Friday, December 28, 2012

kecelaruan umur

aku  kah yang confius? berapa kah umur aku?
how time flies so fast.
i still feel young but my look doesn't show that way.
aku pergi kedai.
budak kedai tu panggil makcik (oke lah makcik since my niece pun dah beso 18 thn)
aku gi bank.. budak yang jaga kaunter tu.. belum panggil makcik la tapi dia tanya kenapa akaun tu ada duit pencen ke? uikss setaraf ngan warga emas plak ke?
aku main bola tampar. ada campuran kategori. then for veteren punya category this blind man but celik asked me to masuk jadi veteren. WHAT???? do i look that old?
i dont feel old.
my playlist is dominated by kpop music. especiallly bing bang

big bangggg

my extra time is filled with main games.
raging thunder
when i feel bored, i watch korean movie/ drama on youtube/daily motion
salamander guru and the shadow gang
i like watching cartoon with my kids.
upin dan ipin
kenapakah aku di makcikkan?
mungkinkah kerana kulit mukaku tak tegang?
dressing old fashion kah?
gemuk kah?
tak bermekapkah?
selekehkah?
spek mata makcik kah?
kekaleran bajukah?
makciknye aku ye...



but then.. you know ur getting old when...

  1. u no longer like fast food as ur lunch/dinner. tak mengenyangkan. minum petang saje2 bleh la.. 
  2. ur body aches. at so many places. lutut, tangan, kaki,
  3. u dont like the way kids write these days. iteww, hebad, ak as aku, oh my spelling!
  4. frens are not ur priority anymore. its ur kids, ur family, or ur parents,
  5. u see teenagers bergaduh dengan kawan pasal hal kecek je and said hek elehh.. pasal tu pun nak gaduh. 
  6. u dont like carbonated drink like u did when u were young. 
  7. u appreciate life more than u did before.

Thursday, December 27, 2012

smart phone, rebate, dan mentaliti orang mesia

orang mesia ni ramai yang tak reti nak bersyukur. atau ramai yang bengong.
antara komen2 org mesia berkenaan perkara ni

'SYARAT KELAYAKAN C TAK LEPAS..HEHE '
' Harga Maksimum RM 500 ????? '
'ni la JANJI DILIPATI. '
'clon ko bl ngn pak mat tempe aje wkakaak '
' Gilo ko.mana ade smartphone rm500...yg clone pun 800 lebih kot...bodo najib '
 '  ada ke smartphone harga bawah rm500?? '
 ' Smartphone 2nd hand dpt ler...'
' Ade ke smartphone bwh 500?????'
' Gamba org iban cakap telefon tu funny la...baju pun xpakai sibuk beli iphone harga rm500..beli capati boleh la '
' bwh 500? bangang jgk idea nie..phone aper 500? mmg xbrape nk smart laa. .'
 ' Ai Aoko smart phone rm500 ka??aiya!pining kapala gua loh!mana mau cari hpon smart2 harga rm500 ke bawah ma!kalo ada pon samsung galaxy Y lo..itu standard budak skola punya ma!'
'smartfone rm500 je?? hehe ala buat la fon rege 1000 sekurang2 ny huu '
'Bodo supo korenyo....beli tpon model cino la klu rego mksimum 500'


SEDIH tgk komen orang mesia ni. yang lebih tepat orang melayu. sebab semua macam tak tau nak bersyukur. dah la tak bersyukur. bengong pulak tu. tak tau ke maksud sebenar smart phone?
google aje smart phone.. ni wiki kasi definition :


smartphone is a mobile phone built on a mobile operating system, with more advanced computing capability and connectivity than a feature phone.


jadi apa saja phone yang boleh digunakan lebih dari untuk buat call dan sms adalah smart phone. bangangnya mereka yang menyangkakan smart phone tu adalah keluarga iphone, samsung note dan sebagainya. yang lebih bengong.. sebelum nak komen smartphone ada ke bawah 500 takde ke yang buat survey. dan smart phone punya hanya limit bukan kepada operating system android/IOS je. banyak rege semat phone yang sekitar lingkungan rm400-rm500 dan ok functionnya. nokia, samsung, sony. tak semestinya note, s3, koman-koman pun galaxy y. nokia pun banyak. cuma aku tak berapa berkenan sgt nokia ni .

selingan... iklan dari superbuy. ok wat,, kitty lagi tuh. kalau zarin tu dah perasan dia punya dah.


kalau tengok kepada syarat-syarat kelayakan pulak. untuk berpendapatan kurang dari RM3000. so kena ukur baju di badan sendiri. kerajaan tak suruh org menyusahkan diri sendiri beli yang mahal-mahal. sebab function yang regenya smartphone RM500 sama je ngan smartphone rege seribu. yang membezakan kebesaran memory, touchscreen yang bagaimana, display yang macamana, ram yang macamana. Kelajuan data pula ditetapkan oleh data provider, atau WIFI. sama jelah..

kalau pakai android plak lagila sama. sama je boleh dapat ICS kat mana2. baik tepon murah atau yg mahal. tapi yang membezakan adalah quality. tapi masih lagi sama. tepon murah pun masih boleh terima email, tgk facebook, main angry bird.. kalau ada yg suka main lagi lah.. yg skrg ni hangat,, boleh wassapp.

memang tak dinafikan barang mahal lebih syok qualitynya. retina display, high tech touch screen, samalah ngan fungsi kereta. kita nak yang auto. kancil pun ada auto. bmw pun ada auto. dua-dua sampai je kat destinasi yang hendak ditujui.

kalau beli sofa pun sama juga. ada juga yang mahal, ada yang murah. yg mahal duduk syok. yang murah pun memadai juga untuk melepaskan lelah.

rasa memang sedih tengok org mesia ni. kerajaan dah bagi bantuan, diperlecehkan bantuan. sikit pun rezeki. mana ada org nak bagi senang-senang rebate RM200. dan bila nak bagi haruslah bersyarat supaya org yang yang tak mampu tu boleh miliki sesutu yang tak pernah dia impikan. yg mampu tu boleh beli sendiri. kalau rasa bole beli tepon lebih seribu tu dah termasuk golongan mampu sebab dia tak pikir perbelanjan lain dah. sebab kalu gaji rm3000 dan berkeluarga, dah tentu dia akan pikir perbelanjaan rumah, belanja makan minum, minyak dan lain-lain. tiga ribu tak cukup kalau nak hidup macam org kaya kat bandar ni.


sekian.. bebelan org biasa2 aje.

Badan berat dan Malas

Kata orang, kalau rajin bersukan nanti bila berenti mesti badan cepat naik.
itu semua mitos semata-mata.
yang sebenarnya yang membuatkan berat badan seseorang tu naik bukan sebab berenti sukan. ianya adalah disebabkan lifestyle dan pengeluaran masuk keluar kalori. berenti sukan dan pemakanan masih sama seperti waktu bersukan.. of cos berat badan naik. sebabnya kalori input tidak output-output dengan jayanya. untuk maintain gaya hidup yang sihat, perlu setidak-tidaknya mengamalkan gaya hidup yang sihat. kalau tak bersenam pun takpe tapi kena kurangkan kalori sedikit tapi bukan bermakna skip makan...  dan kena melebihkan pergerakan. berjalan saja sekurang-kurangnya sebanyak seribu langkah sehari pun dah memadai tetapi... jangan pulak pi bantai makan keropok cikedis dan makan bende yang tak berfaedah.
saya berpendapat, menjadi gemuk ini adalah kerana gaya hidup yang tak sihat. lebih kurang ayatnya macam malas dan banyak alasan. tgk ajelah diriku sendiri. akibat daripada penyakit buatan orang ni.. gaya hidup menjadi tidak begitu sehat. berat naik mendadak. first three month, doktor tak menggalakkan buat keje berat, exercise pun takleh. sebab takut kandungan tak kuat. masuk bulan ke-empat dan kelima baru nak setat semula exercise. masa ni badan dah berat. muka, tangan, kaki dah kembang, tak fit. dan malas. tu pun exercise takdenye berbentuk cardio yang peluh memercik ke lantai. semuanya exercise mild, pilates, yoga dan pergerakan yang simple. makan pulak tak hingat! bantai makan macam makan dua orang. hakikatnya aku hanya perlukan extra200 kcal aje for my baby. badan dah berat, perasaan malas mula menguasai. jalan pun slow. malas nak kemas rumah. mallas nak jalan2. malas nak bangun. malas nak bangkit dari krusi.. bila dah malas, kalori intake yang diambik secara over tu BERTUKAR! jadi lemak. aduh... laaagi la malas... sebab bila jalan2 rasa mengah.
akibat dari perbuatan malas itu daku ini sudah menjadi mama gergasi. dengan berat menghampiri 95kg di mesin penimbang mak. kalau kat klinik tu mampu cecah 98 gamaknya.
aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh mampu kah aku menukar lifestyle aku semula? dan akibat daripada kenaikan berat badan secara melampau ini tangan menjadi cepat kebas, kaki cepat lenguh... symptom ini datangnya dari peredaran darah yang tak lancar. tak lancar sebab banyak LEMAK? akibat dari berat badan berlebihan juga aku dapati lebih kuat berdengkur. patutla bila aku bangun pagi budak2 semua dah berada jauh dari aku. Lari dari mama yang bising. huhu.
yang nyata kesakitan kaki dan tangan ni menyebabkan aku insaf. tapi belum cukup mampu untuk menahan diri dari tak memakan coklet, biskut dan cikedis. CIS, burger, piza dan makanan lain yang tidak sihat.
sure lepas ni kalau checkup kena minum ayaq gula. oohhh tak sedap.

masa pre anniversary lunch. ada member yang komen 'semangatnyer ko.. huhu' . takpelah semangat  pembawakan aku terima je lah. 




Tuesday, December 18, 2012

cute

kata orang kalau nak anak comei.. kena tgk bende cute. bende comei, bende yang indah..
apa itu cute?
cer search kat google.
ni hasilnya kat image punya category
cute kah?
kalau cute korean... (dalam google search.. aku tak kata pun derang cute. )

cute kah?

cute kah?

skali...
tae yang pun category cute korean .. gd and top takde????

aduhhh.. kenapa kalau korean je kena buat expressi muka mencebik, mengembongkan pipi, mengenyit mata, mengherotkan mulut, comel kah? 

kalau search 'hot guys' pulak..

penuh ngan aksi lelaki yang tak pakai baju. + satu aksi gay. erk?????
definitely all not my taste. tapi gambar yg first tu.. mark walhberg. hero pujaan zaman remaja. and i also penah ada pin-up poster the exact picture. uuuuuhhhhh... tak sanggup.
kalau search 'bajet cute'... banyak lak kuar muka yg bajet cute...
ye. dan banyak aksi muka bajet cute.. muka tade kerut, hidung kembang sikit, mulut senyum yang paling manis. .ada juga yang perasan ala korean girls. kembung pipi, dsb. aduh................. tak boleh tahan.. tapi. cer tgk gambor bawah yang pakai baju ada pink hijo kuning. TOP? bajet cute?
search 'comel'
penuh ngan gambo baby cute. ada la seketul dua tiga empat gambo org dewasa  yang perasan comel. urggg.. uwekkk dont like. tapi budak2 ni memang comel
tapi yang paling comel aku rasa......
berlumuih hidung ngan taik hidung dan hingus, gigi rongak, rambut serabai, tetap comei.. budak hati mama... 

perut buncit, dah petang bau asap, tangan sunburn sekerat, muka berjambang, tetap comei.. darling mama

kak omei.. 

abam apikk.. omei kata.. 
hmmm tak yah susah-susah nak letak wallpaper gambar cute bagai. balik rumah tgk jelah muka derang ni puas-puas, tak perlu anjing, kucing, baby lain, korean, hot guys la, baik muka baby ni ikut muka abam dan kak omei ni lebih baik. 
yang lebih bagus beristhgfar banyak2, doa kat Allah.. supaya baby sihat, cukup sifat, dan comei.. 
amin...

Pre-6th anniversary lunch


smile!

we all bertiga je yg seronok. berseronok. dan menyoronok

en. darling tak lekang menatap blackberry. ntah. banyak gambarnya suma menatap handphone. 
anniversary... 6th anniversary was celebrated on 16th december at chilli's bangsar.
yup. again.. chillis. tapi makan rasa macam tiada perasaan. suda tak sedap lagi. tak macam masa first try makan sini dulu. our anniversary is actually 22/ 12. tarikh tu nak pergi jenjalan ngan family. so mungkin akan celebrate with them.
menu.. biasalah. chicken chatapole, husband.. burger.
anak2.. pizza, mac and cheese.
chilli's ni kalau bukan smoking area bising yang amat. tak selesa nak makan2. darling tak mo duduk kat open area sebab dia kata dia takmo smoking. but...... smoking area tu lebih bertenang suasananya ditemani dengan pokok2 hijau dan pemandangan yang menarik dengan udara yang nyaman.. (tu kalau tade org yang merokok di kawasan berkaitan la... )

Intoxicated - Kucingku Aki - Dedicated to anjang..



anjang.. dedicated to you. Dulu masa tahun 2000 achu selalu dengar lagu ni. Semoga Chang tenang di sana.

mama masak ke?

AKu seorang yang malas betul nak ke dapor. Rela je gi kedai gi beli dinner kalau dah tinggal bertiga je ngan afiq dan zarin. tapi semalam.. rasa muak sangat nak makan luar. teringat kat peti ais ada ikan goreng yg hari ahad makan tak habis. dan lauk masak merah mak. dan juga baked beans balance makan chicken chop masa hari apa ntah tak ingat. Misi pertama - masak nasi. bagi budak2 ni makan roti yg beli kat breadstory masa lunch semalam kat hartamas. pehtu meneruskan misi masak nasi. 1 pot. periuk kecik. Misi kedua - masak air. dah hampir empty bekas air masak yang mana last sekali masak adalah pagi ahad.. masa mak ada kat rumah. Misi ketiga- ikan goreng masak kicap. potong bawang dan daun celery. kemudian tumis bawang bersama daun celery. kemudian masuk je ikan goreng sejuk yang baru bawak kuar peti ais. Misi ke empat- goreng telur + baked beans. pan yang guna masak ikan goreng kicap tadi tak basuh dan guna balance minyak yang dah tercampur ngan kicap utk goreng telur. tatkala ini afq masuk dapur. dan dia heran apa la mama dia buat kat dapur ni.. 'mama masak ke?..... umm yam yam sedapnya..' sambil tgk kat piring yang menempatkan ikan goreng kicap. kemudian dia panggil adiknya.. 'adik.. adik.. mama masak la...' ohhh terharunya.. budak2 ni appreciate mama masak. mama yang sangat jarang-jarang masak. dan resultnya.. memang habis nasi yang dimasak satu pot. dan habis juga ikan masak kicap yang rupanya2 feberet diorang. rasanya afiq sorang je memang dekat 1/2 pot dia makan. alhamdulillah.. semoga anak mama berisi sikit dengan air tangan mama. jgn berisi ngan fast food je. :)