Wednesday, February 8, 2012

afiq dan zarin

derang berdua tak pergi ke taska harini. sebab adek demam. kalau adek demam pakej abang pun tak pergi taska sekali sebab tu memang pakej. kalau abang demam adek kena pergi jugak ke taska.
kalau ikut AI logik memang tak lojik.
adek demam: abg tak pergi + adek tak pergi
abang demam/sakit/ bla bla bla: abg tak pergi + adek pergi.
conclusion: abang memang tak pergi dalam sapa punya situasi demam.
sungguh manja abang nih.
adek dah demam sejak hari second last kat jakarta/bandung. masa tu hidung dia dah setat berair.. disusuli dengan hangatnya badan. malangnya panadol syrup sudah habih masa hari last tu. hari last jugak yg badannya setat panas.
uhh besnya shopping di bandung.
i bought telekung, tudung, baju budak, seluar budak, seluar 2 helai, beg, henbeg(uuuuu syoknyer) ada 3 henbeg. satu jenama b&w? jenama apa tu? tak kesahla janji cantik. keda pun dapat se. bapak yg bayo(utk keda) la. mine i pay by my self. jenama hermes, and last sekali 50,000 ribu rupiah beg jimmy choo yang agak cantik juge. pehtu beli swimsuit muslimah, swimsuit abang dan adek,
baju? beli baju ke? tak pun. sebab tak berapa menarik dan tak berapa berkenan.
sebenarnya pergi shopping kat sana agak stress juge.


  1. got paparazi yg menjual keychain, tshirt and suviner things yg asyik mengejar aje. 


  2. cenila lebih kurang paparazi tu. sama je. gambo dari pic org lain. not from my cam

  3. time limited: bila berjalan sekumpulan jadi masa yang ada agak terhad. tapi bila jalan yang dibagi masa yang agak panjang juga menjadi terhad kerana lain orang lain kehendak. berjalan ngan mak, apak, husband, afiq dan zarin. nak bergerak kena sekali. tak bleh lelama. bapak bising.. huhu.. have to datang bandung again khusus untuk shopping ajer...
  4. kerenah anak2. afiq.. aduhhh fail! afiq penat, afiq nak itu, afiq nak ini, afiq nak beli apa ni?? afiq nak minum, afiq nak ngan mama, afiq nak pegang mama, zarin plak.. nen, nen, nen, tanak kat baba, tanak kat atok, duduk ngan mama je. 
  5. perjalanan yang panjang... rehat kurang. tulah have to arrange datang bandung tuk shopping je kat pasar baru tu.
  6. letih bawak budak jer sebenarnya. me have to carry 11kg baby EVERYTIME!!!. stroller ada pun tak pakai sgt. buat letih bawak stroller je. org dah cakap dah tapi cakap org tua jangan bantah. me not stroller fancy sangat because i'm a baby wearing mom. prefer to wear my baby than push my baby away. tapi kalau dah ada facilities, kenapa tak dipakai je. simpan je kat bas. encek darling pun tak fancy sangat nak guna stroller. rasanya stroller kitorang tu buruk kerana habuk je kot and makan dek hari. bukan kerana buruk sebab guna. 
  7. siang je mesti masakan minang. seafood pun rasa masakan minang. sekali sekala masakan sunda. ala macamla kat kat ni.. asyik2 masakan mamak/thai. 

but overall memang seronok pergi bercuti oversea ni. banyak pengajaran boleh diambil bila kita dinegeri orang.

  1. umat islam di jakarta ramai. semuanya bersatu dan bergabung dan berkumpul dekat dataran monumen kemerdekaan masa maulidur rasul ahad lepas. memang ramai. amat ramai. lautan manusia berkumpul semata2 memperingati hari kelahiran nabi muhammad.
  2. they work hard. they got will to do work for living. rajin berusaha. tak putus-putus semangat nak meniaga terutama kat pelacong yang lemah semangat, tebal duit poket dek kerana duit rupiah. sebuk mengejar semata-mata rezeki. derang ramai competitors tapi sapa rajin dan terer mengayat untungnya lumayan. dah dua tempat pergi ada pemuzik jalanan. yg menjaja suara untuk rezeki. haritu masa pergi batam pemuzik jalanan sekadar masuk restoren je. yg pergi kalini, extrem terus panjat bas bersama-sama kat depan pasar baru tu sampai la ke restoren dia nyanyi. selamba dia je. suara boleh tahan sedap gak. kalau masuk af ke(eh tapi af dah tade) mentol ke, bintang arti-em tu agak2 boleh gamaknya dia masuk final. 
  3. tandas: majority tempat yg pergi tu tandasnya boleh tahan la. 
i'm impress with:

  1. tangkupan perahu and its legend with dayang sumbi, sangkuriang
  2. indonesian drivers: sabar, cekap, dan bertolak ansur. jalan bukan main sempit selamba je lalu. cekap bila keadaan sempit selambe je jugak dia jalan/mundur/parking. bertolak ansur.. give ways when others want to lalu. (tapi tak begitu keadaan bila kat pasar.. tak berloak ansur.. org lain diolak-tolaknya...sungguh kurang sopan), jem pun sabar je..
  3. factory outlet. banyaknya!!!!! baju pun okay kualitinya. patut la ramai org gi sini shopping baju raya. tapi saiz utk org badan besar tak berapa ada.
  4. jus apokat. actually ni minuman wajib order for me apabila berada di indonesia. air lain suma ada kat mesia..
  5. bunda. the salesperson calls me bunda. sebab carry zarin. sedapnya dia panggil bunda. lembut je bunyinya. 
not impress with:

  1. macet!!! macet tu jem. asyik jem je. keta banyak sangat. nak lintas aduhhh takutnya. tapi bila dah lintas actually ok je
  2. org jual air kat dalam pasar baru bandung. teruknya. kejar org paksa org suruh beli. siap bagi kat afiq air tin milo. (bagi dulu... nanti mama bayar..uhhh banyak cantek) seb baik memang bawak bekal air milo kat afiq.


No comments: