Monday, March 5, 2012

alhamdulillah.. yg elok tak semestinya elok, yang tak tak semestinya tak elok

last friday i was late. but then late no late must singgah umah papa, because mak masak nasi lemak. of cos want to tapau one. mak's nasik lemak is the bes in the world. best bro!
but i still relax. apa la late sangat masih kul 7. bawak the kids to the car. then check the bag.. eh mana beg susu zarin? sudah! hanto balik bebudak masuk rumah papa. me walk fast macam marathon ke rumah kita.
cari punya cari.. eh??? tade pulak...
so i walk fast again to the car. check dalam beg gym.. ooo kat sini rupanya. still tak kisah sgt. 7.10 minit masih boleh catch up. so i drive and drop the kids at the taska. skali kat depan skolah jem. ok la biasala traffic lite baru on semula. tapi dalam hati marah pasal pe le pi buat traffic lite kat tempat yg tak sepatutnya.
sampai kat hulu kelang.. 7.30 jem. jem tak biasa. redho. sambil dengar ceramah ustaz kat radio ikim. masuk je highway duke, ada info kemalangan lorong kanan near batu tol. alhamdulillah. dalam hati bersyukur kalau kuar awal gamaknya mungkin ada kena kena mengena ngan akcident ini. allah sengaja melambatkan for reasons.
tapi belum sampai exit gombak, dah setat jem. uihhh teruk kot aksiden ni. jauh dah jem nih..
ceramah kat radio ikim dah habih pi tukar lak radio klfm. ada ceramah motivasi lak. layan.
tgh syok layan.. tetiba bomm!! allahuakbar.  tgk keta viva sudah kiss itu belakang alza. apa nak buat ni... org dah la lambat ni. dia pi langgar sapa suruh. bila kuar tgk minah yg melanggar tu pun keluar. eh. takde pape pun. tak nampak pun kemek. ataupun aku sengaja ditak nampakkan wallahualam. so i told her. ok takde pape ok je lah. dia pun cakap terima kasih ye kak. so aku pun masuk keta. tapi dalam keta terpikir la. eh kenapa tak amik no telefon budak tu? kalau kemek cane nak claim? so aku pun redho ajelah. dah terlambat. dan kereta pun merangkak dalam jem sampai tol batu yang sebenarnya tade aksiden pun.atau sebenarnya aksiden tu dah lama habih alih, electro board tu yg lambat update. fikir balik aku je yg eksiden sebenarnya.
dan sampai opis kul 8.30am. kesan dari aksiden itu juga belakangbadan terasa sakit seperti yg dilanggar adalah badan sendiri bukan badan kereta. sabar je lah
harini.. pagi ni, hampir nak terbakarkan rumah. fius eletrik kat tepi masak air tu sudah berasap setelah aku cuba hangatkan lasagna keda dalam oven. terus panggil encek darling. dia relax dan selamber je. org baru bangun tido. masih duduk di krusi itu merenung dari jauh. 'sayang.. dia berasap la... cepatla. '. relax jap. dia kata. huh? aku pun angkat oven kecik tu. pk kat mana nak hangatkan lasagna tu. last-last gi kat belakang hangatkan atas washing machine. tapi sayang. tade rezeki nak makan lasagna. bukak je pintu oven tu. lasagna dan bekas nya terjatuh dari oven. bukan rezeki aku. takpelah.. banyak kalori lasagna tu(pk dlm hati). tapi.. apa ke he nye ngan fius nak terbako tu? ntah la. kata encek darling, kena tukar fius. harap2 tak apa2 la fius tu.dan moga2 encek husband settle la cepat2.. takut ada bende yg tak elok terjadi..
tghr tadi.. pi gym. tgk2 kasut dah hilang la. ngan selipar skali hilang. tinggal stokin je. aku.. speechless. numb. mcm tade perasaan. tak de rasa kecewa. tak marah pun. tak sakit hati pun. cuma terkilan.. nak pakai apa masa exercise ni? kat tipah offer selipar hijau dia utk bawak exercise. tapi aku tolak. seliparnya ada ala2 nak koyak. kang jadi apa2 plak kang naya ni. dia insist suruh aku pakai gak. aku cakap la baik-baik. bukan nak memperkecek kat selipar akak tapi selipar akak ni koyak. pehtu obvius nampak pakai selipar ni. takpelah saya pakai jela kasut saya ni. (kasut barani, beli kat langkawi..) jadi aku pun mengayuh la basikal statik tu guna barani. ada barani? aku berani.
nak jadi cerita.. lepas mandi nak sarung kain, zip kain pulak patah. patah yg tak boleh ditolong melainkan digantikan dengan zip yang baru. terlopong lah dia. seb baik pakai baju kurung. takde la sangat melampau kededahannya.
so aku pikir balik mengenai kejadian yang berlaku ini. pagi tadi dgr dr fadhilah kamsah kata, semua kejadian Allah yang menentukan. Jem pun Allah yang menentukan. jadi tak baik salahkan jem. tak baik marahkan jem  kerana seolah-olah marahkan Allah. Aku insaf. Segala kejadian ini sebenarnya alhamdulillah lebih baik dari orang lain yang lebih tak bernasib baik.
kebetulan hari jumaat tu jugak ada budak opis akseden juga. teruk keretanya. alhamdulillah keta aku tak seteruk keta dia. keta dia depan belakang. being kissed and kiss other car.
fius terbakor.. alhamdulillah tak terbakar bende-bende lain.
kasut hilang. mula-mula ingatkan nak biarkan pencuri itu cari aku sendiri kat padang masyar. lama2 aku pikir. udahla dia dah cukup berdosa curi kasut n selipar org. seksa plak dia nak mencari tuan punya kasut yg berharga rm12 dan selipar lama tu. cukup la dosa dia mencuri aje. jangan la ditambah2 kesengsaraan dia nak mencari aku. aku maafkan mu, pencuri kasut. kalau rasa dah tak mau pakai tu pulangkanlah.
zip? tak de sapa pun yg tau. takde mudaratkan sesiapa. jadi wat apa nak di kesalkan.

bukan nak menunjuk, bukan nak eksyen, bukan nak bongkak. menulis hanya untuk peringatan diri dimasa akan datang. supaya bila terjadinya peristiwa yg tak bes, haruslah muhasabah diri. Allah dah plan yg terbaik untuk kita. jadi yg tak elok tu dia ambil dari kita. yg tak elok tu dia jauhkan. mungkin baju aku ni berkilat terlebih sudaaa.. dan tak sesuai untuk aku. nilai diri sendiri. perbaiki apa yg kurang, berusaha ke arah kebaikan...
alhamdulilah syukur kerana diberikan peluang untuk bermuhasabah, ya Allah...


No comments: