niat asal nak cari kpop untuk afiq.. last last sendiri sudaa tersangkut dengan big bang.
hantu betul.. sudaa tersangkut. wow.. fantastic baby..
Wednesday, May 16, 2012
Wednesday, May 9, 2012
kemaruk huhu
Pregnancy Tickers
hihi saje gempak
just like the feeling 'if i'm pregnant i'll due in ... so so so..'
next month preg: due: 9 march
july: april 8
august: may 9.
hmmm august pun ok gak. belum ada lagi baby may in the family...
rezeki.. Allah tentukan. kita hanya mampu merancang. Rancangan Allah lebih baik lagi.
anak...
PANDUAN MENDIDIK ANAK (from email Encek darling)
afiq: sekadar hiasan |
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
Sabda Rasulullah s.a.w.
Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)
4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi..
Hai anak...
hai afiq,
hari hari mau tanya harini pergi nursery ke. walhal baru balik dari nursery. baru menjejaki kereta, baru masuk rumah, baru lepas makan, tgh nak masuk baju afiq dalam beg. hari cuti, hari sabtu, hari-hari mau tanya. jawapan-jawapan kepada soalan adalah seperti berikut:
jawapan: kan tadi afiq dah pergi nursery.
dia punya reply oooo
jawapan lain: soalan semula: afiq pergi nursery ke?
dia punya reply: kan tadi afiq dah pergi. esok pulak
jawapan lain: malam la. dah tutup.
dia punya reply: dah malam.. tutup?
jawapan lain: harini ni cuti la. afiq nak pergi nursery ke?
dia punya reply: tak nak
jawapan lain: jom la afiq nak pergi nursery kan.
dia punya reply: afiq kan dah balik.
begitulah seadanya...
hai afiq,
bila masa afiq nak duduk diam? terlompat-lompat, terkinja-kinja, baik tgh main, mandi, makan, baring, tido, duduk, tak boleh diam lebih dari 10 saat.
tgk la gambar atas tu. duduk aje pun boleh senget dan terbaring.
naik keta- boleh la dia panjat atas seat, bertenggek kat seat. lompat ke belakang. lompat ke depan.
masa tido. ntah bila ntah tiba2 dah ada kat hujung sana.
masa makan. jgn cakap la. sekejap aje duduk.
bila dia duduk- resah gelisah.
sebab tu berat dia asyik 14-15kg je.
hai afiq
kalau merajuk.. tak comei la.
semalam merajuk sebelum tido. merajuk ntah pape ntah. langsung tak mau salam mama.
hai zarin
kalau dah pandai cakap haru gamaknya.
nen, pen, bon, num, mam, dai, tik, omei,
ntah apa dia cakap main belasah je (ikut baba la ni.. belasah je asal ada bunyi)
pen boleh jadi dukung, upin ipin, angkat dia duduk. depends on situation.
bon/bom/ boi- boboiboi,
omei/tik- cantik/comei bila pegang sikat, bedak, cekak dan seangkatan dengan jewelery termasuk getah ikat rambut.
num/mam- minum dan makan
dai- pandai...
no no no no- aunty nono - merangkap durrah ain, boleh jadi juga dia tengah nyanyi lagu 2NE1 -i'm the best.
baby- sekali tu je dia sebut- nyanyi lagi fantastic baby -- uuuuuu i wan na dan dan dan dan dan dance---
(abgnyer terre nyanyi korea lagu ni. ntah apa dia sebut bergulung -gulung bunyinya tapi endingnya bunyi seakan sama)
muah- salam dan cium
mama/baba/pa/
pa/ba - panggil opah
tuk- panggil atok
paaaa- panggil ayah dan papa- ayah pun dia panggil papa- confuse gamaknya selalu dia panggil tapi tgk dlm gambar. same with others pa/tuk/ma/ba.
bert- angry bird - suka beno ngan angry bird
dan boleh sambung ayat jom kita ti... ga
satu dua ti.. do
penin.. suda terbalik la.
hai zarin
berat tak naik, tapi udah tinggi. tapi banyak makan. afiq pun dah kuat makan.
hai zarin
kalau malam tak ngantuk usaha tak bagi mama tido.
ma.. ngun. (mama.. bangun)
tapi kita tgh nak tdokan dia sambil tertido.... dan afiq kalau dia tak ngantuk suruhnya kita baca fatihah.kita dah ngantuk ntah berapa kali baca fatihah tak habis.. kui kui kui.
hai afiq dan zarin
dah lama mama tak pergi outstation. kalau pergi gamaknya mesti rindu habis ngan korang berdua.
harap2 takdela outstation sangat tahun ni.
hai afiq dan zarin
semoga menjadi anak yang soleh, yang mendengar kata, yang menghormati org tua, yang sentiasa sihat, ceria, pandai, bijak, yang pandai mengambil hati org tua (dah terbukti pandai ambil hati atok-opah.. alhamdulillah), yang bijak menguruskan wang, rajin, rajin juga kemas rumah, yg boleh menjaga mama dan baba bila tua nanti. tapi harap2 mama dan baba tak menyusahkan korang bila dah tua nanti.
hai afiq dan zarin,
mama dan baba loves both of very much.
kejayaan mendidik anak-anak adalah sebenarnya
bukti kejayaan atok dan opah mendidik anak-anaknya.
Monday, May 7, 2012
7kg yg liat
liatnya nak turun 7 kg lagi.
masalahnya makan tak boleh control. tu pun dah control sehabis control. nafsu tetap juga nak makan. tu pun dah terdetik dihati kalau makan kang terover kalori plak. kalori dah la senang masuk kuar susah.
ni baca kat kevinzahri.com cara2 nak bako kalori yg bukan bersenam..
masalahnya makan tak boleh control. tu pun dah control sehabis control. nafsu tetap juga nak makan. tu pun dah terdetik dihati kalau makan kang terover kalori plak. kalori dah la senang masuk kuar susah.
ni baca kat kevinzahri.com cara2 nak bako kalori yg bukan bersenam..
- Naik tangga setiap larian tangga boleh membakar sebanyak 5 kalori. Walaupun hanya 5 kalori, lebih baik daripada tiada langsung.
- Letakkan kenderaan anda jauh memaksa anda lebih berjalan. Pada dasarnya, berjalan di mana sahaja dan pada bila masa yang boleh.
- Makan dengan lebih kerap. Dengan makan lebih kerap, sememangnya amalan yang patut dilakukan, badan anda akan selalu mencerna makanan dan menjadi lebih aktif.
- Makan makanan pedas. Ini memanaskan badan anda, menyebabkan ia membakar kalori lebih banyak lagi.
- Hubungan kelamin (seks) adalah senaman yang baik dan dapat membakar banyak kalori.
- Ketawa. Boleh mengurangkan stres dan juga membakar kalori.
- Kopi dan suplemen metabolisme lain dapat menolong menambahkan pengeluaran kalori.
- Bermain dengan anak-anak anda. Bukan sahaja dapat merapatkan hubungan keluarga tetapi senaman yang bagus juga.
- Jalan-jalan di pusat membeli belah juga bagus. Lebih anda berjalan, lebih banyak kalori dibakar.
- Melakukan kerja rumah. Cuci rumah, basuh baju dan lain-lain kerja rumah adalah salah satu cara bersenam juga.
Sexercise? Tahukah anda bahawa 30min hubungan kelamin (seks) dapat bakar 100 kalori atau lebih?
Tuesday, May 1, 2012
Sebak..
Bapak masuk ijn semula. Sebak. Sebak. Sebak.
Paru- paru berayor.
Lama bapak x sihat.
Lama bapak batuk.
Dari sebelum gi mekah sampai balik. Dah dekat 2 bulan.
Kesian mak.
Sejak balik dari mekah berkampung dengan bapak kat spital. Bila balik rumah plak limited nak buat aktiviti harian. Mak kata dia penat dan boring duduk kat rumah. Ye la selalunya aktivitinya keluar rumah. Tak ipoh-kl. Takpun ch. Takpun johor. Takpun gi mana2 la.. Org pencen.. Senang je kemana2 dia suka.
Ya allah. Sihatkanlah bapak. Kurangkanlah kesakitan yg ditanggung bapak. Ya allah berikanlah kesabaran pada mak dalam menjaga bapak. Kurniakanlah kesihatan yg baik terhadap mak dan juga bapak.
Huhu sedih...
Paru- paru berayor.
Lama bapak x sihat.
Lama bapak batuk.
Dari sebelum gi mekah sampai balik. Dah dekat 2 bulan.
Kesian mak.
Sejak balik dari mekah berkampung dengan bapak kat spital. Bila balik rumah plak limited nak buat aktiviti harian. Mak kata dia penat dan boring duduk kat rumah. Ye la selalunya aktivitinya keluar rumah. Tak ipoh-kl. Takpun ch. Takpun johor. Takpun gi mana2 la.. Org pencen.. Senang je kemana2 dia suka.
Ya allah. Sihatkanlah bapak. Kurangkanlah kesakitan yg ditanggung bapak. Ya allah berikanlah kesabaran pada mak dalam menjaga bapak. Kurniakanlah kesihatan yg baik terhadap mak dan juga bapak.
Huhu sedih...
Subscribe to:
Posts (Atom)