Thursday, April 21, 2011

zarin.. menuju 7 bulan


menjelang umurnya 7 bulan:
  1. dah terer jugak.. merangkak. yesterday i left her alone kat bilik while attending abang afiq kt toilet.. tiba2 dah merangkak sampai depan pintu bilik. merangkak sambil mulut mengomel huhu.. dan sebenarnya dia masih terkial-kial lagi cari step yg jitu. tapi dah laju jugak. dia tak melunjur. dari mengesot ke belakang terus aje merangkak. well done my doter!
  2. i tot i heard her calling me ma tapi bunyi macam mea.
  3. masih lagi adore abangnya. gelak aje bila tgk abangnya.
  4. tak minat makan sgt. walaupun mulutnya macam org nak makan bila tgk org makan.
  5. walaupun tak minat makan tapi semalam habis satu biskut farley yg dicairkan terlalu cair. laju je makan. siap tepuk meja masa makan tu. tapi kejadian semalam tu macam dia marah aje masa ketuk meja. marah sebab kena stuck kat green chair itu.
  6. dah pandai main. kalau baru nak nangis, dah boleh distract her ngan toys. paling suka abang dia punya ultraman, spiderman.. aduiii...
  7. asyik nak tergolek aje lepas mandi dan suka merangkak naked. seb baik tak kuat kenc mcm abgnya. abangnya dulu nak kena cepat2 pakaikan pampers.. atau cover anu dlm botol cepat2.. kalau tak habih kena pancut. tretttttt!
  8. belum gi cucuk 6 mth lagi. takpe. nt balik dari genting gi le. lagipun nak cuti.. tak syok la kalau budak demam.. 
  9. eh next week nak gi jeli plak. takpe. gi before gi jeli buleh cucuk. ehehe.
  10. ~~ tak tau pe lagi. 


lentok ala sabariah.. oohhh stacy


haha. lawak la anak teruna seorang ni.


                                                                     
afiq yg mula terasa syok sebab ada lagu stacy jahatnya cinta. pehtu mula la aksi tergolek atas meja. masa ni tgh test apad froyo ohh dengan menggunakan streamyx kt humah mak. connection biasalah tapi terlebih excited sebab syok, bende baru. tapi yg sebenarnya afiq memang gini. suka beno tertonggeng, kaki naik ke atas, tergolek.. tapi aksi tepi apad ni yg takleh tahan. bergolek. hahaha

oh abang! tidak!!!!

Wednesday, April 20, 2011

wah.. beriye si penjual itu

beriye si penjual baby carrier itu menunjukkan bukti dia hantar kat posmen. apa2 jelah. yg penting barang itu sampai....
rupanya bila digodek2 website itu. penuh satu folder ngan gambor prove. dan rata2nya customernyer dari pelusuk dunia. usa, bulgaria, uganda, mcm2 lagi lahh

Monday, April 18, 2011

Berita Harian Online | Kalimah 'Bismillah' senjata ampuh lawan iblis, syaitan

Berita Harian Online | Kalimah 'Bismillah' senjata ampuh lawan iblis, syaitan

Sesimple bacaan bismillah adalah kalam senjata yg mampu melawan iblis, syaitan. sungguh hebat ciptaan allah. alhamdulillah kerana diberikan hidayat untukku membuka bh, bhgn agama, supaya dpt baca tazkirah ini.

Dikisahkan bahawa syaitan gemuk bertemu dengan syaitan kurus. Si gemuk bertanya: “Apa yang menyebabkan kamu kurus? Syaitan kurus menjawab: Aku tinggal di rumah orang yang apabila memasuki rumahnya ia mengucapkan ‘Bismillah,’ dan apabila makan ia mengucapkan ‘Bismillah.’ Oleh kerana ucapannya itu aku menjadi kurus seperti ini.” 

- diharap jgnlah ada syaitan gumok kat umah aku. cukuplah org yg gemuk aje. 

Syaitan gemuk berkata lagi: “Aku pula tinggal di rumah orang yang tidak mengerti apa-apa lalu aku menyertainya pada makanannya pakaiannya dan pergaulannya. Akhirnya kunaiki tengkuknya seperti kenderaan saja layaknya.” 

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Apabila salah seorang di antara kamu makan, maka hendaklah menyebut nama Allah. Lalu jika ia lupa menyebut nama Allah pada permulaannya, maka hendaklah ia mengucapkan, dengan menyebut nama Allah pada permulaan dan akhirnya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmidzi) 

Demikian rahsia dan hikmah kalimah ‘Bismillah’ serta berkat yang diperoleh apabila kita mengucapkannya. Sesungguhnya apabila kita mengingati dan menyebut nama Allah, maka Allah akan mengingati, menolong, memudahkan atau meringankan pekerjaan yang kita laksanakan. 

terkelik buy ini pulak..


Infant Toddler Baby Sling Active Carrier Dark Blue 001

gara-gara terpedaya dengan iklan ergo. terjumpa plak ngan ergo buatan china. i'm going to give a try. eventho they said ergo yg ni konon2 tak safe la. tak sama lembut la. tak ori la. tapi apa salahnya mencuba. sama gak ngan mana2 baby carrier buatan malaysia, yg homemade. ada us warranty? ada sapa yg verify ke buatan tu bagus melainkan tuan punya bw tu yg confirmkan elok. my lil'pods ssc pun kdg2 lengoh juga bahu sebab dia punya shoulder pad tu nipis..  
sama gak ngan cloth diaper buatan china. mula2 dulu heboh kata konon tak bagus la. tak serap air seperti serapan kain dari us la. tapi hakikatnya serupa aje. infact i think coolababy afiq sampai skrg masih ok. cuma getah dah longgar sikit. hei.. mana de kilang buat cd kat us. byk barang yg us import dari negara asia ni dan kemudian letak logo sendiri. dulu masa apak ngan mak gi us, dia belikan aku kasut reebok, tgk2 dlmnya tulis made in indon. brg yg maksu belikan kitarong kat sana pun made in china.  cuma org us ni pilih barang yg very high quality. yg rejected tertinggal la kat sini. kadang2 sebab patern je defect sikit pun dah kena reject. tu pasal kat sini ada reject shop. sama mcm kat china la. ada buat terlebih sikit, terreject sikit, jual la sendiri, tukar nama brand je.
tapi risknya kalau yg dia reject tu pasal bende lain sebagai contoh jahitan tak kemas ke, butang tak kemas ke, tu je risknya. lagipun kalau kita dokong baby pakai carrier takkan la kita tak pegang baby tu langsung. takkan la sebuk sangat shopping sampai penuh jari, dan semestinya babywearing ni kalau terasa longgar sikit ikatan tu mesti terasa kan kan kan, sebab baby tu berada dekat dada kita. sendiri mau jaga la.
apa2 pun sebab hergenya ku bayar  RM71.00, biarlah aku try dulu. kalau tak besh, kalau tak syok, kalau sakit bahu, kalau sakit pinggang macam pakai carrier biasa jenama ntahpape brand buatan supermarket, jawabnya baby carrier ebay ni akan ku simpan saja kat store. dan semestinya akan ku terai kat umah dulu sebelum take a risk to bawak gi jengjalan. kurang2nya kat umah terasa lebih safe. asik shopping online je.. byk sangat ke duit nih? terpaksa pinjam duit maksu dulu la ye. nanti kita bayar bulan2 kat ypj. ehehe. rekod tu bukan tak rekod.  

apad foroyo yoyo

inilah dia apad foryo frooyo ohhhhh
dah sampai hari jumaat lepas. seronoknye kemain lagi. godek sana godek sini. last2 bila masuk broadband nak connect internet tak dapat lak. sebabnya apad tak support csl. geram.  lantas.i take a drastic reaction, ordered a streamyx line. seb baik free installation, wave telefon line, ada blockbuster deal tu. so apak save tak yah bayar line RM25, tapi bayar one shot RM60 utk streamyx+phone. jimat? aku la yg jimat. boleh cancel ini broadband. muahahahaha. the good thing is bolehajor mak pakai fb thru her phone. sebab ada wifi kat umah.. aku pung boleh la berwifi sentiasa thru iphone. 
apad tu tak habis explorace lagi. geram la kat opis pun bukan semua web boleh masuk. nak masuk yutub pun kena block. kedekut tul la. org nak dgr lagu jerrr...

Thursday, April 14, 2011

katanya sale dah end. tapi masih sale lagi kat kedai online..

one baby world.

dia kata dia sale sampai haritu. monday tu tapi tgk ni.. sampai skrg pun masih lagi diskaun
i tell u. kedai ni memang syok arr.. sale tapi tak sale. tak sale pun tapi sale.
uhuhuhu. seb baik tak terpengaruh ngan dakyah tuan kedai ini untuk membeli masa hari 'last day sale' haritu. 
tapi memang syok la ini kedai. sale sepanjang masa. untung pembelinya.. untung penjualnya. jual murah. rugi sikit tapi untung banyak sebab stok laku. ceni la yg kita cari. tak mcm setengah kedai tu tekannnnn customer sampai pengsan. 
uhhh tangan rasa gatal lagi nak membeli. uuu nafsu... tolongla jgn kaco. pitih tinggal cukup2 makan je ni.. 

Wednesday, April 13, 2011

terkelik buy pulak

tiba-tiba terkelik buy kat item above kat ebay. item itu bernama 



foryo? hahaha eja froyo pung salah. tapi hati punye teringin nya nak beli, nak pakai.
skang tunggu dia sampai jelah ehehehhhh.. tak dapat ipad dapat apad pun jadilah.
en husband.dinda terbeli la pulak. tapi takpe. duit sendiri. bukan mengabihkan duit laki.
tapi.. tapi... terpaksa mengorbankan keperluan lain la bulan ini. takleh beli groceries la.
tompang groceries mak la camtu. ahaha.. bertuah mak apak ada anak macam aku yg asyik
menumpang belanja aje. susu anak+pampers dah ada. insya-allah cukup.
tinggal lagi nak beli susu zarin je. untuk top-up kat nursery nt,.

overall hati gembira bila yg dihajati tu dah hampir insya-allah kalau tiada aral.
kalau apek ni tak menipu.
rasanya tak tipu kot.
dia pun mau bisness maa.
dan kalau bende tu dtg seperti yg tertulish. maka ia akan datang kepadaku..
datanglahhhh....


Tuesday, April 12, 2011

kepala ardo yg patah

aduhsss patah la kepala ardo ni. terpaksa la dua hari ni ngepam sebelah aje. esok nak amik yg28mm pulak kat rumah. kot2 mau pulak ke. harap2 mau la. tepon tukang kedai ni dia kata accesory tak cover warranty. motor aje. plakkkkk. tak sampai sebulan pakai. dah patah. aku yg ganaz ke? kasar sgt? tapi bende ni pung mcm fragile aje. takpe. teruskan pengepaman. zarin amat memerlukannnya..

Monday, April 11, 2011

Wednesday, April 6, 2011

membebel pagi2 buta ini

Puan,
Terima kasih.Diharap, pihak puan dapat melaksanakan rename file dengan kerap (sekurang-kurangnya 2 minggu sekali) bagi memastikan sistem *toot* file Unit R*n dan K*n berjalan dengan lancar. Kerjasama daripada pihak puan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

itu email datangnya dari unit yg menjaga toooooot. apa ke jadahnya unit itu menyuruh aku mebuat keje depa. 
pihak kami tidak sepatut nya ada kene mengena dengan depa. masalah file tak beranak pun bukan keja kami. kami hanyalah penjaga portal yang menjaga isi kandungan, yg menupdate kandungan, yg mengubah kandungan, yg mendesign kandungan. masalah kelancaran highway dan masalah kesesakan pengguna highway bukan masalah kami. yg jadi masalah kepada kami adalah lambat atau cepatnya org datang ke tempat kami. org yg buat bangunan takde kena mengena dengan org buat jalan. kalau keta banyak, pihak yg buat jalan patutnya cari jalan untuk mengelakkan kesesakkan. 

tapi kalu ditanya pada bos, takde apa, buat aje. anggap sebagai pengalaman. u dont lose anything. u get something. tapi kan kita yg tak terkejar dengan keja sendiri, nak bantu plak kerja org lain yg konon2 amat bz. 
aduhssss rename file pun tak buleh buat sendiri ke?