on Wednesday, 2nd June 2010. mak and bapak berangkat ke mekah untuk menunaikan umrah. semoga selamat pergi dan selamat balik.
i took 1 day cuti rehat that day. went to airport with my ber'loved' hubby and sihensem afiq. i was mad to azli because the night before and the night before-before he balik very the lewat. my mind was full with.. tak sedar diri tul. dia ingat dia muda lagi ke.. yg boleh sampai almost tiap2 malam balik kul 3 lebih. activity macam biasala.. meeting hameno le tu. pelik.. apa ntah dibincangkan pasal masalah negara sampai kul 3-4 pagi. bila bangun tido blur semacam je. kita cakap apa dia tak paham. kepala ikut angin sendiri je. tuh bila pergi kerja tak produktif. cane nak meningkatkan ekonomi negara.. bila ada pekerja yg waktu pagiye macam burung hantu. mlm je berapi-api cakapnnye. but my husband believe apa sahaja perkara yang dibincangkan.. usulnya akan dibawa ke peringkat atasan dan pada peringkat atasan akan dipertimbangkan untuk ke peringkat seterusnya dan seterusnya. kiranya dia adalah salah satu penyumbang idea untuk negara la.
ok back to the story earlier. i was planning to talk to him about his tak sedar diri aktiviti tiap2 mlm tu on the way to airport. tgk2 plak dia pi bawak izwan pi sekali. katanya nak temankan dia balik. disebabkan dia kena balik awal sikit nak pergi kerja tghr tu. shift petang. la... cane nak cakap soal tu. dah la siang tak bape jumpe.. mlm pun lagi tak berapa jumpe gak. so planning nak membebel hanya tinggal planning je. simpan dalam hati.
lepas babai-babai mak and bapak kat airport. balik ngan keta achik yg baru sahaja membeli keta baru yg lama. estima. fuhhh besar gabak. sungguh besar rasanya. memangla bagi seorang pemandu keta kelisa.. keta estima memang ternyata sungguh gabak baginye. nasib baik tak alphard. lagi macam rumah bergerak. eh.. rasanya besar lagi keta alphard tu dari bilik sidai baju kitorang kat apartment tu.
ye. balik ngan achik. dia hantar kat umah mak. ntah cane ntah jalan-jalan boleh terpele'ot depan pagar. sakit tuh sakit. tapi masih boleh jalan cam biasa lagi. tapi apa-apa hal calll hasben dulu.. ngadu kaki sakit. dia suruh bubuh obat sapu. after that call bos lak. beritau kemungkinan tak datang kerja. kaki sakit nih. tapi masa tu macam ok lagi. boleh lagi mengejar afiq walaupun kaki sakit. esoknye adalah hari wajib utk datang kerja sebab org antarabangsa datang nak buat kad. so sebagai satu-satunya makhluk yg bekerja sampai malam tahun lepas yg masih tinggal di opis ni.. terpaksa jadi org penting yang mesti ada pada keesokkan hari itu. malas la pulak nak datang kerja. bagus ni alasan mc kali ni..
....
after that bos tepon lak balik. dia kata i am needed tomorrow. kalu buleh nak jugak suruh aku mai opis. siap bagi solution pada masalah aku nih. dia kata dia bagi rest esok pagi and after noon dtg la opis. siap nak tolong tuliskan dalam SKI.siap mintak username n password nih. mesti ada org porovoke nak suruh datang opis gak esok. dan org tu aku tau sapa dan diala yg selalu buat kerja mohong membohong nih. org sakit kaki la. jalan pun tersenggut. kang terjatuh ke apa ke jadi kat baby nanti bukannya derang nak tanggung.
hati dan perasaan dah terasa makin malas nak bekerja esoknya. i went to the klinik wit en hensem afiq. drive sendiri tu. mana de org nak drivekan. dah tinggal berdua je ngan afiq. so gi la jupe atok mahinder tu.
mintak mc. siap suruh dia bandage lagi. on the way balik..muka afiq dah panic2 sambil tunjuk kat kaki mamanye sakit.
'sakit? ' afiq tanya
'mama sakit kaki.. '
'sakit? ' afiq tanya lagi dan terus menerus menunjukkan kaki aku yang sakit. sambil menye'tatement' 'sakit.. sakit..'.
sebelum balik singgah kat mcd dulu nak cari makan malam. drive thru je..senang. tmpt lain teruk sikit kena jalan. malas nak jalan dan kaki dah mula rasa sakit sikit2. sampai depan rumah dah terasa kaki kiri tak leh nak pijak lantai. selipar besar yg pakai ni pun dah rasa tak selesa. cabut selipar tendang sampai ke dalam rumah. tangan penuh kiri kanan ngan kunci rumah, henbeg, berger, air, eksrem, afiq yg tak dok diam.. kaki makin sakit. kaut semua kat tangan.. seret kaki yg tak berselipar masuk umah. kunci pintu.
masuk rumah.. kaki sakit teramat sangat.. selongkar tongkat apak. si afiq pun sebuk menyelongkar tongkat. tapi dia ambil kulit kayu manis je. dan tiru sebijik macam mamanya. bergantung pada tongkat.. mata dah bertakung air tahan sakit. dan terus landing ke ruang tamu mkn mcd. tgh2 mkn afiq mintak mcm2.. nak air la nak itu la ini la.. masa tu la sedar yg kaki sebelah ni langsung dah mampu nak jejak ke simen. sakit gilerrr. dan menangis-nangis masa nak jalan.
masa tu afiq buat apa pun dah tak kesah. dia panjat rak buku pun buat tak layan. lantak la. pandai panjat pandai la turun sendiri. dah tak mampu nak pergi tolong. tapi mulult menjerit-jerit gak suruh dia turun dari rak buku tuh. dan masa ni la i cud see that my hensem boy afiq is also responsible, sensible, and touching, and very funny.
dia pimpin tangan mamanya sebab nak suruh mamanya amik air untuk nya.
mintak tolong ambil hp tertinggal kat meja dia tolong ambilkan.
kita tgh sedih meleleh-leleh air mata sebab sakit gilerrr.. dia buat apa tau.. dia pegang tongkat dan mengajuk the way i walk and did just now. siap mengajuk nangis lagi. he was trying to cheer me up.
esoknya panggil mak bidan datang urut kaki. baru la lega sikit. en hasben cuti EL sebab nak jaga aku yg sakit ni. and yang bagusnya starting from that nite he tak balik lewat semata-mata meeting sampai la ni. hujung minggu pun dia tak beraktiviti hameno. sampai aku pulak yg heran.. selalu kul 10 je mesti telefon dia dah start bunyi. mlm tadi. ' hp u tak bunyi alarm ke cam biasa??'
jawabnya 'futball season'. aku pung ok je la tapi masih terwondering kepelikkan itu.
afiq pulak susah nak tido. nak main je ngan babanya. aku senang je. afiq tanak tido, babanya ada.. suruh je la babanya tidokan sekgi, mata dah ngantuk. badan dah letih. aku pung lelapkan mata dulu. tgk2 dia dah bawak afiq masuk bilik. paksa tidor. tutup lampu. mana maunya tido. matanya bulat je.. dlm mind nye ahh baba, baba je. tak puas main ngan baba la tu.
habis je citer bolaku isteriku dia pung kuar.. dah dekat kul 12 tuh. tapi i dont mind. takpelah. biarlah. as long as he is happy and aku pun happy. afiq pun bila baba dah kuar.. dia pun baru boleh tido.. mama tak layan gurauannya. mama ngantukk.
ada hikmah disebalik kaki terseliuh ni.
nampak perangai sekor-sekor cane.
pe'el bos cane.
pe'el pembodek bos cane.
pe'el anak cane.
pe'el laki cane.
pe'el dr lak cane.
pe'el sendiri cane.. pe'el sendiri.. manja terlebih-lebih..
No comments:
Post a Comment