Wednesday, January 13, 2010

afiq yg lasak




aduhai.. pening, geram, tension, rasa nak nangis je semalam ngan kerenah afiq yg makin lama makin baik, makin rajin, makin bagus.

kalau tak dapat apa yg dia nak.. weil weil la kat situ sampai terbaring-baring.

org lipat kain, dia pun tolong un-lipatkan kain tu.
main mekap mama, main deodorant, main miniature shampoo, main perfume..

org buat keje sambil tengok tv.. dia pi tutup tivi. tak pun tukar chanel lain,
balik rumah semalam sebuk nak tgk lori sampah kat tepi tingkap. dia nak suruh bukak sliding door tu. walhal kalu bukak pun bukan dapat diri kat situ pun...pasu bunga mama penuh kat situ, malah dapat bau harum adalah.. baik tutup je sliding door tu tgk dari dalam. uuu dia veri tak puas hati. mengamuk2 kat situ.

Obsession with broom broommm

minat betul afiq ni kat broomm brommm.. pagi2 wajibun ghunnah naik moto. balik rumah pun kalu baba ada kena seround naik moto.. obsessed betullahh.
haritu.. pada satu malam ditengah malam.. kitorang baru balik dari dari umah mak. sebuk nak suruh babanye bawak naik moto. waduh.. dah tgh mlm ni. takkan nak bawak gak naik moto. siap baring mengamuk kat simen yang ada terpalit minyak sini sana.. babanye dah surrender nak bawak gak naik moto. mama mana buleh.. kena ajar sikit budak tu. dokong dia terus bawak naik atas. ok je. kejap je nangis. saje jgn tak ngada-ngada nak merampu tgh2 mlm...

afiq.. afiq.. u make my blood go up. u also calm me down when i'm mad.
tgh2 marah semalam.. marahkan karenah afiq yg best tu.. mama peluk je dia. bagi rasa marah tu cool down. betullah. memang marah tu reda. tension hilang. afiq la pulak rimas.. kena peluk lama2 ngan mama. haha.

Monday, January 4, 2010

aniversari di kedai makan chili again

on our 3rd anniversary.. we ate at chili's again. this time at bangsar. with afiq.
hahaha.. memang setahun sekali je gi mkn kat chili. cut cost la beb. makan kat situ satu meal aje dah rm20 lebih. this time my darling ordered triple play. my self chicken pebende ntah.. tgk last year punye entry pun makan chicken gak. then for afiq.. mac n cheese. free. free kids meal yeahhhhh!!
mkn kenyang..sgt.. this time no nachos.. cut cost.

afiq punyer suke makan mac n cheese.. tapi sebuk main ngan anak korea.
main apa ntah. tertonggeng-tonggeng.. dari kerusi.
pehtu bila anak korea tu balik.. bohsan. beramah mesra pulak ngan benggali mana ntah. mesti dia ingat benggali tu atuk mahinder yg selalu suka sakat dia kat klinik tuh.
babai.. babai.. flying kiss

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA :
Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA :
Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA :
Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT :
Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN KELIMA :
Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM :
Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH :
Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN :
Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)

KESALAHAN KESEMBILAN :
Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

KESALAHAN KESEPULUH :
Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja dia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya. Kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : “Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32)