Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Wednesday, January 15, 2014

And the reason is, because Allah said so

Ya Allah.
betapa aku nak tulis just to remind me of how teruk, how bad, how nasty the things is during baby first year but somehow asyik tertangguh sahaja kerana...
Allah tak mau kita men'deny'kan rezeki yg dia telah bagi, akan bagi dan mungkin bagi lagi. Rezeki anak.
Allah tak mau kita mempengaruhi org lain betapa susahnya tatkala mengharungi waktu confinement, menyusu, Allah tak mau kerana tulisan ini adalah global, boleh dicari, digoogle dan sedikit sebanyak akan mempengaruhi pengecut-pengecut yang tak mahukan anak.
Allah tak suka kita berkata buruk mengenai pemberianNya dan bagaimana kita nak handle.
Ya Allah, ampunilah dosa ku.
sesungguhnya tidak ada sesuatu yg indah melainkan seindah ciptaanmu. (THIS one i get masa dr gigi tengah pasang crowning kat gigi- cantik cemana pun gigi itu ianya tetap palsu dan akan buruk tak lama lagi, lebih indah yg telah Allah create masa dulu)
Ya Allah, indah sungguh saat melahirkan Najihah, saat keluarnya Najihah, saat Menyusukan Najihah, Najihah yg comel. Najihah yang baik.
Ya Allah, tak baik sungguh aku berfikir tak mau ada anak lagi selepas Najihah hanya kerana berbagai alasan yang ntah pape. rezeki itu datang dari mu. Sampai saat dan masa taulah nanti bagaimana nak handle. setiap anak berbeza.
Ya. Tahun ni aku akan jadi 37, agak berumur, aku berharap tidak mengandung lagi, cukuplah setakat ini,
ye.. yuran sekolah tinggi.
ye.. yuran taska naik
ye.. harga barang naik
ye.. mak pun dah berumur, sakit sana sini.
ye.. nak gi kedai ada budak kecik susah nak handle.

tapi.. Allah kan ada. dia yg akan menyenangkan kita. jangan risau mengenai rezeki. Allah ada,
jangan risau mengani hal2 tak berkaitan. tukar niat. melakukan apa sahaja semuanya kerana Allah.

ya Allah ya rahman ya rahim, yg maha pengasih dan maha penyayang.. Allah ya Allah, lindungilah kami semua dari kesusahan, permudahkanlah ya Allah..



Wednesday, January 30, 2013

pesan ustaz - soal hati

kalau berniat utk melakukan perkara buruk jangan cakap kuat-kuat, kerana syaitan mendengar dan akan berusaha menggoda melakukan perkara tersebut.

kalau berniat utk melakukan perkara baik pula sebaik-baiknya sebutkan dan beritau kuat-kuat.
semoga niat itu akan menjadi.

soal hati hanya Allah yang mengetahui. syaitan tak tahu apa yg terbenak di hati. setelah disebut baru dia tahu.
jadi kalau terasa nak buat jahat, segeralah betulkan niat.

berfikirlah menggunakan hati. sebab berfikir menggunakan otak sahaja tidak disertakan dengan hati yang bersih tidak membawa maksud apa-apa. cerdik sahaja tapi hati tak baik mendorong kita untuk melakukan perkara yang tidak baik.

afiq dan zarin, mama akan berusaha tidak akan mengotorkan hati korang yang bersih suci ini supaya anak-anak mama bijak dengan hati yang bersih. ya. budak-budak ini semua sama bijak. pembawakan dan didikan kita yang menentukan dia menjadi lebih bijak dan sekadar bijak sahaja.




Monday, February 13, 2012

hidup ini..

bapak,
sorang-sorang pergi meninggalkan bapak.kesian bapak. sedih bapak. bila sorang-sorang pergi meninggalkan dan menemui yang maha Esa, kita tau yg kita dah lama hidup dan tunggu time juga untuk dijemput kembali bersamanya. kesian bapak. besfren pun ramai yang dah meninggal. last thursday, 9th february. makcik ram meninggal. makcik ram adik bapak. yang bawah bapak selepas arwah pak njang. tua tak tua, muda tak muda makcik ni.
makcik ram,
ku membesar bersama anakmu. anak2mu menjadi besfren tatkala masih kecil dan remaja. anak2mu menjadi teman bermain, teman beronggeng time cuti skolah. rumahmu menjadi tempat ku bermain, melepak. aku turut bersama-sama masa pindah ke rumah no 8 di bukit meru, anak2mu menjadi rujukan dan juga teman ketika susah dan boring. anak2mu juga mengajarku menyerong dari jalan biasa ke jalan bengkok dengan kemahuan sendiri. tapi semua tu masa kecik. dan beso masing-masing ngan hal masing2. tak rapat dah. dah tak serapat dulu. tau hal masing2 dari fesbuk aje. teruknya aku yg tak memelihara silaturahim. aku je ke yg teruk? kita semua lah!! masing2 tak amik tau hal masing2...
makcik ram,
kisah-kisah dahulu sering menggamit perasaan. dari dulu lagi aku dah disajikan dengan kisah familymu yg agak kedekut berbelanje. masa nak bayo makan, nak pi check keta la.. bla bla bla... tapi tak mengapa.. itu adalah unsur-unsur humor yg kita ketawakan dan amik pelajaran dan pengajaran. janganla terlalu kedekut dan takut untuk berbelanja. especially yang dibelanjekan adalah family sendiri. dan tak semestinya sebab family sendiri kita aje yang kena kuarkan duit. rezeki insyaAllah sentiasa ada dan sekiranya kita bersifat murah hati.. Allah akan bagi lebih lagi. tapi jgnla sampai keterlaluan. mungkin kita bergaji sikit berbanding adik beradik kita. tapi sekiranya yg gaji sikit itu belanje alangkah bahagianya orang yang dibelanjakan itu. dan janganlah sampai mengambil hak orang lain. tak baik. tapi yg telah mengambil, kita halalkan aje. yg tak elok ambik pedoman..
makcik ram,
kau tinggalkan dunia ini kerana kanser.
kanser. yang banyak meragut nyawa family bapak. so kita yg masih bernyawa ini haruslah mengambil langkah preventive untuk mengelakkan kanser. semak. prevent. amik insuran (belum mampu nak bayo monthly.. byk sgt hutangnya)
makcik ram.. kematianmu membuatkan ku lebih menghargai parentsku. dan org2 tua yg masih tinggal. ya allah. tempatkanla makcik ram di kalangan orang yang beriman. kau letakkan ibubapa ku juga ditempat orang yang beriman, dan orang yang baik-baik disyurgamu. jauhkanlah mereka dari seksa neraka.
alfatihah....