teringat kisah tauladan yg ustaz cerita pagi semalam kat radio ikim.
kisah ini berkenaan dengan seorang ini yang mana dirinya itu tak berduit, sampai hari2 bergaduh ngan bininya berkenaan dengan duit..
pada satu hari si suami balik dari opis. lalu terjumpa sekeping syilling yang buruk. yang sangat buruk sudahlah buruk, lama dan tak boleh pakai plak tu. 'alhamdulillah, walaupun buruk, mungkin yg buruk itu bernilai.' lalu si suami pergi ke bank, cadangnya untuk menukar syilling itu. orang bank kata, 'encek, syilling ni dah tak laku, apa kata encek pergi kedai antik atau cari je pengumpul wang lama, jual kat depa. tak pun susah sangat gi jual je kat ebay'.
lalu encek suami tu kebetulan ada contact plak ngan pengumpul wang lama. orang tu sungguh seronok sebab encek suami tu ada wang lama lalu menawarkan untuk membeli wang tersebut dengan harga RM30. si suami tak cakap banyak. rm30 tu rezeki. boleh je la. rezeki terpijak ni. so dia ambil la duit RM30 tu.
on the way balik, si suami teringatla kat isteri yang selalu mengadu takde tempat simpan barang, takde lemari. 'tak dapat IKEA, kedai perabot courts pun jadiler, kalau takdapat courts, kedai perabot biasa pun boleh bang. comot rumah kita baju bersepah...'
so si suami pun gi la kedai papan, untuk membeli papan untuk dibuat lemari. iyelah.. rm30 tak cukup nak beli lemari. jadi dia nak buat sendiri lah... seb baik dulu ada belajar bertukang masa kat sekolah dulu. kebetulan kat kedai papan ada plak ada jual kayu bermutu dengan harga diskaun. jadi si suami pun beli...
masa dia bawak papan tu, dia lalu pulak depan kedai perabot. perabot biasa-biasa ni... tokey kedai perabot plak nampak. dan dia tegur, 'eh.. lu jual itu papan kaa, itu papan banyak cantik, berapa u mau jual? seratus boleh kaa? lalu si suami pun kata ' eh, tak saya ingat nak buat lemari ni.' tokei tu plak kata ' u jual la sama saya, saya kasi u lemari kedai ni satu'. si suami pun menjual la papan tersebut, dan dia dapat seratus cash beserta dengan lemari satu.
on the balik, tgh dia carry lemari tu, ada la seorang desperate housewife yg tersangka si suami ni adalah penjual lemari yg ala-ala indon jual perabot jati tu kat area rumah tu. dia tgk lemari tu cantek banget, lalu si desperate housewife tu panggil la, 'wak, wak, saya mahu beli lemari tu. mari la sini'. sisuami yg tgh penat pikul lemari tu pun datang le ke rumah singgah kejap. 'berapa wak mau jual? RM300 bleh tak?' si suami fikir ' wah... ni rezeki ni.. alhamdulillah', dia pun jual la lemari tu kat desperate housewife.
jadi one the way balik ke rumah, membawa cash sebanyak RM400 dan tgh senang lenang ala-ala ucop yg menyanyi lagu happy birthday tepi sawah, malang tak berbau si suami dirompak oleh pencopet. dan RM400 habis begitu sahaja di rompak perompak durjana itu. alhamdulillah si suami tak diapa-apakan... dan dia pun pulang dengan tangan kosong.
puan isteri pun bertanyakan si suami.
isteri: 'kenapa bang, balik lambat harini? jalan jem ke? kan abang tade keta. pot pet pot pet pot pet... bla bla bla'...
suami: 'abang kena rompak la..'
isteri: 'huh? org rompak apa dari abang? kan abang tade duit? '
suami: 'takde ada apa la yang... orang rompak duit syiling buruk yg abang jumpe on the way balik tadi'.
isteri: ???????
bunyinya cerita ini macam alasan ntah pape je si lakinya balik lambat. tapi pengajarannya disini,
1. ianya adalah satu anekdot yang apa sahaja yang kita perolehi sebenarnya bukan milik kita. ianya hanya dipinjamkan kepada kita.
2. kita jangan kecewa terhadap kehilangan sebab ia bukan milik kita pun.
3. setinggi mana pun kita berada satu hari kita akan ke bawah jua.
4. sepatutnya kita bersederhana. dah ada sikit, kena hargailah yg sikit tu. ni tak. tamak je nak banyak lagi. tapi iyelah rejeki jgn ditolak.
5. rezeki ada dimana-mana, hendak tak hendak mencarinya sahaja,
sekian cerita di pagi ini. cerita ini di telah diubah suai dan ditokok tambah mengikut sesedap rasa saya.
untuk pedoman di masa hadapan.
1 comment:
Saya suka cerita ni
Post a Comment