Monday, September 26, 2011

zaman remaja

zaman remaja...
anak-anak buah dah remaja. terbaca blog seorang remaja yg penuh kemarahan. marah kerana bergaduh dengan kawan-kawan. marah kerana kawan-kawan dah malukannya. marah kerana tade sapa yg truly her friends.
yup... memang remaja macam tu. dunia ni bagai nak runtuh kalo bergaduh ngan kawan-kawan, hidup ni dah ibaratkan penghujung sekiranya kawan-kawan pulaukan, dan tinggalkan. lagi2 pulak kawan tu kononnya adalah kawan terbaik. masa tulah kita jumpa kawan tikam kawan, jumpa kawan lain yg lagi kool tinggalkan kawan tu. kalau kawan tu kaya plak sanggup dipergunakan semata-mata nak beli kawan. sanggup belikan kawan macam2. tapi tak sedar diri kena guna. masa ni susah nak cari true friends. masa ni lah.. ye masa nilah masa untuk mengenal dunia. yg mana setia, yg mana tidak.
yg penting sebenarnya adalah kawan yang boleh mendorong kita melakukan bende-bende yang baik. jgnla berkawan dengan kawan yg mendorong kita melakukan bende yang tak elok.
zaman remaja dulu pernah berkawan dengan macam2 org. kawan yg baik masa darjah 6 menjadi kawan biasa je masa sekolah menengah. yelah.. masuk form 1 kelas lain2.. pehtu tgk2 dia pindah sekolah pulak. bes fren kita masa form 1 - form 2dulu memang cool.dia gi skolah naik beskal tua. org time tu pakai beskal racing, beskal mountain bike... dia tetap cool ngan beskal tua femininnya. dia pengawas macam kita gak. senang bergaul ngan dia. tapi sekolah melawati dah bukak, dah tak berapa ngam dah ngan dia. tapi masih lagi (time tu.. ) berbalas card, surat.. kelakarrrr..
form2-form3, zaman mula mencari identiti. mula nak kenal dunia. kawan... adalah kawan sekelas, yg masih berkawan sampai sekarang. tapi tak rapat pun.
time nilah baru nak belajar kuar sendiri ngan kawan2. depa ajak gi jenjalan gi alpha angle. wah pergi sendiri tanpa parents. kelakarnya. time tu style baju macam kumpulan feminin, res2.. yg lelaki pulak ala2 4U2C tapi derang claim macam vanilla ice. mc hammer tak cool. KRU pun belum cukup cool macam 4U2C. itu kerana KRU adalah budak melawati. so any budak melawati yg jadi artis, kira tak heran sangat la.. pernah sekali tu derang membuli si edry yg masa tu baru balik dari sekolahnya VI kalau tak silapnya.. dan menaiki bas sri jaya. masa tu KRU baru buat satu album dengan fesyen windbreaker. malaysia tak cukup sejuk la bang. awatla pi pakai windbreaker.
remaja.. time tu kalau kawan ngan budak nakal kat sekolah kira macam cool lahh. geng nakal kat sekolah kira macam geng yang paling havoc sekali. dapat kawan ngan budak pompuan paling glamer kat sekolah kira cool gaks. time tu tak sudi nak kawan ngan budak pandai. tak sudi nak masuk kelas pandai sebab kat kelas pandai banyak budak nerd. kelas pertengahan byk budak cool yang hensem2. seb baik time peksa tak flop.
form4.. kawan ngan budak nakal.  time ni.. serong, ponteng, gi tempat lain time sekolah adalah perkara biasa. mujurlah sorg budak tu disebabkan mak dia tak tahan sgt, ditukarkan sekolah kat 'pekan taik lembu' claim budak tu. masa dia tukar sekolah tu jugak aku beralih arah ke arah sikit kebaikan. tukar geng. tapi x cukup ok gak tu. sebab geng yg ni penuh drama, org ni bes fren ni tapi bofren org ni amik bofren dia ni tapi exbf dia ni caple lak ngan org ni ... tapi geng penuh drama ni la yg jadi geng sampai form 5. penuh drama!
tapi geng ni bagus, derang mendorong diri ini untuk belajar, dan bersaing sesama sendiri untuk jadi better.
derang mencari peluang yg mana ada untuk seminar, kursus motibasi, dan juga pada masa yg sama memajukan diri, mencantikkan diri sendiri.. membina self esteem yg jitu. geng ni juga... berjenama. jam jenama, jeans jenama, parfum body shop, beg ada klas. tapi habih sekolah.. geng ni hanya tinggal nama.
aku yg malas nak kontek, malas nak berhubung. sekali2 je jumpa. jadi kawan kat fesbuk pun sekadar kawan je. dan baca je update kawan2. masing2 dah beranak anak.. dan seorang tu dengar2nya dah jadi datin no 2. tapi tak tau la.. dgr2 je.
aku tak macam laki aku yg terus memaintainkan diri berhubung ngan kawan2 yg dari sekolah.
dan terus berhubung dan berhubung...aku rela macam tade kawan sekarang. tak tau kenapa. very opposite compared to zaman remaja dulu.

Friday, September 23, 2011

sungguh menyedihkan

sungguh menyedihkan production sekarang ini. sehari cuma boleh dapat average 9 oz. lagi2 sejak lepas raya n pergi bercuti haritu. tu kanan jumlah pagi tadi. yg kiri baru jap tadi.
kesian adek-kedek dapat sikit je. tapi takpe. adek kedek dah besar dah boleh accept other food.
dah boleh kenyang tanpa susu.. tapi dia masih perlukan susu utk membesar. maybe adek dah ready tapi mamanya belum ready nak berpisah susu ngan adek kedek. tapi adek pun sebenarnya tak rela rasanya sebab antara botol n mama, dia prefer mama... pulak tu boleh cerewet botol pulak. botol biasa dia buat sos kicap cicah2. botol yg dia nak tommy tippee.. high taste. gemuk berlekuklekuk macam mama...
huhu..

harini besday my niece, happy 17th tizi zabirah.. masih terkenang masa achu 17. u came to this world n ceriakan umah opah. i still remember dia punya putih melepak, kemanjaannya, kegadohan ngan achik, keberebutan apabila ada makanan. keminatan terhadap barney.., kelincahan dan kecomelannya lesung pipit kiri dan kanan, sekarang ira dah 17. sama umur when i first meet u. luv u so much my niece. my very first niece. and now my biggest niece. sebab dah besar dari achu pown.....

Monday, September 19, 2011

ke langkawi ye

on my birthday, en hubby membawa kami semua (konon.. padahal sendiri rancang) ke langkawi menaiki aeroplane. tujuan utama sebenarnya adalah untuk atok zubir membawa cucunya afiq membawa naik kapal terbang kerana dia telah mula mengerti serba sedikit. hmm memang mengerti pun. dulu naik masa setahun lebih tak paham sangat. tahu bende tu areoplane jer.
15 september morning:
6.15am:
afiq, tengah tido, kejut macam biasa tak bangun2.. lalu...
mama: sapa nak naik aeroplane? sapa nak pakai baju hensem?
afiq: saya... (dengan suara garuk baru bangun tido)
afiq: nak mandi..
owhh senang bangun.... dan terus gi mandi.
kami bertolak pagi seawal pagi macam nak pergi kerja dari umah mak. menuju ke umah ke'da. flight kul 11. tapi dah sampai umah keda kul 8 lebih. dekat2 kul 9 keda hantar lak kitorang ke airport. uhhh lama lagi.... dah sampai airport baru perasan carrier tak amik. aduiiiii lenguh la berdokong sekedek-kedek..
si afiq.. dari mula keluar umah termenung memegang botol ala trumpet. susu tak habis. melekat aje kat mulut.
sampai ke airport pun lagutu gak. mood... letih+boring tunggu nak naik kapalterbang. sebab kena tunggu lebih sejam setengah tak buat apa... meragam-ragam berbagai ragam anakanda buat.
keexcitedkan terjelaS di muka afiq semasa dah setat boarding. masa kapal terbang baru bergerak roda pun dah excited. masa nak naik plak lagi excited. masa nak turun.. aiseh... 'afiq nak naik kapal terbang lagi.'
 dan merengek tak mo turun... jenuh la babanya pujuk.. kapal terbang nak isi minyak plak. nanti kita naik lagi.

si zarin plak.. dari malam sebelum nak pergi tak berapa nak tido. merengek dan menangis. naik kapal terbang pun sama merengek dan menangis. air liur meleleh-leleh. ingatkan sakit gusi bengkak. kita bantai la bagi air gripe water. dan sememangnya hakikatnya ada satu gusi tu nampak bengkaknya. masa nak naik, melalak, nak  landing melalak. sampai langkawi pun mood kureng. mlm tu pun melalak juge sampai dedar2 badannya. naik keta melalak. turun shopping diam. makan tak lalu, menyusu tak lalu. esoknya gi cari klinik... rupa2nya ada fungal-yeast infection kat dalam mulutnya. lebih kurang seharian tak mnyusu betul2. petang baru nak menyusu. tu pun sebelah, bengkak breast. mlm tu perah pakai tangan. tapi agaknya memang bukan rezeki zarin. susu yg diperah dalam cawan tu boleh tertumpah. (tulah.. riak lagi ngan mak.. cakap zarin tak perlu susu lain. tak yah risau.. kebetulan susu tepungnya tinggal sebancuhan je lagi) betullah.. sebab zarin minum susu mama. kalau mama takde je baru bagi susu botol. tu dah jadi kes gini. apa susu pun takleh masuk. minum air milo/susu coklat pakai straw je. kesian zarin.

petang tu setelah pekena antibiotik dr shuib dari kuah langkawi barulah zarin selera sikit nak makan. alhamdulillah....
tapi naik aeroplane nak balik kl pun masih melalak. mabukkah anak dara ku??
harini...
saje tukarkan susu baru- sustagen 1+ dan disertai juga botol baru.
susu baru: sempena bakal berumur setahun pada 29.9.2011. milo n susu coklat pun dah dibantainya... susu setahun pun boleh jelahhhh.
botol baru -tade jenama direject habis-habisan oleh zarin.
terpaksala mama gi beli botol tommy tippee kat manjaku jap tadi. one baby world tutup monday maaaa!!!! alah ruginya.. obw murah lebih sikit...
harini...
abang yop bangun awal. kenapa tak tau. maybe sebab malam tido awal.
so mlm ni nak kena push bebudak tido awal.. tapi mamanya yg selalu melambatkan derang. sabojelah.
ni kenapala mouse suke terhang je... nyusahkan org

Tuesday, September 6, 2011

oo macam takde keje

macam tade keje le setengah orang tu
nak tuka no tepon
nak tuka gambo
nak tuka title jawatan
nak tuka email
bende tu dah setahun kat stu cenggitu.. baru perasan no tepon salah? baru perasan nama salah? baru perasan email salah?
budus nya

org got better things to do, bigger things to do!

i dont wantttt

i dont want to go to this meeting!!!!! 
i dont want!!!
(refer: to tak sudi hari inobasi)