Showing posts with label baba. Show all posts
Showing posts with label baba. Show all posts

Friday, June 22, 2012

terbaekkkk!!!

Alhamdulillah..
yg ada skrg ni adalah yang terbaik buat ku.

Semalam bermimpi keluar dating dengan seseorang diluar pengetahuan en darling. dalam mimpi tu en darling tak tau. tapi aku kluar dating tu dapat dihidu oleh mak. dan mak pun marah.
dan orang yang didating tu adalah budak lembah keramat.

Aku tau sapa orang tu tapi tak nak beritau encek darling. bagitau kat darling budak lembah keramat laki orang. dia kata bahaya tu laki orang.

ye. aku tau sapa dia. tadi tengok fb budak tu. alhamdulillah.. aku dapat yang terbaik. mana tak nya. terkini dia telah membeli figurine watak freddy kruger yg pada masa 10 tahun lepas figurine seperti itu bernilai dua-tiga ratus. sekarang? berapa la gamaknya harganya.. yg bukan2. dan telah menulis status kat wifenya. dia tak sabar nak buka kotak figurine itu yang ada sensor pebende ntah. aduhhhh... fail! definitely not my taste.

Alhamdulillah syukur.


kalau fb ZZ - penuh sentimen kenegerian.. i dont like. hidup penuh ngan kritikan.. sindiran.. dan... kenegerian. 
tapi tu fb dia. fb encek darling lagi la tak larat nak tengok. sebab penuh ngan aktiviti kepolitikan.

i guess we cannot judge people by their fb! sebab kalau orang tgk fb aku pun mesti kata hidup aku ni dull sebab takde bende nak update. balik rumah pergi kerja tu jelah. but i have kids to layan. now i have game to layan. big time!!!


Alhamdulillah. SYUKUR sangat2 kerana diketemukan ngan orang yang terbaik stakat ni, yg tak elok pejam sebelah mata jelah. 


Pagi tadi pun ada ceramah kat ikim.fm pasal menghargai pasangan. ustaz tu kata cari kebaikan pasangan. jadi akan sentiasa sayang sehingga ke akhirnya. jika selalu berkasih sayang akan panjang usia. memeluk suami selama lebih kurang 10 saat akan memanjangkan umur selama 5 tahun. isteri yang selalu kena peluk, selalu disayangi akan sentiasa menjadi sihat. ~so isteri badan gemuk tandanya lelaki terlebih sayang?? thats me.. hehehe.. tapi badan gemuk akan menjadi tak sihat. lama2 laki lari sebab terlebih sihat. 

Monday, September 26, 2011

zaman remaja

zaman remaja...
anak-anak buah dah remaja. terbaca blog seorang remaja yg penuh kemarahan. marah kerana bergaduh dengan kawan-kawan. marah kerana kawan-kawan dah malukannya. marah kerana tade sapa yg truly her friends.
yup... memang remaja macam tu. dunia ni bagai nak runtuh kalo bergaduh ngan kawan-kawan, hidup ni dah ibaratkan penghujung sekiranya kawan-kawan pulaukan, dan tinggalkan. lagi2 pulak kawan tu kononnya adalah kawan terbaik. masa tulah kita jumpa kawan tikam kawan, jumpa kawan lain yg lagi kool tinggalkan kawan tu. kalau kawan tu kaya plak sanggup dipergunakan semata-mata nak beli kawan. sanggup belikan kawan macam2. tapi tak sedar diri kena guna. masa ni susah nak cari true friends. masa ni lah.. ye masa nilah masa untuk mengenal dunia. yg mana setia, yg mana tidak.
yg penting sebenarnya adalah kawan yang boleh mendorong kita melakukan bende-bende yang baik. jgnla berkawan dengan kawan yg mendorong kita melakukan bende yang tak elok.
zaman remaja dulu pernah berkawan dengan macam2 org. kawan yg baik masa darjah 6 menjadi kawan biasa je masa sekolah menengah. yelah.. masuk form 1 kelas lain2.. pehtu tgk2 dia pindah sekolah pulak. bes fren kita masa form 1 - form 2dulu memang cool.dia gi skolah naik beskal tua. org time tu pakai beskal racing, beskal mountain bike... dia tetap cool ngan beskal tua femininnya. dia pengawas macam kita gak. senang bergaul ngan dia. tapi sekolah melawati dah bukak, dah tak berapa ngam dah ngan dia. tapi masih lagi (time tu.. ) berbalas card, surat.. kelakarrrr..
form2-form3, zaman mula mencari identiti. mula nak kenal dunia. kawan... adalah kawan sekelas, yg masih berkawan sampai sekarang. tapi tak rapat pun.
time nilah baru nak belajar kuar sendiri ngan kawan2. depa ajak gi jenjalan gi alpha angle. wah pergi sendiri tanpa parents. kelakarnya. time tu style baju macam kumpulan feminin, res2.. yg lelaki pulak ala2 4U2C tapi derang claim macam vanilla ice. mc hammer tak cool. KRU pun belum cukup cool macam 4U2C. itu kerana KRU adalah budak melawati. so any budak melawati yg jadi artis, kira tak heran sangat la.. pernah sekali tu derang membuli si edry yg masa tu baru balik dari sekolahnya VI kalau tak silapnya.. dan menaiki bas sri jaya. masa tu KRU baru buat satu album dengan fesyen windbreaker. malaysia tak cukup sejuk la bang. awatla pi pakai windbreaker.
remaja.. time tu kalau kawan ngan budak nakal kat sekolah kira macam cool lahh. geng nakal kat sekolah kira macam geng yang paling havoc sekali. dapat kawan ngan budak pompuan paling glamer kat sekolah kira cool gaks. time tu tak sudi nak kawan ngan budak pandai. tak sudi nak masuk kelas pandai sebab kat kelas pandai banyak budak nerd. kelas pertengahan byk budak cool yang hensem2. seb baik time peksa tak flop.
form4.. kawan ngan budak nakal.  time ni.. serong, ponteng, gi tempat lain time sekolah adalah perkara biasa. mujurlah sorg budak tu disebabkan mak dia tak tahan sgt, ditukarkan sekolah kat 'pekan taik lembu' claim budak tu. masa dia tukar sekolah tu jugak aku beralih arah ke arah sikit kebaikan. tukar geng. tapi x cukup ok gak tu. sebab geng yg ni penuh drama, org ni bes fren ni tapi bofren org ni amik bofren dia ni tapi exbf dia ni caple lak ngan org ni ... tapi geng penuh drama ni la yg jadi geng sampai form 5. penuh drama!
tapi geng ni bagus, derang mendorong diri ini untuk belajar, dan bersaing sesama sendiri untuk jadi better.
derang mencari peluang yg mana ada untuk seminar, kursus motibasi, dan juga pada masa yg sama memajukan diri, mencantikkan diri sendiri.. membina self esteem yg jitu. geng ni juga... berjenama. jam jenama, jeans jenama, parfum body shop, beg ada klas. tapi habih sekolah.. geng ni hanya tinggal nama.
aku yg malas nak kontek, malas nak berhubung. sekali2 je jumpa. jadi kawan kat fesbuk pun sekadar kawan je. dan baca je update kawan2. masing2 dah beranak anak.. dan seorang tu dengar2nya dah jadi datin no 2. tapi tak tau la.. dgr2 je.
aku tak macam laki aku yg terus memaintainkan diri berhubung ngan kawan2 yg dari sekolah.
dan terus berhubung dan berhubung...aku rela macam tade kawan sekarang. tak tau kenapa. very opposite compared to zaman remaja dulu.

Wednesday, May 18, 2011

berpiknik di kemensah, artis, pak arab, dan org tak semenggah..

afiq yg nak mandi tapi memilih sgt. tanak ada daun, tanak tepi air terjun. last2 dok tepi kolam jelah.

uu zarin yg seksayy

memacakkan rambut.. 


air terjun besh

bes sungguh berget toghether ngan family berpiknik di kemensah. 
air terjun dlm ni menarik sungguh.. teringat lak en. t punya teka teki.

macamana nak stop kan air terjun ni.
my answer: tutup la suis dia mcm kat opis..
en t: salah jawapannya.. tangkap la gambonye. 

ye. saya dah berjaya mengestopkan air terjun melalui tangkapan gambo ini.
air sejuk. suasana bes. ramai gak org. sekali ada la si sobrie, bapak belalang tu pun berpiknik betul2 dekat ngan tempat kitorg. tu pun setelah diberitau oleh  ke'no ke sapa ke ntah. ooo tak ku peduli ada artis ke sapa ke nak berpiknik. tak heran. ko jgn nak perasan la. aku dok area umah yg penoh artis. tak heran ngan artis mesia. tapi kalu ada nak nengok gak cemana rupa live artis2 ni. tapi secara keseluruhannya memang tak heran ngan artis. sampai waktu balik si artis punya kerabat ni dok sebuk yg si polan tu artis.. tanak tangkap gambo ke.. zarin pun tak heran walaupun dipegang artis tersebut sebab ternyata dirinya lebih popular dari artis tersebut sebab kemana sahaja dia pergi mesti org admire dia. hehe

mak ngan anak dara ku 
mamat berbaju biru itu adalah artis yg dimaksudkan.

menjelang waktu petang dtg la pak arab dua couple mencari port nak berkelah. mula-mula tgk derang ni membako ala.. bbq. pehtu sekali nampak kuar plak sishanya. yg besh tgk derang bersisha. eh pak arab sorg tu bershisha. siap baring-baring sambil menikmati shisha tu. dah lengoh baring ke kanan dia baring ke kiri. dah lenguh baring, duduk bersimpuh. walaupun apa yg dia hisap tu adalah tembakau. bau aromanya adalah lebih nyaman dari bau asap rokok lakiku dan abang iparku. aroma buah masam manis (bau macam beri-beri gitu) menusuk kawasan berkelah itu. lama2 pening... 

dan menjelang lebih petang pulak ada lah sefamily india-muslim datang cari port. dalam banyak2 port boleh plak dia menumpang port bawah pondok chalet kitorg. sebabnya pondok chalet kitorg teramatla strategik. betul-betul tepi air terjun. sungguh kurang asam dan kurang sopan. tak malu suungguh. kot tak buleh ke cari ruang lain yg memang byk kosong. dah la tu. makin lama makin mendominasi ruang bawah pondok chalet tu. meja bawah chalet tu memang dia rembat dahh. sungguh tak semenggah org seperti itu. dan bersungguh-sungguh plak tu mandi kat sungai ngan shampoo, sabun, hai macam-macam...

bapak sedang meniti sungai

secara overallnya.. ish tak mo gi la port situ lagi. baik gi yg selalu tu. tak jaga customer sungguh. bleh plak bagi org lain bertenggek dekat tepi tempat kita. 
not recommended...

Wednesday, February 23, 2011

afq is going to be three next month

afiq dah besar.. tapi
masih pakai diaper. dah setahun tinggalkan cd. sebab kesiankan dia tido tak lena. aku jugak yg susah- sebab nak kena bangun.. buat susu. setiap kali bangun mesti nak susu. pehtu sure adiknya pun bangun gak sebab sore afiq sgt nyaring dan menjerit di kala nan sunyi ini membangkitkan ramai org selain dari kami aje. skrg nak pakaikan kat adiknya pulak. tunggu wet bag yg ada 2 zipper baru beli kat ebay semalam.
i dono why i spent so much this month. buteventually.. i always spent so much without realizing that i actually dont have enough money to spent. kalu bajet tu sebenarnya cukup2 aje. i know i spent more than i earn, tapi skrg tak macam dulu. harga barang mahal sgt. susu afiq dutchlady 123 pun dah berharga RM24.00 pada harga normal. bila harga tu turun.. kita lak gi beli banyak2. same like diapers. kalu ada sale.. gi borong sampai 2-3 sekali. i hope nursery boleh tolerate cd. n afiq menjelang umurnya 3 tahun harap2nya dah boleh tak pakai pampers kat nursery. kat rumah dah pass dah. cuma bila nak berak aje tak mau kat jamban. masih lagi berak kat pampers.
si zarinnya pagi tadi masa baru bangun tido..depan mamanya menunjukkan aksi berguling. yg mana sebelum ini dia hanya lakukan masa org tade.tgk2 dah terguling dah.  waa... menunjuk nampak. sambil tersengeh comel. opahnya kata pipi zarin tembam sgt sampai terpenyek hidung. nasib baik hidung ada mancung. kalu tak mancung tu lagi la terpenyek ke dalam..
kebelakangan ini.. selalu tercraving bende2 yg mahal yg tak mampu nak beli, bersyukurlah dan gunakan apa yg ada. tapi nafsu.. tak dayo.. tulah. ada hati nak beli breastpump lain. sebab konon2 yg ni dah tak elok. tapi konon aje. ok la tu boleh produce at most 14 oz a day. tak gitu?? uhh tapi org lain lagi banyak. org lain guna freestyle. lagi lembut.. mungkin lebih banyak production kot??? no.. sebenarnya sama aje. ok per 6 oz per session. dulu2 masa afiq tu 6 oz per day. tapi.. ada pulak org komen dia boleh dapat 10 oz dalam masa berapa minit je ngan purely yours and 6 oz -30 minit pada pump yg biasa.. lagi teruja mendengarnya. mungkinkah aku leh capai 10 oz juga? tapi bila pump dah sampai tade bende kuar.. nak kuar apa 10 oz. zarin dah nak masuk 5 bulan dah. kalu masa 1-2 bulan dulu lain la. berapa lama sangat nak pakai lagi.. ada banyak masa... lagi 15 bulan lebih kurang. tu pun kalu continue. kalau tak.. dalam masa 5-6 bulan je lagi. tu pun mesti nanti nak ngandung balik.. eh kalu ngandung balik.. mesti adiknya akan pakai gak kan.. boleh guna pakai balik kan.. tapi.. kan elok kalu pakai je yg sekarang ni sampai betul2 takleh pakai..   huhhh nafsu nafsu.. sapa la nak bagi rezeki terpijak ni. kalu dapat rezeki terpijak pun mesti gi spent kat pampers + susu + keperluan anak. tu yg utama. tapi ni pun keperluan anak gak kan.. susunya itu. ish... tak tau cane nak lawan nafsu.
istighfar banyak2 jangan membazir...
afiq.. kuat menyanyi skrg dan reti mengikut lagu.. asal ada bunyi sudah... macam baba. :) love them all

* merah adalah kata-kata nafsu ye..

Wednesday, November 19, 2008

Sad Sad Sad

afiq pergi genting bersama atok and nenek and cicik. oooo.... tak syoknye rasa. sebab afiq dah pergi berseronok dulu sebelum pergi dengan mama and baba.

afiq tak cukup makan? or minum? @ kedai atok?















cicik tade kat kedai semalam. only atok and nenek yg jaganya. pergi hantar 4 bancuhan, balik tinggal 2 bancuhan extra. from 7am to 6pm? only consume 12 oz of milk? i suspect less than that because i see there were 2-3 oz left in the bottle kat belakang. poor afiq. did afiq consume bubur yesterday afternoon? and tinggal sikit yg tak habis adalah madu 3 oz. bila masuk keta, afiq cried, when i give him the left madu..he drinks it like haus sgt. how long have they not giving him drinks? oooo mmmm gggggg i feel very sad when i think about it. did afiq really eat well? diaper pun tak berat mcm biasa.
when i talk about this to my dh .. he snaps back at me. very sensitive one when i complaint about his family. am i very overprotective to my baby? it is normal to worry much about him? it shud be normal la i think. i'm his mama.. i should be worry about afiq. what kind of mama wud i be if i'm not worried about him, about what he consume, whether he eats or not, whether he had enough sleep, whether he is having a good time or not.
afiq: yg nak main ngan dia ramai, ramai sgt.. yg betul2 jaga dia, sapa????

Thursday, November 13, 2008

uuuu lambat lagi

uu this morning lambat lagi arrrr. this time bukan sebab terhegeh hegeh siap. sebab bangun lambat. 6.40 husband kejut. selalu kita kejutkan dia. pagi ni dia pulak yg kejutkan. hahaha tertido balik lepas tutup alarm. afiqnya bangun banyak kali. dia dah bangun kul 4 pagi tadi. bfkan dia tak cukup. topup ngan fm. 6 oz. maka terlebih banyak pee la pagi td. bocor la cd dia. saja pakaikan cd thai and bubuh insert satu je sebab planning kul 6am nak tukarkan dispo diaper. dah terlajak tido. uuu basah.. balik ni nak jemur and basuh tilam dia. nasib baik harini tido umah opah. esok planning nak tido umah maklong dia kat putrajaya. baba tade- gi langkawi.. bawak anak yatim. uhh program umno dia la tu. so mama dah buat planning nak jumpa member kat putrajaya. ahahah. sambil tuh boleh collect cd kat sana. beli cd thai lagi. uhuhu. yg ni beli untuk dia pakai waktu siang.. di kedai cicik.
tadi ebay baru jek email. dia kata barang yg menang bid dah shipped out. fuhhh.. harap2 selamat la sampai ke rumah mak.