bapak,
sorang-sorang pergi meninggalkan bapak.kesian bapak. sedih bapak. bila sorang-sorang pergi meninggalkan dan menemui yang maha Esa, kita tau yg kita dah lama hidup dan tunggu time juga untuk dijemput kembali bersamanya. kesian bapak. besfren pun ramai yang dah meninggal. last thursday, 9th february. makcik ram meninggal. makcik ram adik bapak. yang bawah bapak selepas arwah pak njang. tua tak tua, muda tak muda makcik ni.
makcik ram,
ku membesar bersama anakmu. anak2mu menjadi besfren tatkala masih kecil dan remaja. anak2mu menjadi teman bermain, teman beronggeng time cuti skolah. rumahmu menjadi tempat ku bermain, melepak. aku turut bersama-sama masa pindah ke rumah no 8 di bukit meru, anak2mu menjadi rujukan dan juga teman ketika susah dan boring. anak2mu juga mengajarku menyerong dari jalan biasa ke jalan bengkok dengan kemahuan sendiri. tapi semua tu masa kecik. dan beso masing-masing ngan hal masing2. tak rapat dah. dah tak serapat dulu. tau hal masing2 dari fesbuk aje. teruknya aku yg tak memelihara silaturahim. aku je ke yg teruk? kita semua lah!! masing2 tak amik tau hal masing2...
makcik ram,
kisah-kisah dahulu sering menggamit perasaan. dari dulu lagi aku dah disajikan dengan kisah familymu yg agak kedekut berbelanje. masa nak bayo makan, nak pi check keta la.. bla bla bla... tapi tak mengapa.. itu adalah unsur-unsur humor yg kita ketawakan dan amik pelajaran dan pengajaran. janganla terlalu kedekut dan takut untuk berbelanja. especially yang dibelanjekan adalah family sendiri. dan tak semestinya sebab family sendiri kita aje yang kena kuarkan duit. rezeki insyaAllah sentiasa ada dan sekiranya kita bersifat murah hati.. Allah akan bagi lebih lagi. tapi jgnla sampai keterlaluan. mungkin kita bergaji sikit berbanding adik beradik kita. tapi sekiranya yg gaji sikit itu belanje alangkah bahagianya orang yang dibelanjakan itu. dan janganlah sampai mengambil hak orang lain. tak baik. tapi yg telah mengambil, kita halalkan aje. yg tak elok ambik pedoman..
makcik ram,
kau tinggalkan dunia ini kerana kanser.
kanser. yang banyak meragut nyawa family bapak. so kita yg masih bernyawa ini haruslah mengambil langkah preventive untuk mengelakkan kanser. semak. prevent. amik insuran (belum mampu nak bayo monthly.. byk sgt hutangnya)
makcik ram.. kematianmu membuatkan ku lebih menghargai parentsku. dan org2 tua yg masih tinggal. ya allah. tempatkanla makcik ram di kalangan orang yang beriman. kau letakkan ibubapa ku juga ditempat orang yang beriman, dan orang yang baik-baik disyurgamu. jauhkanlah mereka dari seksa neraka.
alfatihah....
No comments:
Post a Comment