumah saya akan dilanda hujan. Bolehkah saya menggantikanjogging dengan kardio yang lain? Adakah konsepnya (pembakaran lemak tadi) masih sama?
Ya, anda boleh lakukan kardio yang lain mengikut kesesuaian anda, dan konsep penggunaan sumber tenaganya masih sama, dengan syarat intensitinya adalah selari dengan contoh tadi iaitu jogging. Contoh-contoh kardio yang aku nyatakan tadi secara amnya mempunyai intensiti yang hampir sama dengan jogging.
Katakan saya betul-betul menyampah dengan jogging. Saya tak suka berlari la senang cerita, saya tak reti berenang dan bermain skipping; nak bermain futsal pula tiada ‘kaki’ nak join. En. Susu Sejat ada idea lain?
Cadangan aku? Kita kena bijak ambil kesempatan dan peluang tentang bagaimana badan kita bekerja disamping sumber tenaga yang digunakan (The Hierarchy Scale of Energy). Cara yang paling biasa kita dengar dari PT bertauliah di luar sana, lakukan weight training untuk 20 minit yang pertama, diikuti dengan 10-15 minit kardio. Untuk 20 minit yang pertama, menerusi weight training, otot kita akan bekerja sedaya upaya untuk ‘menghabiskan’ 3 sumber tenaga yang pertama dalam The Hierarchy Scale of Energy, dan apabila kita mulakan kardio selepas itu, pastinya badan kita sudah tiada pilihan sumber tenaga lain melainkan lemak (fat). Dan oleh yang demikian, dengan hanya berlari selama 10-15 minit sudah boleh membakar lemak dengan banyak.
Tapi buat mereka yang betul-betul ingin menjaga stamina, nak atau tak nak, berjogginglah, atau lakukan kedua-duanya, selang-seli pada hari yang berbeza.

Monday, February 27, 2012

ten detox food


Water is imperative during Detox

Drink over 10 large glasses of water every day

Broccoli is an amazing Detox Food

Broccoli contains the phytonutrient glucoraphanin which is converted into sulforaphane in the body. Scientists have fiound that sulforaphane boosts the livers detoxification enzymes helping to clear potentially substances that be cancerous.

Lemons are an amazing Detox Food

Lemon juice detoxifies and cleanses the digestive tract and balances pH

Cilantro is an amazing Detox Food

Cilantro can detoxify and reduce mercury levels.

Prunes are an amazing Detox Food

Prunes help cleanse and detoxify the digestive system and helps prevent constipation.

Garlic and Onions are extremely important detox foods

Garlic and onions stimulate the liver in producing detoxification enzymes that help filter out toxic residues in the digestive system.

Green Tea for Detoxification

Packed full of antioxidants, green tea not only washes toxins out of the system through its liquid content, but also contains a special type of antioxidant called catechins, known to increase liver function.

Seeds and Nuts to aid Detox

Incorporate more of the easily digestible seeds and nuts into your diet. This include flaxseed, pumpkin seeds, almonds, walnuts, hemp seeds, sesame seeds, chia seeds, Siberian cedar nuts and sunflower seeds. While detoxing, avoid nut butters.

Omega-3 Oils to detoxify

Use  avocado, virgin olive oils or flax seed oil while detoxing. This will help lubricate the intestinal walls, allowing the toxins to be absorbed by the oil, and eliminated by the body.

Artichoke helps Detox

Artichoke increases bile production and purifies and protects the liver and has a diuretic effect on the kidneys.

artichoke

bawang?

kobis

sayur-sayuran hijau

fresh food

bawang putih and halia

green tea

air lemon

pegaga pun?

whole meal bread

Thursday, February 23, 2012

antara itu ini dan inu

apa gunanya ada anak buah kalau anak buah itu tinggalkan mengambil buah tapi tak bersihkan sisa kulit, biji, dan tangkainya.
time sebuk cenggini dia boleh plak masuk gi kursus seminggu. kursus yg tiada kaitan ngan portal.
your job title is menolong saya.ni saya plak yg kena menolong dia menolong saya. kejra sendiri tergendala. sebab sebuk menguruskan kerja yg sepatutnya dia tolong saya.
ni kerja saya. design mendesign dan ubah suai. ni tak perlu bantu sebab kalau bantu menambah kerencatan di bahagian idea. sekiranya ada idea saya akan serahkan bulat-bulat kerja tersebut kat org memberi idea tersebut. 

dan esok dah pasti kena komen sebab design macam tadika. kalerful. bos veri particular, very strict, veri cerewet. tapi bagus dapat bos ceni. tapi bos lagi satu plak suka merendahkan kebolehan orang. mindset tu kata kalau dari awal anggap org tu tak bagus, selamanya dia masih beranggapan org tu tak bagus. tu challenging. how to open the mind of orang anggap tak bagus. tapi yg lebih challenging how to become bagus dan diangkat bagus oleh orang yg anggap tak bagus. how? 
pergi gim pun direndah-rendahkan semangat.. 
ish.. tak baik berburuk sangka. mungkin dia tak berniat begitu. mungkin ....

yg ni kerja saya juga tapi yg ni boleh dibantu. tapi cemana nak suruh org bantu. kalau yg patut bantu itu mengharapkan tangan yg lagi satu tu bantu. 

ishh... berburuk sangka lagi.. tak baik ye. 


Tuesday, February 21, 2012

hidup ini hanya pinjaman

teringat kisah tauladan yg ustaz cerita pagi semalam kat radio ikim.
kisah ini berkenaan dengan seorang ini yang mana dirinya itu tak berduit, sampai hari2 bergaduh ngan bininya berkenaan dengan duit..
pada satu hari si suami balik dari opis. lalu terjumpa sekeping syilling yang buruk. yang sangat buruk sudahlah buruk, lama dan tak boleh pakai plak tu. 'alhamdulillah, walaupun buruk, mungkin yg buruk itu bernilai.' lalu si suami pergi ke bank, cadangnya untuk menukar syilling itu. orang bank kata,  'encek, syilling ni dah tak laku, apa kata encek pergi kedai antik atau  cari je pengumpul wang lama, jual kat depa. tak pun susah sangat gi jual je kat ebay'.
lalu encek suami tu kebetulan ada contact plak ngan pengumpul wang lama. orang tu sungguh seronok sebab encek suami tu ada wang lama lalu menawarkan untuk membeli wang tersebut dengan harga RM30. si suami tak cakap banyak. rm30 tu rezeki. boleh je la. rezeki terpijak ni. so dia ambil la duit RM30 tu.
on the way balik, si suami teringatla kat isteri yang selalu mengadu takde tempat simpan barang, takde lemari. 'tak dapat IKEA, kedai perabot courts pun jadiler, kalau takdapat courts, kedai perabot biasa pun boleh bang. comot rumah kita baju bersepah...'
so si suami pun gi la kedai papan, untuk membeli papan untuk dibuat lemari. iyelah.. rm30 tak cukup nak beli lemari. jadi dia nak buat sendiri lah... seb baik dulu ada belajar bertukang masa kat sekolah dulu. kebetulan kat kedai papan ada plak ada jual kayu bermutu dengan harga diskaun. jadi si suami pun beli...
masa dia bawak papan tu, dia lalu pulak depan kedai perabot. perabot biasa-biasa ni... tokey kedai perabot plak nampak. dan dia tegur, 'eh.. lu jual itu papan kaa, itu papan banyak cantik, berapa u mau jual? seratus boleh kaa? lalu si suami pun kata ' eh, tak saya ingat nak buat lemari ni.' tokei tu plak kata ' u jual la sama saya, saya kasi u lemari kedai  ni satu'. si suami pun menjual la papan tersebut, dan dia dapat seratus cash beserta dengan lemari satu.
on the balik, tgh dia carry lemari tu, ada la seorang desperate housewife yg tersangka si suami ni adalah penjual lemari yg ala-ala indon jual perabot jati tu kat area rumah tu. dia tgk lemari tu cantek banget,  lalu si desperate housewife tu panggil la, 'wak, wak, saya mahu beli lemari tu. mari la sini'. sisuami yg tgh penat pikul lemari tu pun datang le ke rumah singgah kejap. 'berapa wak mau jual? RM300 bleh tak?' si suami fikir ' wah... ni rezeki ni.. alhamdulillah', dia pun jual la lemari tu kat desperate housewife.
jadi one the way balik ke rumah, membawa cash sebanyak RM400 dan tgh senang lenang ala-ala ucop yg menyanyi lagu happy birthday tepi sawah, malang tak berbau si suami dirompak oleh pencopet. dan RM400 habis begitu sahaja di rompak perompak durjana itu. alhamdulillah si suami tak diapa-apakan... dan dia pun pulang dengan tangan kosong.
puan isteri pun bertanyakan si suami.
isteri: 'kenapa bang, balik lambat harini? jalan jem ke? kan abang tade keta.  pot pet pot pet pot pet... bla bla bla'...
suami: 'abang kena rompak la..'
isteri: 'huh? org rompak apa dari abang? kan abang tade duit? '
suami: 'takde ada apa la yang... orang rompak duit syiling buruk yg abang jumpe on the way balik tadi'.
isteri: ???????

bunyinya cerita ini macam alasan ntah pape je si lakinya balik lambat. tapi pengajarannya disini,
1. ianya adalah satu anekdot yang apa sahaja yang kita perolehi sebenarnya bukan milik kita. ianya hanya dipinjamkan kepada kita.
2. kita jangan kecewa terhadap kehilangan sebab ia bukan milik kita pun.
3. setinggi mana pun kita berada satu hari kita akan ke bawah jua.
4. sepatutnya kita bersederhana. dah ada sikit, kena hargailah yg sikit tu. ni tak. tamak je nak banyak lagi. tapi iyelah rejeki jgn ditolak.
5. rezeki ada dimana-mana, hendak tak hendak mencarinya sahaja,

sekian cerita di pagi ini. cerita ini di telah diubah suai dan ditokok tambah mengikut sesedap rasa saya.
untuk pedoman di masa hadapan.

Monday, February 20, 2012

pemeriksaan kesehatan dan fitness first

last friday ada program pemeriksaan kesehatan kat opis. sapa yg nak kena pereksa kena posa la mlm tu. so i posa. udahle petang khamis itu kepeningan yg melampau. dah tido baru hilang peneng. sikit. bangun tido pun ada rasa penen gak. pagi jumaat pose lagi le penen. dah pereksa.. huhu makan macam lapo banget.
tapi nak cerita resultnya. i am obese type 1! ohohoho resultnya BMI adalah 31. obese. obese. obese.
obese adalah lebih dari overweight. obese adalah beso. tapi rate untuk obese adalah 31>. so i'm tergolong dalam golongan baru nak obese. tapi teroklahhhh..... my weight is 87kg masa timbang tu. masa timbang kat klinik dr marlik tu 86. tu masa mengandung tak jadi. ni makin naik kan kan kan...
my cholestrol 4.1
hb pressure 115/65. rendah gak.
so program kesehatan ini peserta akan diberikan paedometer. hehehe.. syok la paedometer ni. dia kira berapa pergerakan kita dalam sehari. suatu tools yang baik untuk menurunkan berat badan. i've become obsess with this thing.  kalau beli miss neoh kata hundred over harganya. pakai kat android, guna noom free aje. tapi takkan nak selit hp kat tepi pinggang ni sepanjang masa ye tak.. syok tgk berapa banyak yg kita dah gerak. weekend haritu so far so good. 7000 over.harini je yg macam slow sikit. duduk kat opis takde buat apa. kalau kat rumah tu ada je aktiviti untuk menggerakkan badan. ni dah le duduk je. pehtu makan je..
ok untuk program kesehatan ni lagi, peserta kena merekodkan senarai bende alah yg kita makan. yg buruk, baik, tak elok, sume kena kabokan.
peserta have to rekod aktiviti and catat makan selama seminggu. then they'll advise what u shud do. 3 bulan lagi nanti derang akan check balik. o yea. we have to return back this paedometer. sob! sob! i'm sad to depart wit u.
i did ask the dr about pening. she said whether low blood pressure, kurang air, atau ada sakit lain. there! i suspek.. kurang air. sebab semalamnya pulun exercise and masuk sauna more than 5 minutes. dehydration.. seb baik tak pengsan!.
then tghr gi plak fitness first.
yg ni pulak check habis komposisi dalam badan


let me highlight.
my weight: 87.8kg
fat : 43.7%
fat mass 38.4kg - kena kurangkan 12kg. 
muscle mass: 46.2kg - dia kata dah ok
tbw: 38.9kg - berat air
tbw%: 44.3%
bone mass: 3.2kg
bmr: 6594kj
cal yg diperlukan: 1576kcal
metabolic age 59
bmi ideal 60.6kg
degree of obesity: 44.9% - what????

desirable range
fat: 21.0 - 34.9%
fat mass 13.1-26.5kg..

dia kata fat mass kena kurangkan sebanyak 12 kg. funny. 12 kg tulah yg i wish to get rid of. that fella oso tell ideal time to lose weight for 12 kg is 6-9 month. funny! i want to get rid of this thing in 3 months! tapi bolehkah?
suka buat-buat terkejut kan diri ini semakin gemuk. padahal sendiri yang melakukan. 
metabolic age is 59. tu dia!! tuanya aku. tu dia kira berdasarkan fat mass dalam badan. have to get rid of this  lemak degil. have to. have to. have to!
Setelah menganalyze komposisi badan tu. they let me try  lari 10 mins atas fitness first treadmill.
tulah first time berexercise di gym berbayar. dan minum percuma. dan mandi pakai sampoo dan sabun yang telah diberikan. dan menggunakan lockernyer.
special kah rasanya? tidak. sama je.
i've made my decision. stick to free gym at the opis.
lagipun tak payahla nak bersusah payah mengejar time, parking lagi, biarlah i let go keistimewaan menggunakan gym, personal coach dan equipment yg hebat. yg penting.. diri sendiri mengeluarkan peluh dan membakar lemak- lemak degil di badan ini.

Wednesday, February 15, 2012

gym berbayar atau gym percuma

antara gym berbayar dan gym percuma.
gym berbayar
ada coach
ada equipment yg bes
ada kelas dia
kena bayar
ada ke masa
tak cukup masa...

gym free
dekat opis
equipment biasa je.
berebut nak exercise.. last-last naik beskal je.
masa sentiasa ada
lebih better dari treadmill manual kat rumah
dia free....

berbaloi ke?
time consuming tu....

kalori saya

tipss "Jangan sesekali berlapar kerana apabila berlapar, badan sehabis boleh akan cuba mengelak untuk turun berat badan berikutan kurangnya sumber input (makanan), dengan merendahkan kadar metabolisma supaya badan tidak terus susut"


ref: sususejat.com

Tuesday, February 14, 2012

lovey dovey

release jap...

Ngapekah

Ngapekah berat badan bertambah?
Walhal ke jim tiap2 hari kerje.
Tapi makan tak jaga.
Padanla makin naik. Yg aku kerjekan itu bukan utk turunkan berat tapi memaintain.. Unless aku workout longer and eat wiser..
Tapi hati ini teringinkan utk makan dan makan dan makan...

Monday, February 13, 2012

hidup ini..

bapak,
sorang-sorang pergi meninggalkan bapak.kesian bapak. sedih bapak. bila sorang-sorang pergi meninggalkan dan menemui yang maha Esa, kita tau yg kita dah lama hidup dan tunggu time juga untuk dijemput kembali bersamanya. kesian bapak. besfren pun ramai yang dah meninggal. last thursday, 9th february. makcik ram meninggal. makcik ram adik bapak. yang bawah bapak selepas arwah pak njang. tua tak tua, muda tak muda makcik ni.
makcik ram,
ku membesar bersama anakmu. anak2mu menjadi besfren tatkala masih kecil dan remaja. anak2mu menjadi teman bermain, teman beronggeng time cuti skolah. rumahmu menjadi tempat ku bermain, melepak. aku turut bersama-sama masa pindah ke rumah no 8 di bukit meru, anak2mu menjadi rujukan dan juga teman ketika susah dan boring. anak2mu juga mengajarku menyerong dari jalan biasa ke jalan bengkok dengan kemahuan sendiri. tapi semua tu masa kecik. dan beso masing-masing ngan hal masing2. tak rapat dah. dah tak serapat dulu. tau hal masing2 dari fesbuk aje. teruknya aku yg tak memelihara silaturahim. aku je ke yg teruk? kita semua lah!! masing2 tak amik tau hal masing2...
makcik ram,
kisah-kisah dahulu sering menggamit perasaan. dari dulu lagi aku dah disajikan dengan kisah familymu yg agak kedekut berbelanje. masa nak bayo makan, nak pi check keta la.. bla bla bla... tapi tak mengapa.. itu adalah unsur-unsur humor yg kita ketawakan dan amik pelajaran dan pengajaran. janganla terlalu kedekut dan takut untuk berbelanja. especially yang dibelanjekan adalah family sendiri. dan tak semestinya sebab family sendiri kita aje yang kena kuarkan duit. rezeki insyaAllah sentiasa ada dan sekiranya kita bersifat murah hati.. Allah akan bagi lebih lagi. tapi jgnla sampai keterlaluan. mungkin kita bergaji sikit berbanding adik beradik kita. tapi sekiranya yg gaji sikit itu belanje alangkah bahagianya orang yang dibelanjakan itu. dan janganlah sampai mengambil hak orang lain. tak baik. tapi yg telah mengambil, kita halalkan aje. yg tak elok ambik pedoman..
makcik ram,
kau tinggalkan dunia ini kerana kanser.
kanser. yang banyak meragut nyawa family bapak. so kita yg masih bernyawa ini haruslah mengambil langkah preventive untuk mengelakkan kanser. semak. prevent. amik insuran (belum mampu nak bayo monthly.. byk sgt hutangnya)
makcik ram.. kematianmu membuatkan ku lebih menghargai parentsku. dan org2 tua yg masih tinggal. ya allah. tempatkanla makcik ram di kalangan orang yang beriman. kau letakkan ibubapa ku juga ditempat orang yang beriman, dan orang yang baik-baik disyurgamu. jauhkanlah mereka dari seksa neraka.
alfatihah....

Wednesday, February 8, 2012

afiq dan zarin

derang berdua tak pergi ke taska harini. sebab adek demam. kalau adek demam pakej abang pun tak pergi taska sekali sebab tu memang pakej. kalau abang demam adek kena pergi jugak ke taska.
kalau ikut AI logik memang tak lojik.
adek demam: abg tak pergi + adek tak pergi
abang demam/sakit/ bla bla bla: abg tak pergi + adek pergi.
conclusion: abang memang tak pergi dalam sapa punya situasi demam.
sungguh manja abang nih.
adek dah demam sejak hari second last kat jakarta/bandung. masa tu hidung dia dah setat berair.. disusuli dengan hangatnya badan. malangnya panadol syrup sudah habih masa hari last tu. hari last jugak yg badannya setat panas.
uhh besnya shopping di bandung.
i bought telekung, tudung, baju budak, seluar budak, seluar 2 helai, beg, henbeg(uuuuu syoknyer) ada 3 henbeg. satu jenama b&w? jenama apa tu? tak kesahla janji cantik. keda pun dapat se. bapak yg bayo(utk keda) la. mine i pay by my self. jenama hermes, and last sekali 50,000 ribu rupiah beg jimmy choo yang agak cantik juge. pehtu beli swimsuit muslimah, swimsuit abang dan adek,
baju? beli baju ke? tak pun. sebab tak berapa menarik dan tak berapa berkenan.
sebenarnya pergi shopping kat sana agak stress juge.


  1. got paparazi yg menjual keychain, tshirt and suviner things yg asyik mengejar aje. 


  2. cenila lebih kurang paparazi tu. sama je. gambo dari pic org lain. not from my cam

  3. time limited: bila berjalan sekumpulan jadi masa yang ada agak terhad. tapi bila jalan yang dibagi masa yang agak panjang juga menjadi terhad kerana lain orang lain kehendak. berjalan ngan mak, apak, husband, afiq dan zarin. nak bergerak kena sekali. tak bleh lelama. bapak bising.. huhu.. have to datang bandung again khusus untuk shopping ajer...
  4. kerenah anak2. afiq.. aduhhh fail! afiq penat, afiq nak itu, afiq nak ini, afiq nak beli apa ni?? afiq nak minum, afiq nak ngan mama, afiq nak pegang mama, zarin plak.. nen, nen, nen, tanak kat baba, tanak kat atok, duduk ngan mama je. 
  5. perjalanan yang panjang... rehat kurang. tulah have to arrange datang bandung tuk shopping je kat pasar baru tu.
  6. letih bawak budak jer sebenarnya. me have to carry 11kg baby EVERYTIME!!!. stroller ada pun tak pakai sgt. buat letih bawak stroller je. org dah cakap dah tapi cakap org tua jangan bantah. me not stroller fancy sangat because i'm a baby wearing mom. prefer to wear my baby than push my baby away. tapi kalau dah ada facilities, kenapa tak dipakai je. simpan je kat bas. encek darling pun tak fancy sangat nak guna stroller. rasanya stroller kitorang tu buruk kerana habuk je kot and makan dek hari. bukan kerana buruk sebab guna. 
  7. siang je mesti masakan minang. seafood pun rasa masakan minang. sekali sekala masakan sunda. ala macamla kat kat ni.. asyik2 masakan mamak/thai. 

but overall memang seronok pergi bercuti oversea ni. banyak pengajaran boleh diambil bila kita dinegeri orang.

  1. umat islam di jakarta ramai. semuanya bersatu dan bergabung dan berkumpul dekat dataran monumen kemerdekaan masa maulidur rasul ahad lepas. memang ramai. amat ramai. lautan manusia berkumpul semata2 memperingati hari kelahiran nabi muhammad.
  2. they work hard. they got will to do work for living. rajin berusaha. tak putus-putus semangat nak meniaga terutama kat pelacong yang lemah semangat, tebal duit poket dek kerana duit rupiah. sebuk mengejar semata-mata rezeki. derang ramai competitors tapi sapa rajin dan terer mengayat untungnya lumayan. dah dua tempat pergi ada pemuzik jalanan. yg menjaja suara untuk rezeki. haritu masa pergi batam pemuzik jalanan sekadar masuk restoren je. yg pergi kalini, extrem terus panjat bas bersama-sama kat depan pasar baru tu sampai la ke restoren dia nyanyi. selamba dia je. suara boleh tahan sedap gak. kalau masuk af ke(eh tapi af dah tade) mentol ke, bintang arti-em tu agak2 boleh gamaknya dia masuk final. 
  3. tandas: majority tempat yg pergi tu tandasnya boleh tahan la. 
i'm impress with:

  1. tangkupan perahu and its legend with dayang sumbi, sangkuriang
  2. indonesian drivers: sabar, cekap, dan bertolak ansur. jalan bukan main sempit selamba je lalu. cekap bila keadaan sempit selambe je jugak dia jalan/mundur/parking. bertolak ansur.. give ways when others want to lalu. (tapi tak begitu keadaan bila kat pasar.. tak berloak ansur.. org lain diolak-tolaknya...sungguh kurang sopan), jem pun sabar je..
  3. factory outlet. banyaknya!!!!! baju pun okay kualitinya. patut la ramai org gi sini shopping baju raya. tapi saiz utk org badan besar tak berapa ada.
  4. jus apokat. actually ni minuman wajib order for me apabila berada di indonesia. air lain suma ada kat mesia..
  5. bunda. the salesperson calls me bunda. sebab carry zarin. sedapnya dia panggil bunda. lembut je bunyinya. 
not impress with:

  1. macet!!! macet tu jem. asyik jem je. keta banyak sangat. nak lintas aduhhh takutnya. tapi bila dah lintas actually ok je
  2. org jual air kat dalam pasar baru bandung. teruknya. kejar org paksa org suruh beli. siap bagi kat afiq air tin milo. (bagi dulu... nanti mama bayar..uhhh banyak cantek) seb baik memang bawak bekal air milo kat afiq.


Blogging from meeting room

Sungguh sebuk oh sebuk...
Nak design.. Redrsign.. Nak redesign.. Redesign. Hohoho.. Bila nak start buat keje asik meeting jerrrr. tapi bila tak meeting asyik sebuj cari 'ilham' je. hihihi