Showing posts with label bapak. Show all posts
Showing posts with label bapak. Show all posts

Friday, April 27, 2012

bapak operate dan lain lain

Friday the 13...


 friday the 13 is the date. bapak buat bypass operation. pagi2 we all adek beradek buleh jumpe dia dulu sebelum masuk operation. jadi nilah hasilnya. menangkap gambo saje. bapak dimasukkan ke bilik OT kul 8.45am. 

original member of our family.
(macam kumpulan muzik reunion plak.. ayat original member)

sehingga line merah sahaja ye..

lepas habis je bapak masuk kat OT, kami semua bawak mak makan. or more precisely mak yg bawak kitorg makan. -sebab mak yg paling biasa kat situ. hihi. then balik rumah.. dtg semula tghr.
masa menunggu bapak di OT adalah sesuatu yang sungguh stress. tambah bila menunggu kat ruangan menunggu org operate tuh. aura tension dan aura sedih org2 menunggu kat situ adalah sesuatu combination yang i cannot accept. of cos as umat islam have to berserah dan berdoa agar pembedahan tu berjaya. but as human being we dont want to add more tension to the situation. seb baik luar icu ada juga tempat duduk. duduk je kat situ. dekat sikit ngan pintu masuk.
right after operation
near 2.45 guard panggil. 'ahli keluarga zubir yahya'.. me and mak terus je masuk tgk.  bila masuk tu terpinga-pinga nak tuju ke arah yg mana. tanya kat nurse. bleh dia bawak gi jumpa dato' zainuddin. siapa pulak orang ni. memang lain beno.
'bukan yg ni... '
'dato' zubir la'.
'oo dato zubir..'
'kat 108.'
so
sampai kat tempat bapak. ni la dia bapak. bapak tgh tido. skali tgk mcm afiq pun ada juga. sayu je rasa bila tgk apak ceni.
ada seorang dr. dr India. dia menerangkan bapak buat 3 bende. bypass, tampal 2.  so dia akan tido selama 12 jam untuk recover. dia tak kan bangun.. kalau bangun pun dia akan mamai.
lega dah dapat tgk bapak semua dah ok.
mak terus ajak balik. on the way balik terasa lapo.. mak suggest makan kat octupus. amboi.. hebat tuh..
mak pun agaknya hilang stress.. dan macam tiba2 nak ajak pi situ sini. dan paling tak sangka mak ajak tgk wayang??? huh??? biar betul mak ni..  lepas makan kat octupus dia nak potong rambut. lepas potong rambut.. mak buat massage. dasat.. sampai cetu penangan bapak operate ni.
hari esoknya..sabtu pukul 9 pagi.. mak dapat panggilan. huh saspen..
rupanya ijn call. bapak dah bangun. dia nak suruh hantar spek.
suruh mak gi htr kot2 dapat tgk apak ke.
hampeh boleh hantar sampai kat guard je.
yg kelakar apak ni.. bangun je dari operation dan mengarah itu ini. memang born leader. dah biasa mengarah.. suruh htr spek pun mcm arahan. sebab nurse kata takleh tunggu sampai tghr.  bapak request juga.
pehtu bila dah dapat masuk tengok apak time tengahari tu.. apak cakap ngan mak takyah masuk ramai-ramai.. kecik hati mak. masuk 10 minit pehtu dah kuar tanak gi jumpa dah. dah la mak tunggu lama sampai dekat 2 jam kat ijn- rentetan daripada hantar spek tadi.

bapak on sunday 15 april dah nampak ok dah.

on bapak's besday. 20 april.. sakit dada on off.. 
20 april.. bapak sambut 70's besday kat ijn.

on 20th.. bapak sambut hari ulangtahun ke 70 di katil IJN. tade bagi apa pun kat apak tahun ni. tak tau nak bagi apa. semoga bapak memperoleh kesihatan yang baik dan sentiasa ceria seperti dulu.

bapak dah selamat balik ke rumah ahad yg lalu 22 april 2012. ikutkan apak nak lagi stay kat ijn sampai pulih sepenuhnya. bukan apa kat ijn mak relax sikit tak yah masak. pehtu ada nurse yg boleh dirujuk kalau ada apa2 yg tak syok.. pehtu boleh buat fisio tu. tapi apakan daya.. bukan bleh dok kat spital lama2. mana la derang bagi...

skrg apak kat rumah.. 2 hari sekali gi ijn balik utk buat dressing lukanya.
bapak dinasihatkan utk berada dirumah je selama sebulan.
no driving for 6 mths,
no oily food,
no itchy food,
must eat healthy and exercise.
hope bapak recover cepat!




Tuesday, April 10, 2012

bapak..

23 march...kepulanganmu ku tunggu. dengan penuh rasa gembira. syoknya! Risau juga dengan keadaan bapak yang tak sihat tu. pagi2 dah kuar hantar budak then melencong pergi ke opis dan dari opis tu terlencong pulak terus ke rumah bengta. mereka juga tak sabor menunggu kepulangan bonda yang dah 2 minggu tak jumpa. saja tak bawak afiq dan zarin sebab hasrat dihati lepas amik mak, apak nak pergi ke opis semula.
tau sebab kalau bawak juga nanti derang akan kacau opah dan atoknya yg penat. tambahan pulak apak tak berapa sihat.
sangkaan ku meleset. diri ini anggap bapak cuma tak berapa sihat + lelah + letih + bawak gi mahinder ok je kot tapi sebenarnya bapak sangat teruk tak sihatnya. tawaf akhir pun terpaksa ditolak wheelchair oleh achik.
turun dari kapal terbang.. baru je jejakkan kaki ke building tu bapak dah nak jatuh. nak pengsan. kecoh dan kalut masa tu. tak sabar nak tunggu mak dan bapak kuar. tunggu punya tunggu sekali nampak mak dan bapak dalam buggy. amboi. dasat ni!. tgk muka bapak nampak relax je. dari jauh senyum je. agaknya dah lega dapat turun dan jejak kaki di malaysia. dekat ngan anak cucu. bapak dibawa ke klinik pusrawi. masa tu nampak bapak teruk sangat tapi nampak mukanya lega. mak.. nampak mak sedih. bapak.. tiba2 bapak tanya afiq. ahh sudahh.. cakap kat dia afiq hantar nursery. sebab kang nak gi opis semula. apak rindu  afiq. maklumla hari2 tepon. tanya afiq. silap percaturan kita ni. dr kat pusrawi cakap apak ni ada paru2 berair, jangkitan kuman dan ada masalah jantung. huhhh banyaknya......so bapak direfer ke hospital putrajaya untuk rawatan susulan.

on the way to hospital putrajaya.
gambo dari blog amytoinktoink.blogspot 
apak: petang hari jumaat 23 march wad ICU
alhamdulillah... bapak semangat kuat. 23 march masuk hospital putrajaya. petang dimasukkan ke wad ICU.
24 march siang masih di wad ICU bergurau dan banyak bercakap. siap suruh informkan ke kawan-kawannya dia kat ICU. petang 24 march dah dipindahkan ke wad biasa. gamaknya dia happy dapat jumpa kawan-kawan, sanak sedara yg datang melawat. cepat je recover. alhamdulillah..... 
iklan..
24march- happy zarin @hospital putrajaya.. 

@24 march -control hensem..

@25march -menunggu di bawah sambil kpop


@25 march sudah tarak tahan mahu mengkpop

ni afiq kat hospital. petang tu boring tunggu kitorang tgk atok. mama pun keluarkan player kecik tu. punca keluarkan sebab ada budak poyo pegang tablet. dah la poyo. menyendeng tepi krusi ni sebab asalnya dia nak duduk kat krusi ni tapi maaf dek mama dah lebuh dulu. tapi dia continue menyendeng tepi krusi sambil main game kat tablet. afiq pung tak heran kat budak tu tapi saje je mamanya keluarkan player kecek tu. mula2 cerita ultraman. haha.. nama pun budak lelaki. cerita ultraman je kalah. mesti nak tgk juga meskipun kat tangan dia ada bende lagi best. dia pun menjeling-jeling kat afiq sambil tgk ultraman jugak. pehtu bila part lagu2 kpop. anak teruna ni dah tak tahan. mula2 terenjut-enjut pehtu tiba2 terus joget. 

sekian sudah iklan... continue with bapak.
alhamdulillah. cepat bapak recover. bapak pun seronok tgk video afiq terlompat-lompat. on 27th selasa petang bapak dah boleh keluar hospital. 28 birthday afiq. seronok dua beradik tu dapat jumpa atok semula malam tu. yeay.
apak  @24 march 2012. 4 petang di pindahkan wad biasa 
apak @25 march 2012.. suda recover. senyum je. ni pose utk afiq.  

Friday march 30, bapak ke IJN untuk rawatan susulan untuk jantung. dr yang check tu kata jantung ada lubang sikit. petang tu juga bapak kena admited IJN. 

baru check-in. macam hotel laaaa

apak tengah relax sambil tgk tivi. luckily kat IJN boleh bawak budak. 

fewitt.. cik afriena

jelingan afriena tertusuk kelbu.  afiq tersengeh..

sampingan: masuk harini dah seminggu lebih bapak kat IJN. selama inilah petang petang kami berkampung disana sambil makan2.. dah dua kali jumaat disana. dua kali weekend. disana juga kami kumpul adek beradek sambil makan2. dah jadi acara makan2 piknik sambil tgk apak gayanya kami ni. siap janji esok nak bawak itu ini. last week dapat makan kuih bakar keda. sheperd pie mira (banyak kalori oo sheperd pie ni..) sebenarnya nak menggembirakan mak.. mak happy.. bapak pun happy. bukan apak dapat makan pun bende2 yg kita makan ni.

last thursday dr check saluran jantung sempit rupanya. sempit ngan kolestrol gamaknya.
this friday. friday yg ketiga bapak akan buat bypass operation.
this is what bypass is - thnx to kak rosni yg tiba2 bagi link medical-medical ni. good tutorial.
risk- after operation. masa operation supposenya tade masalah. yg bakal menjadi masalah yg perlu kita concern is recovery time.
bapak. semangat nak buat operation jumaat ni. dia seronok dan berharap lepas ni dia akan sihat semula. harap semuanya akan menjadi ok. i believe in bapak's spirit. semangat bapak kuat untuk recover. semangat bapak ini harus kita semua contohi....
rupanya bapak ni sebelum pergi mekah lagi dia dah ada rasa sumthin kat jantungnya tapi dia pendamkan dan dia hanya kabokan kat kawan2 clifford je dia punya condition. katanya lagi dia rasa nak ke ijn lepas balik mekah. dan ya allah.. makbulkan hasratnya. bapak.. o bapak...jangan la mintak camtu. jangan la mintak yg tak elok.
'ya allah.. sihatkanla atok afiq.. afiq nak atok' tu yg afiq doa hampir setiap hari.

ya allah, sihatkanla bapak. jauhkanlah penyakit ini dari tubuhnya. biarlah dia sihat dan ceria seperti sebelum ini. ya allah.. sihatkanlah mak. kuatkanlah semangat mak untuk menjaga bapak. ya allah... kuatkanlah semangat aku untuk menjaga kedua ibu bapaku, keluargaku. ya allah.. ampunilah dosa bapak. ampunilah dosa mak. ampunilah dosa seluruh anggota keluargaku. tempatkanlah kami semua dikalangan orang2 beriman.

sesungguhnya aku tak ready utk kehilangan bapak. tak mau la jadi apa2 yang buruk kat apak. sedih la... :(

Thursday, March 15, 2012

mode: malas semedang

alhamdulillah adik dan abang baru je sihat dari cirit birit, mama pun sama. hilang 3 kilo cenggitu jeh. tapi bila dah sihat naik semula 2 kilo. ahh hilang sekilo pun rasa cukup bertuah.
mak, bapak, keda, achik dan faez dah berangkat ke mekah menunaikan umrah on last monday.
alhamdulillah.. the second day apak telefon kata dia dalam bas. sume ok. tgh menziarah kemana tak ingat..
pehtu tak lama kemdian.. half an hour later kot, keda pulak call. mak nak cakap. pun cakap kejap aje. mak kabo bapak demam. harap2 sume ok di sana, sihat walafiat. tak tau kabare achik cane. ok la tu kot.

our family tgh tekun dgr taklimat. nampak faez yg paling muda. alhamdulilah rezeki abang kecik-kecik dah dapat pergi buat umrah.. so envy. kelihatan juga tok mamak (yg berjanggut putih) didalam gambo ini.

keda, mak, apak, and me. 

us

afiq, balik dari airport mulutnya bising mengomel nak naik kapal terbang. iyela.. dah pakai hensem-hensem boleh lak tak ikut atok naik. i explain to him afiq, nanti bulan depan kita naik la kapal terbang. lepas birthday afiq, sebulan pastu kita naik. tapi afiq sepanjang jalan merengek nak naik kapal terbang. terus kena marah ngan baba bcoz lama sangat merengeknya dan tertido. ok la tido. cakap ngan en darling, ni budak ni kang dia bangun mesti dia cakap nak naik kapal terbang lagi. betul sangkaanku. sampai je kat area tesco ampang dia dah terjaga dan terus sambung merengek nak naik kapal terbang. kena marah lagi dan tertido lagi sampai rumah. dan jaga terus merengek lagi nak naik kapal terbang. dan kena marah lagi.. merajuk duduk kat sofa. 
diam sorang-sorang kat situ. babanya leboh tido kat dlm bilik. ngantukkkk. while i'm busying doing housework, cleaning, angkat baju, jemur baju, afiq jerit, 'mama... bukak la kipas.'
'mamaaaaaaa... bukak la kipas tu sendiri.. '
'bukak la kipas, afiq panas ni.'
me senyap... bukak kipas sendiri? aku yg mintak dia bukak ke dia yg suruh aku bukak? apsal dia suruh bukak kipas sendiri? buat dono jelah. him being ngada-ngada. macam la dia takleh bukak kipas sendiri.. dah pandai watt... dia menjerit dan menjerit.. lama2 keluar baba yg suda naik angin. hehe. nasib la. kena ngan baba. baba pun marah tak naik tangan. setakat bawak kuar rotan tapi hapah pun tak kena.  aku kalu dah geram sangat siap la ngan cubit-cubitan. turun temurun. nak buat cane. tapi sekarang dah cuba tak involve violence dalam mendidik. nak try method 'negotiation' if nego fails, then barulah keluar sore halilintar. if halilintar fails, barulah keluar tangan ketam. 
huuuu seb baik la afiq tak merengek nak gi mekah. selalu kan dia cakap ngan atok nak gi mekah. 
hari selasa, bila balik dari taska, nampak keta atok.. afiq kata atok ada. mama cakap atok kan takde gi mekah. 
semalam, 
balik dari taska, afiq sendiri yg kata atok takde. gi mekah kan. 
pagi tadi.. afiq sebut lagi.. kali ni opah lak. opah gi mekah solat kan. ha ah... 
i think my kids rindukan opah and atoknya. adik pun berapa kali tunjuk opah and atok kat gambo beso tepi meja makan. hai... manja opah atok sungguh budak2 ni.. 
kesian kakak ipar ku dan abang iparku. dedua jadi ibu tinggal dan abah tinggal...
tengokla status derang ni.. selama ni ada sang isteri dan sang suami membantu. tapi nasib abang iparku lebih bertuah sikit dari kakak iparku sebab anak2 dara abang iparku dah besar. sorang je kecik. jadi urusan rumahtangga yg sisulung cute mute tu yg handle. iye tak kakak??? tak mo jadi garang sgt kat adik tu ye. derang kena tinggal ngan mak. derang kecik lagi. seb baik ada anjang yang rajin. dan nana yang rajin juga dan aesya yg boleh dikategorikan rajin jugalah.. 



Monday, February 13, 2012

hidup ini..

bapak,
sorang-sorang pergi meninggalkan bapak.kesian bapak. sedih bapak. bila sorang-sorang pergi meninggalkan dan menemui yang maha Esa, kita tau yg kita dah lama hidup dan tunggu time juga untuk dijemput kembali bersamanya. kesian bapak. besfren pun ramai yang dah meninggal. last thursday, 9th february. makcik ram meninggal. makcik ram adik bapak. yang bawah bapak selepas arwah pak njang. tua tak tua, muda tak muda makcik ni.
makcik ram,
ku membesar bersama anakmu. anak2mu menjadi besfren tatkala masih kecil dan remaja. anak2mu menjadi teman bermain, teman beronggeng time cuti skolah. rumahmu menjadi tempat ku bermain, melepak. aku turut bersama-sama masa pindah ke rumah no 8 di bukit meru, anak2mu menjadi rujukan dan juga teman ketika susah dan boring. anak2mu juga mengajarku menyerong dari jalan biasa ke jalan bengkok dengan kemahuan sendiri. tapi semua tu masa kecik. dan beso masing-masing ngan hal masing2. tak rapat dah. dah tak serapat dulu. tau hal masing2 dari fesbuk aje. teruknya aku yg tak memelihara silaturahim. aku je ke yg teruk? kita semua lah!! masing2 tak amik tau hal masing2...
makcik ram,
kisah-kisah dahulu sering menggamit perasaan. dari dulu lagi aku dah disajikan dengan kisah familymu yg agak kedekut berbelanje. masa nak bayo makan, nak pi check keta la.. bla bla bla... tapi tak mengapa.. itu adalah unsur-unsur humor yg kita ketawakan dan amik pelajaran dan pengajaran. janganla terlalu kedekut dan takut untuk berbelanja. especially yang dibelanjekan adalah family sendiri. dan tak semestinya sebab family sendiri kita aje yang kena kuarkan duit. rezeki insyaAllah sentiasa ada dan sekiranya kita bersifat murah hati.. Allah akan bagi lebih lagi. tapi jgnla sampai keterlaluan. mungkin kita bergaji sikit berbanding adik beradik kita. tapi sekiranya yg gaji sikit itu belanje alangkah bahagianya orang yang dibelanjakan itu. dan janganlah sampai mengambil hak orang lain. tak baik. tapi yg telah mengambil, kita halalkan aje. yg tak elok ambik pedoman..
makcik ram,
kau tinggalkan dunia ini kerana kanser.
kanser. yang banyak meragut nyawa family bapak. so kita yg masih bernyawa ini haruslah mengambil langkah preventive untuk mengelakkan kanser. semak. prevent. amik insuran (belum mampu nak bayo monthly.. byk sgt hutangnya)
makcik ram.. kematianmu membuatkan ku lebih menghargai parentsku. dan org2 tua yg masih tinggal. ya allah. tempatkanla makcik ram di kalangan orang yang beriman. kau letakkan ibubapa ku juga ditempat orang yang beriman, dan orang yang baik-baik disyurgamu. jauhkanlah mereka dari seksa neraka.
alfatihah....