Tuesday, February 22, 2011

mencarik phenococol

zarin dah 6.7kg!
check kat klinik tadi. sementelah tadi mencari ponococol (ntah cane spelling ntah) tak de klinik yang menawarkan on the dot. sume kena order dulu. and mahal lak tu. kat klinik dr norliza rm292. kat kohilal rm 302.
3 kali dos.. almost seribu.. sumenye demi kesihatan anak.
cane tu?
mari baca...


Penyakit Pneumokokal
Apa itu jangkitan Pneumokokal?
Penyakit Pneumokokal adalah disebabkan oleh sejenis kuman bakteria yang biasa menyebabkan jangkitan pada tekak dan telinga. Ia boleh menyebabkan jangkitan yang lebih serius seperti jangkitan paru-paru dan radang selaput otak.
Apakah yang menyebabkan jangkitan Pneumokokal?
Kuman penyebab penyakit ini ialah Streptococcal pneumoniae atau Pneumokokus yang terdapat dalam lapisan hidung dan tekak orang yang sihat (pembawa kuman). Kuman ini boleh merebak melalui batuk dan orang yang berada di persekitaran secara langsung.
Apakah vaksin yang ada dan bagaimana ia diberikan?
Vaksin terdahulu ialah pneumococcal polysaccharide vaccine (PPV) yang mengandungi 23 antigen pada lapisan yang telah ditulenkan. Vaksin yang terbaru ialah pneumococcal conjugate vaccine (PCV) yang telah diubahsuai dengan menggabungkan 7 lapisan kapsul polisakarida yang telah ditulenkan dan setiap satunya digabungkan dengan toksin difteria yang telah di nyah aktifkan, untuk mempertingkatkan keberkesanan vaksin ini. Polisakarida adalah kandungan gula kompleks yang merupakan sebahagian daripada kuman bakteria itu sendiri. Vaksin ini harus diberikan melalui suntikan ke dalam otot.
PCV boleh diberikan pada usia 2, 4 dan 6 bulan, manakala dos ke 4 diberikan pada usia antara 12 hingga 15 bulan. PCV atau PPV boleh diberikan kepada kanak- kanak berusia 2 hingga 5 tahun.
Siapa yang patut menerima vaksin ini?
Ibubapa boleh memilih untuk memberi vaksin ini kepada bayi-bayi mereka yang sihat. Vaksin ini adalah disarankan untuk kanak-kanak yang mengalami daya tahan badan yang lemah termasuklah mereka yang telah menjalani pembedahan pembuangan limpa atas sebab-sebab tertentu, contohnya seperti pesakit Talasemia (penyakit darah yang kronik).

No comments: