Wednesday, January 21, 2015

akan beranak lagi

Hahaha dalam kata tanak beranak, baby last..  di maklumkan tahun ini. Di awal tahun, pada masa bila2 dari sekarang.. saya insya Allah akan beranak lagi sorang. Saspen teringat peristiwa lama beranak tapi buat masa sekarang uhhh Alhamdulillah di beri rasa sakit contraction yg tak mungkin dapat dirasai pada masa akan dtg.. kalau x mengandung lagi. Di beri peluang untuk menghapuskan kifarah dosa, diberi peluang untuk  melahirkan amanah Allah sekali lagi. Dan insya Allah peluang lagi sekali mencipta kenangan melahirkan anak lagi. Huuu harap kali ni biarlah yg indah belaka

Afiq pun dah darjah satu. Alhamdulillah. . Semua membesar dgn sihat 

Wednesday, January 15, 2014

And the reason is, because Allah said so

Ya Allah.
betapa aku nak tulis just to remind me of how teruk, how bad, how nasty the things is during baby first year but somehow asyik tertangguh sahaja kerana...
Allah tak mau kita men'deny'kan rezeki yg dia telah bagi, akan bagi dan mungkin bagi lagi. Rezeki anak.
Allah tak mau kita mempengaruhi org lain betapa susahnya tatkala mengharungi waktu confinement, menyusu, Allah tak mau kerana tulisan ini adalah global, boleh dicari, digoogle dan sedikit sebanyak akan mempengaruhi pengecut-pengecut yang tak mahukan anak.
Allah tak suka kita berkata buruk mengenai pemberianNya dan bagaimana kita nak handle.
Ya Allah, ampunilah dosa ku.
sesungguhnya tidak ada sesuatu yg indah melainkan seindah ciptaanmu. (THIS one i get masa dr gigi tengah pasang crowning kat gigi- cantik cemana pun gigi itu ianya tetap palsu dan akan buruk tak lama lagi, lebih indah yg telah Allah create masa dulu)
Ya Allah, indah sungguh saat melahirkan Najihah, saat keluarnya Najihah, saat Menyusukan Najihah, Najihah yg comel. Najihah yang baik.
Ya Allah, tak baik sungguh aku berfikir tak mau ada anak lagi selepas Najihah hanya kerana berbagai alasan yang ntah pape. rezeki itu datang dari mu. Sampai saat dan masa taulah nanti bagaimana nak handle. setiap anak berbeza.
Ya. Tahun ni aku akan jadi 37, agak berumur, aku berharap tidak mengandung lagi, cukuplah setakat ini,
ye.. yuran sekolah tinggi.
ye.. yuran taska naik
ye.. harga barang naik
ye.. mak pun dah berumur, sakit sana sini.
ye.. nak gi kedai ada budak kecik susah nak handle.

tapi.. Allah kan ada. dia yg akan menyenangkan kita. jangan risau mengenai rezeki. Allah ada,
jangan risau mengani hal2 tak berkaitan. tukar niat. melakukan apa sahaja semuanya kerana Allah.

ya Allah ya rahman ya rahim, yg maha pengasih dan maha penyayang.. Allah ya Allah, lindungilah kami semua dari kesusahan, permudahkanlah ya Allah..



Saturday, October 12, 2013

Zarin's potty training. 1st day.

Alhamdulillah. . Harini dlm sejarah.  Zarin dh berjaya di pt kan.
So proud of her. Berjaya mengharungi hari pertama dgn 4 kali bocoran. 3 kali tukar baju. Yg penting kena sabar, tabah dan disiplin. Ok nt kita share tips pt

Sunday, October 6, 2013

Normal

What is normal to you?
Normal for sportsman is to sweats. A lot.

For housewife,  normal is to do chores,  cooking and all domestic.

For org beranak,  normal is to deliver naturally. 

For org jahat, normal is to ambil peluang bila dapat chances.

For students,  normal is going to class,  eat, sleep, exam, friends,  library.

For government servants,  normal is saya yg menurut perintah,

For parents,  normal is loving and protecting ur child.

For grandparents,  normal is to spoil ur grandchild

For 1st timer, normal is least chance of success. 

For old timer(otai), normal is action based on experience.

Are we normal? 

Yes.  We are normal in our own way. 
If everyday its been like that than it is normal for that person.

So. Stop trying to say why cant I get a normal life? Why cant I be normal? Why wont u be normal? Coz it is not normal. Changing from  an old routines and make new routine is normal when the new routine is going to going to be ur normally things.

So what is normal? 

Normal for me?
Normal for you?
Normal for him, her, and her?

Normal is like now ni lah.
Going to work. Send kids to taska, whenever off day, stay at home or go to kedai. Jaga the baby, jaga the kids, hoping encek darling will take us to somewhere but its not going to happen cos its not normal. Huhu.. tapi Alhamdulillah normal lah hari2 gitu.

Wednesday, July 3, 2013

Worried:risau

Saya selalu berasa risau. About:
Kids. Apa yg drg buat harini yg boleh meruntun jiwa. Haritu princess menjerut dirinya dgn gitar. Humakaiii... hero plak perlakuan yg over aktif, yg asiik melompat, berlari, dan buat bising,
Dan risau perlakuan2 mereka ini akan menyebabkan opah berleter dan marah dan berleter dan marah dan marah dan berleter. Huuu...
Saya juga risau apabila opahnya tade. sebab mereka ini akan menjadi lebih agresif kerana opah tade. Yay opah tade... tade sapa nak marah. Mama marah pun x jln. Sebab tak sehebat opah marah. Huuuuuu
Risau kerana susu arfa najihah tak cukup byk waktu pam. Risau dia x tdo sebab x kenyang ke?
Risau pada waktu mkn. Ketika handle budak2 tanpa opahnya risau sekiranya x smpt mkn dan masuk angin? Risau budak2 x cukup mkn?
Risau. Risau. Risau.
Sebenarnya kita x perlu risau. Risau adalah fitrah manusia tapi x perlu melebih2 risaunya. Insya allah kita ditakdirkan berada dlm situation sedemikian kerana kita telah ditentukan olehNya utk menghadapinya. Kerana kita layak, sesuai dgn keadaan tersebut. Tak perlu risau. Allah dah tetapkan kita boleh mengharungnya dlm situasi berjaya atau gagal. Kdg2 berjaya x bermaksud menang dan gagal x bermaksud kalah.
Opah ada/opah tade kita tetap mengharungnya hari2 tersebut. Biarpun hari itu dipenuhi dgn bebelan opah atau tidak, kita tetap melalui hari tersebut. Tapi ambil iktibar ke tidak?
Samada najihah cukup susu atau tak? Selagi dia x meragam dan x buat muka risau berkerut didahi dan cukup kencing/berak, x perlu risau sebab pam bukan indikatornya. Dia cukup susu, maka dia akan berak dan kencing byk. Dia meragam mcm x cukup susu tandanya dia nak membesar dan sedang melakukan penambahan susu buat dirinya. Growth spurt ke spurt grow. Ye ntah.
Risau budak2 itu ini dan begitu begini.. lumrahlah budak2..
Risau x sempat mkn waktu mkn takut masuk angin, takut x mkn? Is the most ridiculus thing to risau. X mkn pun risau?? Mknn byk la dlm fridge ada. X perlu risau. Berusaha dan Berserah sahajalah.. Allah ada.

Friday, May 10, 2013

Intoducing baby nur arfa najihah


Weight 3.1kg
Height:51cm
Dob 22 april 2013, 11 jamadilakhir 6.49am

Alhamdulillah baby no 3 dah selamat dilahirkan disubuh senin 22 april 2013. Awal 2 minggu dari tarikh due 2nd may.
Bloody show on sunday morning. A day after besday bapak. Ye. Aku drive lagi tuh ke dpp masa besday bapak. Agaknya drive tu mendribekan mentriggerkan baby utk turun awal. Letih drive ye idak.
Minggu tu supposenya mak dan bapak akan ke pd bg menguruskan hal bil kt rumah pd. Mak punya plan senin ke pd, rabu balik kl. Bila dah nampak darah aku pun segera kabo kt mak. Rasanya mak kena gi pd harini gak sebab td tgk masa kt toilet ada darah. Mak pun tanya sakit ke? Sebenarnya rasa sakit sikit2 mmg dah ada sejak 2-3 menjak. Aku rasa sakit ni dah mcm terbiasa. So aku kabo le kt mak tade la sgt. Pehtu mak pun decide gi pd juga sebab takut aku terberanak awal. Kelam kabut mak menyiapkan brg nak ke pd. Nak bawak budak dua irg tu lagi.. takut apa2 hal kang mana nak letak yg dua org tu? Tapi aku pun lepas tu kelam kabut menyediakan brg nak masuk dlm beg.. beg nk deliver. Saspen juga. Sebelum ni mana pernah turun tanda.. semuanya induce.
Maka hari ahad tu sepanjang hari ada lagi 2-3 kali serangan ala period cramp (contraction le tu) melanda. Buat bodo je. After all.. aku rasa kalau gi menyerah diri awal nt takleh nak buat apa sgt kt sanan nun.

so relek2 le kt rumah..
malam tu..jeng jeng jeng... tade pape jugak. sakit pun ala kadar je. kul 2.30 lebih kurang encik husband pun balik, siap sembang2  ngan dia. ceritahal apa2 ntah. pehtu dia berkeruh.. aku pulak tak dpt tidor. mlm sebelum pun berapa kali terjaga ntah. tapi pagi tu lain macam. rasa sakit makin kuat dan agak kerap. kejutkan en.darling. ra
sanya kena gi klinik le skrg. noneng2 nenong2 siap2 dlm lebih kurang 3.30 am dah ada
 kt klinik.
 kakmisi tu tanya.. sakit ke? dan aku pun jawap haah. dan dia pun check.. dah bukak 3cm. pehtu dia pun suruh rst kejap kt bilik. kt bilik pulak rasa sakit menyerang nyerang. nak baring rasa dah x boleh. so duduk la. duduk pun sakit. menonggeng. bukan tonggeng atas katil. sakit juga. last2 gi mandi. dah mandi tu ajak encek husband turun ke labor room. rasa nak beranak tak tahan dah. check baru bukak 7. masa tulebih kurang kul 5.30. dahle letak ctg. dengan blood pressure naik tinggi 140/96 lebih kurang. mmg dah nak beranak sgt dah. tgh tunggu dr dtg. masa tunggu tu ntah berapa kali ada rasa urge nak teran. misi kata belum lagi.. baru buka 7. ermm yelahh.. tiba2.. terasa something laju je keluar dari dlm perut dan menyembur keluar air ketuban. hahaha.. first time juga rasa air ketuban keluar. sebelum ni manalah pernah rasa, sebab induce. lega sikit rasa. sambil tu en.darling sempat gi solat subuh.. tu pun misi yg suggest. takut lama lagi nak beranak. pehtu tak lama kemudian dgr plak suara dr. ohh dr dah datang. misi2 ni kata biasa bila dr dah dtg biasanya patient jadi lambat plak bersalin. aku pun relek lagi. erm tak berapa lama lepas tu rasa nak teran tu dtg lagi. dr plak kata ok nak teran, teran.. pehtu x jadi plak kuar. aku nak cuba teknik menhebuskan nafas dan releks sampai baby yg kuar sendiri. tapi bila dgr dr ckp. ohh mcm ni tak boleh nni, susah u nanti. aisehhh.. org baru nak praktikkan gentle birth.. geram je rasanya. pehtu boleh plak dr tu membebel cakap i x solat lagi ni. pong pang pong pang nyot nyet nyot nyet  drg kelam kabut call i, nak mandi, rush dtg sini, parkin pun senget, dah pukul 6.30, x sempat solat... bla bla bla.. aku pun ckp xpelah dr.. gi la solat dulu.
habis je dr solat solat, aku pun teran, baby pun kuar. dan rabakk.dgr sore baby nangis terus hormon bertukar! menjadi dari seorang yg pasrah kepada seorang yg sgt gembira! magiknya bersalin. Kuasa Allah.. alhamdulillah. dan intai dah keluar dah baby...

namun episod selepas itu horror!

dr terkial2 nak keluarkan uri. as far as im concern, nak keluarkan uri bukan camtu, bukannya tarik. dan akibatnya putus tgh jalan. maka selepas itu, hati gembura bertukar! menjadi x bes. kena sedut gas mcm nak pitam, mcm nak pengsan, dah pengsan kot pasal rasa mcm x sedarkan diri.. kena rodok sebab nak kuarkan uri. sampai hati...
kena jahit pun sakit. kenapa ku diperlakukan begini? uhuhuhu.. sedih.

dulu pun masa bersalin zarin pun ada episode dr terkial juga. erm. sudahlah.. ni last la bersalin ngan dr ni. rasanya ni pun baby last kot. apapapun, alhamdulillah sakit bersalin x lama. dan dipermudahkan ketika rasa sakit. alhamdulillah baby sihat..

Happy birthday bapak part 2

Uhh punya lama post poned nak tulih. Sekali terberanak plak dua hari selepas besday bapak. Later i wrote about labor okay!
Anyway..
Cerita pasal bapak.
Bapak memang sporting. Masa mula2 bawak balik en. Darling utk memperkenalkan saya punya ehem ehem.. idak le macam kena interview keje. En. Darling punya respek ngan bapak. Dengar cakap bapak bila dah ada ikatan.. jumpa jgn selalu.
Iye pakcik (masa tu lah).
Dan mmg dia turuti nasihat.
Dah kawin plak.. en. Darling memang layan aje bapak. Turut je ckp bapak. Dan selalu dgr nasihat bapak. Kawan2 en. Darling juga.. kuperhatikan sgt memandang tinggi pada bapak sampaikan aku yg naik segan. Ya.. bapak seorang yg berperibadi tinggi, hebat, dan berketrampilan seperti sorang pemimpin waja. Bapak juga seorang yg pemurah...Walaupun sebenarnya bapak bukanlah berpoket tebal, tapi sampai ada org yg nak amik kesempatan diatas kemurahan hatinya yg ini boleh mendatangkan marah. Ntah ye ntah tak org tu punya problem. Daripada tahun lepas masa bapak sakit pun tak segan2 minta bantuan. Baru2 ni pun minta lagi.. alasannya anak nak mula keje. Duhhhhh.. anak org lain pun mula keje juga. Tade duit keje jauh carile keje dekat2. Anak nak konvo.. tade duit. Duhhhh... masa cuti keje le part time.. bukan susah. Aku pun kena keje ni ha.. nak bayo hutang.
Sebut pasal hutang.. Dulu masa kecik mak pernah cerita bapak masa keje hutang berputus hubung. Dah habis ambik pulak hutang baru. Zaman 80-an. Gaji pegawai kerajaan takat mana la nak sara 4 anak dan mak tak bekerja. Aku melalui zaman kepayahan bapak. Dan alhamdulillah melalui juga zaman kegemilangannya masa belum kawin dulu. Alhamdulillah susah senang mak tetap masak sedap.
Bapak dah 71 tahun ni. Pagi tadi aku tgk mak potong kuku kaki bapak. Sayu rasanya. Bapak dah tak berapa nampak. Tapi aku tgk gigih juga drive keta. Hebat tak hebat tuh.. Encek darling pun ada pesan.. skang ni kita ikut je apa mak bapak cakap. Derang dah berumur. Ntah bila2 boleh dijemput kembali kepadaNya. Aduhai.. tak sanggup bila tiba saat itu. Me luv u bapak, mak, very deep deep inside. So apa yg derang wish, try to fulfill it. Spend masa bersama. Tanya khabar. Aku tgk adik beradik aku ni skang sebuk benar dgn urusan masing2.. rumah dekat tapi susah nak nampak. Yg jauh tu pun sebenarnya dekat. Tapi jarang nampak. Kalau panggil dtg makan barulah muncul. Hari ahad lepas dtg pun sebab PRU 13. kalau tak.. see in wasap jelah. Itupun kalau ada. Tapi bapak tade wasap.. takpelah.. kitorg jelah layan. Seb baik ada cucunya afiq dan zarin yg memenuhi masa lapang. Dan terkini si najihah.. layan jelah atok...

happy birthday atok. sambut ngan cucu2 jelah..