Wednesday, July 3, 2013

Worried:risau

Saya selalu berasa risau. About:
Kids. Apa yg drg buat harini yg boleh meruntun jiwa. Haritu princess menjerut dirinya dgn gitar. Humakaiii... hero plak perlakuan yg over aktif, yg asiik melompat, berlari, dan buat bising,
Dan risau perlakuan2 mereka ini akan menyebabkan opah berleter dan marah dan berleter dan marah dan marah dan berleter. Huuu...
Saya juga risau apabila opahnya tade. sebab mereka ini akan menjadi lebih agresif kerana opah tade. Yay opah tade... tade sapa nak marah. Mama marah pun x jln. Sebab tak sehebat opah marah. Huuuuuu
Risau kerana susu arfa najihah tak cukup byk waktu pam. Risau dia x tdo sebab x kenyang ke?
Risau pada waktu mkn. Ketika handle budak2 tanpa opahnya risau sekiranya x smpt mkn dan masuk angin? Risau budak2 x cukup mkn?
Risau. Risau. Risau.
Sebenarnya kita x perlu risau. Risau adalah fitrah manusia tapi x perlu melebih2 risaunya. Insya allah kita ditakdirkan berada dlm situation sedemikian kerana kita telah ditentukan olehNya utk menghadapinya. Kerana kita layak, sesuai dgn keadaan tersebut. Tak perlu risau. Allah dah tetapkan kita boleh mengharungnya dlm situasi berjaya atau gagal. Kdg2 berjaya x bermaksud menang dan gagal x bermaksud kalah.
Opah ada/opah tade kita tetap mengharungnya hari2 tersebut. Biarpun hari itu dipenuhi dgn bebelan opah atau tidak, kita tetap melalui hari tersebut. Tapi ambil iktibar ke tidak?
Samada najihah cukup susu atau tak? Selagi dia x meragam dan x buat muka risau berkerut didahi dan cukup kencing/berak, x perlu risau sebab pam bukan indikatornya. Dia cukup susu, maka dia akan berak dan kencing byk. Dia meragam mcm x cukup susu tandanya dia nak membesar dan sedang melakukan penambahan susu buat dirinya. Growth spurt ke spurt grow. Ye ntah.
Risau budak2 itu ini dan begitu begini.. lumrahlah budak2..
Risau x sempat mkn waktu mkn takut masuk angin, takut x mkn? Is the most ridiculus thing to risau. X mkn pun risau?? Mknn byk la dlm fridge ada. X perlu risau. Berusaha dan Berserah sahajalah.. Allah ada.

No comments: