Sesimple bacaan bismillah adalah kalam senjata yg mampu melawan iblis, syaitan. sungguh hebat ciptaan allah. alhamdulillah kerana diberikan hidayat untukku membuka bh, bhgn agama, supaya dpt baca tazkirah ini.
Dikisahkan bahawa syaitan gemuk bertemu dengan syaitan kurus. Si gemuk bertanya: “Apa yang menyebabkan kamu kurus? Syaitan kurus menjawab: Aku tinggal di rumah orang yang apabila memasuki rumahnya ia mengucapkan ‘Bismillah,’ dan apabila makan ia mengucapkan ‘Bismillah.’ Oleh kerana ucapannya itu aku menjadi kurus seperti ini.”
- diharap jgnlah ada syaitan gumok kat umah aku. cukuplah org yg gemuk aje.
Syaitan gemuk berkata lagi: “Aku pula tinggal di rumah orang yang tidak mengerti apa-apa lalu aku menyertainya pada makanannya pakaiannya dan pergaulannya. Akhirnya kunaiki tengkuknya seperti kenderaan saja layaknya.”
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Apabila salah seorang di antara kamu makan, maka hendaklah menyebut nama Allah. Lalu jika ia lupa menyebut nama Allah pada permulaannya, maka hendaklah ia mengucapkan, dengan menyebut nama Allah pada permulaan dan akhirnya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
Demikian rahsia dan hikmah kalimah ‘Bismillah’ serta berkat yang diperoleh apabila kita mengucapkannya. Sesungguhnya apabila kita mengingati dan menyebut nama Allah, maka Allah akan mengingati, menolong, memudahkan atau meringankan pekerjaan yang kita laksanakan.
No comments:
Post a Comment