Thursday, June 23, 2011

too lazy

to lazy to make lecture slides for next week lecture.
this is the second time that i'm going to teach. mana la aku tere ngajo. ajo joomla plak. bukannya ada basic traning pun pasal joomla ni. nanti kang ada org komplen plak cane la buleh ngajar ni tapi diri sendiri pun tak terer sgt...
ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
ngantukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
pulak...
mcm nak survey barang tapi dah berazam tanak buat hutang nih..
harap2 aku dpt membayo semua hutang

Monday, June 13, 2011

zarin 8 bulan 2 minggu, afiq 3 tahun

zarin,
sangat rajin makan. dan pipi tembam, badan berisi.
jgn gemuk sgt sudah la ye.
dah laju merangkak
dah pandai meniti..
dah pandai babai tapi not immediately after org suruh.
pandai cakcekor dang gamit...
suka makan yogurt cal si yum abang afiq
suka makan buah oren
makan bubur gitu2 je
bubur org besar dia suka la... sebab berperisa.


Afiq.. 3 tahun 2 bulan
dah terer takpakei pampers waktu siang, malam pakai lagi..
memilih baju yg dia nak pakai,
sgt suka tgk filem hantu kak limah balik rumah.. tapi kena temankan dia la
suke citer kongsi (sebab pelakon fevnye shaheizy sam)
masih suke citer ultraman
pandai marah adeknya bila adeknya main barang dia. aaaadekkkkkk!!!!! senyaring-nyaringnya..

ketagihan shopping yg melampau

susah la. teruknya ketagihan ini.
credit card plak dah melampau-lampau plak billnya.
have to stop.
have to stop looking, browsing, clicking yes. browsing kids store, ebay, all must stop. must banned this site from my access..
have to find new interest.. which is.. eliminating all my ugly fats on my body. my ugly belly,
spare tire, and peha bola sepak. adusssss
have to have to have to!!!!

Monday, June 6, 2011

tersentap seketika

this morning i received an email from my fruit child - encik F stating that finally that practical student finally admit who he really kutuk kat blog the other day. udah terang lagi bersuluh. masa dia tulih mula2 tu pun i oredi know he meant to write about me. 
terkilan. udah elok dia minta maaf. udah elok kita lupakan hal ini tetiba encik f berdua ni bangkitkan semula. sungguh tak matang encik F berdua ini. dulu kemain sembang elok depan org masa lepas peristiwa itu. tengok2 berbalas bahasa di muka komen blog budak itu. 
idokle aku nak bertegor sangat ngan mamat sememeh ni lepas daripada peristiwa dia memalukan dirinya sendiri dulu. tapi perangenye yg adalah terlampau kurang ajar sampaikan hal kecek dulu diungkit-ungkitnya. gaya bahasa macam dia la yg paling baik sekali di dunia ini. macam dia la yang paling innocent sekali. tapi tak sedar yang sebenarnya dia lebih teruk dari aku. 
oo baiknya dia bila dia kata bos aku yang baik ni teruk dikondem oleh aku. 
tidakkah dia tahu bahawa bos aku ini juga seperti aku yg juga kaki fb, kaki gossip dsbnya. tidakkah dia tahu yg bos aku ni pun ada kondem dia pada aku?? 
aku akui memang aku mengata bos aku yg mana dia terang-terangan mengkondem hasil kerja aku tak semenawan hatinya seperti anak buahnya kat kementerian dulu. tapi aku akui memang pun hasil kerja budak itu teramat menawan hati tak seperti hasil kerja budak prektikel itu yang sebenarnya tak la sebeautiful mana.
ayat tuduhan aku kaki fb dan tak beralas tak sembunyi pun berfb semasa bekerja memang betul. tapi budak tu tak tahu yg aku hanya bukak sahaja dan bukannya pengomen, pengelike, pemain apps, seperti suatu ketika dulu. aku hanya buka untuk mengetahui perkembangan isu kt opis, update kawan lama ( tapi sekadar observe je, maleh nak join) aktiviti sanak sedara, dan berkomunicate ngan family.. 
ternyata budak itu tidak kenal dan tak mengerti apa itu multi tasking. dan terserlah sebenarnya org pompuan bisa melakukan multitasking yg jitu. sambil buat kerja, sambil update aktiviti.. sambil online shopping, tapi kerja... jalan seperti biasa.
bos aku tu pun yg memang hakikinya aku observe ternyata memang memberatkan wing yg lagi satu. aku bersama fruit son memang selalunya dianaktirikan oleh bos sendiri. tapi tak kesahlahh. sebab teruk2 dianaktirikan pun masih lagi diberikan markah yg ok kat lnpt tu. 
tak paham, apa yg dimaksudkan dengan kaki bodek. dia tak jupe bagaimana rupa org yg terang-terangan mengkipas bos depan org. tu lagi teruk. aku dah berapa lama kerja tu pun belum cukup luas lagi nak mengenal hati budi orang. belum cukup terer lagi bab selok belok politikal opis.. budak tu? macam org dah kerja lama je lagaknya. laju je tuduh org macam2. 
apa yg aku pasti budak itu sebenarnya tidak mahu menerima kenyataan, tidak boleh menerima kritikan, tidak biasa kerja susah. portal seketul tu baru satu task. ni makcik-makcik pakcik pakcik (bak kata budak tu la), buat kerja macam2.. all in one tak banyak kerenah pun. bila berjumpa sesama sendiri, wajarlah time tu meluahkan apa difikiran. wajarlah jua menceritakan masalah tersendiri.
aku tau mulut aku ni kekadang takleh kontrol. cakap pun kekadang ikut perasaan tapi percayalah.. masa aku komen hasil kerja budak tu sebenarnya banyak ayat aku amik dari bos yg dia sanjung itu. aku hanya menyampaikan aje. dan pada my fruit-son, ayat yg keluar dari mulut aku kekadang adalah ayat dari perasaan ketika itu. dan bila terlepas aku perasan air mukanya terus berubah (huh merajuk la tu) terkesian pulak...  tapi my darling cakap tak payah nak amik hati sgt. nanti lagi berlemak lagi kepalanya.apa yg tegas kena tegaskan, apa yg tak ok kena habaq tak ok. tapi sekali sekala kena la jaga hati gak. kok takleh nak buat kerja.. mampus aku kena keja sengsorang. masalahnya kdg2 aku tak reti nak susun ayat leklok agar pihak yg menerimanya tak terasa teruk. sekurang-kurangnya aku berterus terang... 
yg sebenarnya aku meluahkan perasaan sendiri.. supaya perasaan yg kurang sedap tu biarlah habis kat situ je. kalau tak luahkan nanti berbuku didalam hati.. terus jadi dendam. bagus juga bila terbaca yg tak elok tentang kita. boleh muhasabah diri. fahami diri ini yang bukan semua orang boleh terima kita seadanya, elok ke tidak perangai kita, betulke tidak apa yg kita buat tu sebelum nak membahasakan orang, sebelum nak menyalahkan orang...
terima kasih.
wallahualam.




Thursday, May 26, 2011

zarin yg demam panas aritu rupanya tanda awal chicken pox

si zarin,,,
semalam,
semasa tengah dok belek adek berak ke tak sebab lain macam je tak senang duduk itu budak, tido pun takmo, ternampak la satu objek yg memang aku cam sekali rupanya. bintik bercecair.. skali selak belakang baju... fuhhh dah banyak rupanya.. patut la masa hari senin tu dah terjumpa objek tersebut dan perasan pipi zarin ada bintik-bintik ingatkan ruam, rupanya ciken pox.  lantas aku tgk jam. 8.40. kelinik kee tutup kul 9.
afiqqqqqqqqq jom gi klinik. tutup tv!
tanak.. afiq jawab
nak bawak adik la.
ok.
kelam kabut.. lampu segala bagai tak tutup. apa yg penting pintu depan kena tutup. mesti kena sampai sebelum kul 9.
seb baik sempat sampai dan berjumpa la itu atok mahinder.
sekali kena marahlah dengan dokter. dia kata aku bagi ubat tak habis. sebab aku kata kat dia ubat demam, batuk, selsema suma ada lagi. yg dia tak tau aku gi klinik lain malam ahad aritu.. sedap je kena marah.
i told u its a chicken pox. dokter tu cakap.
ye la.. mc? tak dapat mc ke?
gelak je dokter tu. betul la.. nak jaga anak.. takde harapan la tu
darling lak.. bila dapat tahu adek chicken pox habis disuruhnya kawan2 gi cari daun sebambu tu. padahal.. belakang rumah neighbor tu ada. tak payah la suruh org cari. so pagi2 tadi dia dah mengambik sebatang dari sepohon kayu daunnya rimbun. daunnya dibasuh kat luar rumah, diseparatekan daun dgn batang. batang pohon tu ngan daun2 yg sikit tu habih dicelupnya dalam kolah. buat mandi anak beranak,. kalu org datang tu kan mesti dia pelik tgk ada daun dan batang pokok dlm kolah.
so dedaunan itu.. amik sikit buat blend campur ngan beras sikit, kunyit skit, buat bedak sejuk.
ada lagi belens, darling suruh buat lapik tidor.
adalagi belens tu?
ntah la.. pakai je la buat mandi lagi..
tak tau nak buat apa lagi. adeke darling suruh letak daun tu dlm pempers. sakit la kena daun.
harap2 cepat sembuh la anak mama...
luv u adekedek..

Wednesday, May 25, 2011

seciput

hasil yang seciput adalah lebih baik daripada tiada langsung.

ooo seciput....

untuk afiq...

afiq..
mama ngantuk.
mama penat,
mama malas (tu yg sebenarnya)
mama nak balik rumah kita tapi mama malas nak kemas rumah. sebab rumah penoh sgt hama dan habuk yg sampai adek kedek batuk2.
mama kesiankan afiq sebab mama tak bagi sepenuh perhatian kat afiq. but then afiq pun tak bagi perhatian bila mama nak sembang ngan afiq. sebuk je tgk tv. bersambung-sambung lepas ultraman, spiderman, upin ipin,
mama tanak mara afiq tapi kekadang afiq yang buat mama tak sabar..
mama nak suruh afiq makan tapi afiq tanak makan. afiq suka makan apa? semua yg afiq suka dulu afiq dah tak suka sekarang..
mama nak suruh afiq bangun pagi sebab afiq buleh mandi air panas. kat nursery air sejuk. mama tau afiq ngantuk tapi mama lebih kesiankan afiq yg nanti terlebih sejuk sampai menggeletar.
camner mama nak handle afiq sedangkan si adek kedek asyik nak menempel aje sebelah mama.
mama harap afiq faham. mama sayang afiq. mama rindu afiq.
afiqmama...
ooo tetiba rasa hiba lak.