zaman remaja...
anak-anak buah dah remaja. terbaca blog seorang remaja yg penuh kemarahan. marah kerana bergaduh dengan kawan-kawan. marah kerana kawan-kawan dah malukannya. marah kerana tade sapa yg truly her friends.
yup... memang remaja macam tu. dunia ni bagai nak runtuh kalo bergaduh ngan kawan-kawan, hidup ni dah ibaratkan penghujung sekiranya kawan-kawan pulaukan, dan tinggalkan. lagi2 pulak kawan tu kononnya adalah kawan terbaik. masa tulah kita jumpa kawan tikam kawan, jumpa kawan lain yg lagi kool tinggalkan kawan tu. kalau kawan tu kaya plak sanggup dipergunakan semata-mata nak beli kawan. sanggup belikan kawan macam2. tapi tak sedar diri kena guna. masa ni susah nak cari true friends. masa ni lah.. ye masa nilah masa untuk mengenal dunia. yg mana setia, yg mana tidak.
yg penting sebenarnya adalah kawan yang boleh mendorong kita melakukan bende-bende yang baik. jgnla berkawan dengan kawan yg mendorong kita melakukan bende yang tak elok.
zaman remaja dulu pernah berkawan dengan macam2 org. kawan yg baik masa darjah 6 menjadi kawan biasa je masa sekolah menengah. yelah.. masuk form 1 kelas lain2.. pehtu tgk2 dia pindah sekolah pulak. bes fren kita masa form 1 - form 2dulu memang cool.dia gi skolah naik beskal tua. org time tu pakai beskal racing, beskal mountain bike... dia tetap cool ngan beskal tua femininnya. dia pengawas macam kita gak. senang bergaul ngan dia. tapi sekolah melawati dah bukak, dah tak berapa ngam dah ngan dia. tapi masih lagi (time tu.. ) berbalas card, surat.. kelakarrrr..
form2-form3, zaman mula mencari identiti. mula nak kenal dunia. kawan... adalah kawan sekelas, yg masih berkawan sampai sekarang. tapi tak rapat pun.
time nilah baru nak belajar kuar sendiri ngan kawan2. depa ajak gi jenjalan gi alpha angle. wah pergi sendiri tanpa parents. kelakarnya. time tu style baju macam kumpulan feminin, res2.. yg lelaki pulak ala2 4U2C tapi derang claim macam vanilla ice. mc hammer tak cool. KRU pun belum cukup cool macam 4U2C. itu kerana KRU adalah budak melawati. so any budak melawati yg jadi artis, kira tak heran sangat la.. pernah sekali tu derang membuli si edry yg masa tu baru balik dari sekolahnya VI kalau tak silapnya.. dan menaiki bas sri jaya. masa tu KRU baru buat satu album dengan fesyen windbreaker. malaysia tak cukup sejuk la bang. awatla pi pakai windbreaker.
remaja.. time tu kalau kawan ngan budak nakal kat sekolah kira macam cool lahh. geng nakal kat sekolah kira macam geng yang paling havoc sekali. dapat kawan ngan budak pompuan paling glamer kat sekolah kira cool gaks. time tu tak sudi nak kawan ngan budak pandai. tak sudi nak masuk kelas pandai sebab kat kelas pandai banyak budak nerd. kelas pertengahan byk budak cool yang hensem2. seb baik time peksa tak flop.
form4.. kawan ngan budak nakal. time ni.. serong, ponteng, gi tempat lain time sekolah adalah perkara biasa. mujurlah sorg budak tu disebabkan mak dia tak tahan sgt, ditukarkan sekolah kat 'pekan taik lembu' claim budak tu. masa dia tukar sekolah tu jugak aku beralih arah ke arah sikit kebaikan. tukar geng. tapi x cukup ok gak tu. sebab geng yg ni penuh drama, org ni bes fren ni tapi bofren org ni amik bofren dia ni tapi exbf dia ni caple lak ngan org ni ... tapi geng penuh drama ni la yg jadi geng sampai form 5. penuh drama!
tapi geng ni bagus, derang mendorong diri ini untuk belajar, dan bersaing sesama sendiri untuk jadi better.
derang mencari peluang yg mana ada untuk seminar, kursus motibasi, dan juga pada masa yg sama memajukan diri, mencantikkan diri sendiri.. membina self esteem yg jitu. geng ni juga... berjenama. jam jenama, jeans jenama, parfum body shop, beg ada klas. tapi habih sekolah.. geng ni hanya tinggal nama.
aku yg malas nak kontek, malas nak berhubung. sekali2 je jumpa. jadi kawan kat fesbuk pun sekadar kawan je. dan baca je update kawan2. masing2 dah beranak anak.. dan seorang tu dengar2nya dah jadi datin no 2. tapi tak tau la.. dgr2 je.
aku tak macam laki aku yg terus memaintainkan diri berhubung ngan kawan2 yg dari sekolah.
dan terus berhubung dan berhubung...aku rela macam tade kawan sekarang. tak tau kenapa. very opposite compared to zaman remaja dulu.
No comments:
Post a Comment