Thursday, December 27, 2012

Badan berat dan Malas

Kata orang, kalau rajin bersukan nanti bila berenti mesti badan cepat naik.
itu semua mitos semata-mata.
yang sebenarnya yang membuatkan berat badan seseorang tu naik bukan sebab berenti sukan. ianya adalah disebabkan lifestyle dan pengeluaran masuk keluar kalori. berenti sukan dan pemakanan masih sama seperti waktu bersukan.. of cos berat badan naik. sebabnya kalori input tidak output-output dengan jayanya. untuk maintain gaya hidup yang sihat, perlu setidak-tidaknya mengamalkan gaya hidup yang sihat. kalau tak bersenam pun takpe tapi kena kurangkan kalori sedikit tapi bukan bermakna skip makan...  dan kena melebihkan pergerakan. berjalan saja sekurang-kurangnya sebanyak seribu langkah sehari pun dah memadai tetapi... jangan pulak pi bantai makan keropok cikedis dan makan bende yang tak berfaedah.
saya berpendapat, menjadi gemuk ini adalah kerana gaya hidup yang tak sihat. lebih kurang ayatnya macam malas dan banyak alasan. tgk ajelah diriku sendiri. akibat daripada penyakit buatan orang ni.. gaya hidup menjadi tidak begitu sehat. berat naik mendadak. first three month, doktor tak menggalakkan buat keje berat, exercise pun takleh. sebab takut kandungan tak kuat. masuk bulan ke-empat dan kelima baru nak setat semula exercise. masa ni badan dah berat. muka, tangan, kaki dah kembang, tak fit. dan malas. tu pun exercise takdenye berbentuk cardio yang peluh memercik ke lantai. semuanya exercise mild, pilates, yoga dan pergerakan yang simple. makan pulak tak hingat! bantai makan macam makan dua orang. hakikatnya aku hanya perlukan extra200 kcal aje for my baby. badan dah berat, perasaan malas mula menguasai. jalan pun slow. malas nak kemas rumah. mallas nak jalan2. malas nak bangun. malas nak bangkit dari krusi.. bila dah malas, kalori intake yang diambik secara over tu BERTUKAR! jadi lemak. aduh... laaagi la malas... sebab bila jalan2 rasa mengah.
akibat dari perbuatan malas itu daku ini sudah menjadi mama gergasi. dengan berat menghampiri 95kg di mesin penimbang mak. kalau kat klinik tu mampu cecah 98 gamaknya.
aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh mampu kah aku menukar lifestyle aku semula? dan akibat daripada kenaikan berat badan secara melampau ini tangan menjadi cepat kebas, kaki cepat lenguh... symptom ini datangnya dari peredaran darah yang tak lancar. tak lancar sebab banyak LEMAK? akibat dari berat badan berlebihan juga aku dapati lebih kuat berdengkur. patutla bila aku bangun pagi budak2 semua dah berada jauh dari aku. Lari dari mama yang bising. huhu.
yang nyata kesakitan kaki dan tangan ni menyebabkan aku insaf. tapi belum cukup mampu untuk menahan diri dari tak memakan coklet, biskut dan cikedis. CIS, burger, piza dan makanan lain yang tidak sihat.
sure lepas ni kalau checkup kena minum ayaq gula. oohhh tak sedap.

masa pre anniversary lunch. ada member yang komen 'semangatnyer ko.. huhu' . takpelah semangat  pembawakan aku terima je lah. 




No comments: